M.E.S membawa maksud Mobile Electronics Show adalah acara tahunan bagi dunia permotoran di Jepun. Cuma M.E.S ni lebih pada audio di dalam kenderaan. Pada masa ni laa pemilik kenderaan mahupon sykt-sykt pengeluar audio memperagakan kereta + audio terbaru diorang tu. Ada juga pertandingan audio paling gempak + paling power. Nasib baik jugak laa minat pada audio kereta ni kureng bagi diri aku. Rasa tak tenteram pulak kalau duduk dalam kereta PONG.. PANG.. PONG.. PANG..
MEMEKAK JERK telinga ni!! Hahahaha..
Apa-apa pon masing-masing punya minat dan citarasa kan??
Pelik jugak, pada tahun ni M.E.S 2009 diadakan di Tokyo Big Sight. Kebiasaannya memang diorang buat di Makuhari Messe tapi tahun ni berubah ke Tokyo Big Sight pulak. Tak banyak kereta yang mengambil bahagian pada kali ni. Jumlah peserta pon kurang dan pengunjung pon tak ramai. Aweks yang memperagakan audio system tu pon tak ramai.
Tak STIM!! Huh!!
Tak best!!!
Memang tahun ni punya M.E.S tak best!!!
Mungkin juga masalah kegawatan ekonomi di Jepun ni menyebabkan tak byk sykt serta individual turut serta dalam M.E.S kali ini. Agaknya laa kot??
Harga tiket tetap sama seperti tahun-tahun yang lepas iaitu 2000 yen.
Tak patuttttt!!
Apa-apa pon, korang layan jer laa gambar-gambar yang sempat aku amik tempohari di M.E.S 2009. Banyak lagi gambar-gambar yang aku amik tapi tak kesemuanya di upload dalam blog. Maklum jer laa, penyakit 'M' dah datang. Hahahaha.
Layanzz..