Saturday, January 23, 2010

Che Guevara

Penantian selama sebulan lebih berakhir apabila haul yang dinanti-nanti tiba didepan mata. Selalunya toys yang dikeluarkan di Jepun ni lebih advanced dari negara-negara lain tapi kali ni lambat sikit dari kebiasaannya. Mungkin disebabkan bulan 12 dan bulan 1 terlalu banyak sangat public holiday untuk negara Jepun dan sedikit sebanyak mendelaykan toys-toys ni mendarat dibumi matahari terbit ni?? Mungkin lah kot?? ( boleh kata setiap bulan ada saja cuti bagi diorang ni.. hurmm.. )Apa-apa pon, ianya dah selamat sampai ke tangan aku.. Yeahh..

Kalau dilihat dari packaging luar, cover untuk Che Guevara ni lebih
fancy + coloring dari packaging-packaging yang terdahulu. Kalau dulu tu nampak dull jer. Kali ni nampak lebih ceria laa sedikit. XD

Dan rasanya, DID Corp blom penah menghampakan aku lagi especially dalam pembikinan FS dan aksesori yang details. Aku cukup berpuas hati dengan muka si Che Guevara sebabnya ia mirip prototype yang dikeluarkan. Syabas DID Corp!! Aksesori pula takde apa yang boleh dipertikaikan lagi cuma satu jer aku merasa sedikit kecewa kerana rifle/pistol + botol air yang digunakan tidak dibuat dalam bentuk diecast. Kebiasaannya sebelum ni DID Corp akan mengeluarkan senjata yang diperbuat dalam bentuk diecast cuma kali ini agak sedikit janggal kerana ianya tidak dibuat sedemikian rupa. Mungkinkah DID Corp nak cover balik damage rifle yang diperbuat dari real wood + t-shirt FREE yang diberi bersama-sama figurine ni so no more diecast tis time?? Agaknya kot??

Memang hampeh!!

Jika diberi pilihan, aku prefer articulation dari t-shirt free yang diberikan..
Aku cerewet?? Yup, memang aku cerewet sebabnya aku nak pelaburan yang dah keluarkan setimpal dengan bende yang dibeli walaupon aku tau, tak sumer bende yang aku hajati ni akan tercapai.
"Customers is alwayzzz rite!!!"

Layanzz..
p/s - hajat dihati nak snap macam-macam pose dari si Che Guevara ni tapi tak kesampaian disebabkan aku baru jer sedikit okay dari ' STOMACH FLU'. Kesan yang aku tanggung selama 2 hari berturut-turut adalah Diarrhea dan Vomiting yang berterusan. Demm!!
Winter adalah musim penyakit menular!! Arghhhhh!!






























Read more >>

Thursday, January 14, 2010

In The Past Toys



































Apa pendapat korang tentang 1/6 scale diatas??

Tak best?? Tak real?? Tak syok?? Tak stimm??

Hahahaha..


Yup, entri kali ini lebih merupakan sedikit ulasan tentang 1/6 scale yang tertera diatas. Seperti yang korang maklum, mamat diatas ni merupakan toys dari sykt
'In The Past Toys'. Tak banyak yang aku tau pasal sykt tersebut cuma aku rasa, sykt ni dah lama wujud, may be juga pioneer dalam 1/6 scale military or just keluarkan figure-figure yang limited dalam kuantiti yang sedikit. Sebabnya aku dah tak penah dengar diorang ni bikin nu haul or lineup-lineup askar yang terbaru??
Sykt Dragon juga yang masih bertahan hingga ke hari ini kan?? Thumbsup!!


Berbalik pada gambar diatas, 'In The Past Toys' ada mengeluarkan 2 version utk si Hitler ni. Satu lagi version packagingnyer berwarna hitam dan si Hitler memakai jaket kulit. Aku lebih berminat pada version yang lagi satu compared to version yang dah aku beli ni. Jaket kulit yang dipakai menampakkan kehebatan pada figure tersebut. Cuma kedua-duanya memakai FS yang sama jika tak silap aku laa.

Hurmmm, save cost ker??


Dari segi FS, memang aku tak nafikan sykt DID Corp memang otai dalam membikin FS dan aksesori untuk 1/6 scale military walaupon sykt Dragon terlebih dahulu start bikin 1/6 scale military dari diorg ni. Bukan bermaksud aku menolak mentah-mentah 1/6 scale dari sykt-sykt lain cuma ianya disebabkan pengalaman serta kepuasan yang aku dapat setimpal dengan wang yang aku bayar terhadap 1/6 scale tersebut. Cuma in this case, aku bersikap asal boleh disebabkan memang dah payah sangat nak jumpa 1/6 scale Hitler pada masa ni. Lagi satu cara untuk mendapatkan Hitler adalah dengan cara kitbashing. Cuma sumtimes payah jugak nak carik satu persatu items untuk melengkapkannya menjadi satu figure ( aku bukan penyabar ). Ahaks.


Baju yang dipakai mamat ni pon tak seberapa kemas dari segi jahitannya dan boots pula just macam nak lepaskan batuk ditangga jer diorang buat.
Boots getah!! Tak real!!
Tak silap aku, figure ni dikeluarkan pada tahun 2000 dan pada tahun 2000 juga, DID Corp dah keluarkan figure-figure yang jauh lebih hebat dari yang ini. Mungkin juga ianya disebabkan oleh harga yang murah compared to figure DID Corp?? Pasal tu laa diorang pon buat ala kadar jer?? Rasanya laa kot?? Apa-apa pon, aku still akan hunting Hitler yang dikeluarkan oleh sykt DID Corp.


Ciao...










Read more >>

Wednesday, January 13, 2010

88



Dah lama sebenarnya aku hunting bende diatas ni tapi baru jer berjaya mendapatkannya. Nak cari Hitler yang dikeluarkan oleh brand DID susah sangat/disekap giler-giler, so aku sapu jer laa bende ni. Ianya juga merupakan brand In The Past Toys dan dikeluarkan pada tahun 2000. Quite rare jugak laa.


Komen??


Hurrmmm.. Ala kadar jer.. Tak berapa details dan berapa cuns.. Body pon suxx!! Memang nak kena tukar dengan body yang lebih baik cuma pakaian dia jer laa yang aku rasa okay skit. FS pon tak berapa menarik bagi mata aku.. Ntah laa, sumtimes aku nampak mata si Hitler ni seakan-akan 'kero' sikit. Tak tau laa samaada mata dia 'kero' or mata aku yang 'kero'?? Hentam sajalah. Janji ada, coz memang dah lama sangat aku mengidamkan bende ni dari takde langsungkan??


Ahakss...



P/s - Tajuk 88 tu bukan saja-saja aku buat tau, memang ianya ada kena mengena dengan Hitler. Gambar pon tak banyak yang dapat aku snap sebab aku sebenarnya tak puas ati dengan bende ni.. ARggggghhh.. Aku nak DID punya Hitler... Huarghhhhh...







Read more >>

Sunday, January 10, 2010

Medicom MAX


Seperti gambar yang tertera diatas, ianya merangkap haul pembuka tirai aku di tahun 2010. Ntah camana pulak bende ni bley jadi haul pembuka tirai walhal sikit pon takde dalam wishlist aku.
Hurmmm..
Lain yang ditunggu, lain pulak yang tiba. Anyway, ini sumer racun dari movie WTWTA yang aku torrent last week laa nih??
Torrent??
Iyerlah, nak tunggu movie ni main kat Jepun memang berzaman laa!!
Lembap giler!!
Nak kata movie ni best tu takde laa tapi bagi aku, ianya sesuai untuk kanak-kanak dan kalau dah bosan sangat takde hape nak buat, layankan jer. Max pon bersahaja serta menghiburkan cuma aku suka costume yang digunakan untuk binatang-binatang tu. Kelass...

RAH Max yang aku beli ni pon simple. Tak banyak aksesori dan FS pon tak baper sama macam dalam movie cuma hati kalau dah suke kan, beli jer ler...
Pedulik apa orang kata iyer tak??
Hahaha..
Layanzzz..























WOMEN!! Feed me!!









Read more >>