Friday, September 26, 2008

Aidilfitri



Dikesempatan ini, aku cuma nak mengucapkan terima kasih bebanyak pada yang sudi menjengok blog aku yg tak seberapa ni.

Apa-apa pon, tidak lupa juga aku memohon maaf diatas keterlanjuran kata/bahasa atau ada terguris hati mintak-mintak laa dimaafi.


0 - 0 okay...


Selamat Hari Raya Aidilfitri kengkawan sumer dan bergembiralah di hari yang mulia ini.


Read more >>

Thursday, September 25, 2008

Syahdu





Hari ini genap 25 hari seluruh umat islam di seluruh dunia menunaikan ibadah puasa. May be tinggal lagi 5 hari or less untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tahun ni juga seperti tahun lepas, we all akan merayakan Aidilfitri di perantauan cuma pada tahun lepas ada laa rasa suasana raya coz we all beraya bersama-sama student di kedutaan cuma tahun ni takde acara tu disebabkan beberapa faktor yg tak dapat dielakkan.


Tetiba jer aku rasa syahdu bercampur sedih bila terdengar lagu raya yang sempat aku torrent sebentar tadi. Perasaan nih terasa melayang-layang dan serious shit aku katakan, yang aku rindu sangat kat family aku. Part yang aku tak tahan + terasa syahdu sangat bila dengar lagu yang dinyanyikan oleh Mamat Exist " Ku pohon restu ayah bonda " ..
Lirik dan maknanya amat mendalam..


" Duhai bonda duhai ayahanda
Dengarlah rayuan anakanda
Yang jauh di mata
Tanpa ku sedari airmata ku mengalir
Terdengar ayat suci seruan takbir
Betapa daku gembira dekat di samping keluarga
Di pagi mulia hari raya
Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu
Kan ku cium tangan mu ku pohon restu
Oh maafkan daku kesalahan diri ku
Walau jauh di mata namun kau tak dapat ku lupa
Doa ku sepanjang masa agar kau bahagia
Ku pohon restu dari mu oh ayah dan ibu
Agar tercapai cita ku membela nasib mu "


Cuma satu jer yang aku pinta, agar diorang dapat maafkan aku..

Amin..




Read more >>

Sunday, September 14, 2008

Bosan part 2..




Bosan..bosan..bosan..
Kita layan gambar kete jer laa bagi ilang bosan + tension aku nih!! huh!!
Malas nak citer banyak-banyak!!


Tis is Toyota Vellfire. Adik tiri pada Toyota Alphard. Besar + Interior dalaman yang tak kurang hebat.
Tak tau laa nak cakap apa pasal model nih. Demmmmmm nice...
Korang blom tengok Alphard lagi kan?? Dua kali hebat dari Vellfire...

















Tis is da New Alphard.

Superbbbbbbb. Itu jer laa yang aku boleh cakap...
Interior memang tak hengat superbbbbbb...
Komen : 10/10
Kalau ada sen lebih memang aku tukar pada Alphard nih..
Tetapi apakan daya?? Sumer hanya angan-angan...























Mewah giler kan???





Apa komen anda?? Tak tercomment?? hahahaha...




Read more >>

Bosan!!





Genap 14 hari umat islam seluruh dunia menunaikan ibadat berpuasa pada tahun ini. Aku still macam ni ler, takde paper perubahan. Bosan..bosan..bosan.. Huh!!
Malas nak cerita pasal kebosanan yang melanda diri nih!! Kita lupakan bab tu, anyway setelah sekian lama menyepikan diri seketika dalam bidang photography, akhirnya aku start balik mengambil gambar. Nasib baik laa takde lelabah bersarang kat camera ni? Hehe.

Xtvt smalam lebih pada kisah permotoran. Lama betul tak meninjau kete-kete yang terbaru di pasaran Jepun. Aku memang addicted dengan kete-kete yang dikeluarkan oleh jepun-jepun nih. Lebih-lebih lagi kete-kete compact yang comey-comey sumernya. Bab kete mewah tak yah citer laa.. Memang SUPERBBBBB!!!

Di bawah ni adalah Daihatsu Move Conte. Ianya produk terbaru dari Daihatsu. Fresh lagik..
Tinggi, lebar, size lebih kurang Daihatsu Tanto jer.. Mungkinkah ini adik beradik pada si Tanto??

Apa -apa pon, aku maleh nak komen bebanyak pasal Move Conte nih. Yang boleh aku komen selepas duduk, rasa dan pegang sendiri kerete nih adalah " model Move yang paling simple dan kosong dari model-model yang terdahulu!!". May b version Custom lebih menarik hati.
Korang nilaikan laa sendiri...
Btw, thumbsup pada Daihatsu....



Ehem-ehem, engineer Diehardsu on board.. jangan mare...







































Apa pendapat anda tentang model terbaru ini??





Read more >>

Tuesday, September 9, 2008

Nuthins again



Hari ni pula genap 9 ari umat islam berpuasa di seluruh dunia. Aku plak skarang ni tengah bz memungah barang-barang ke dalam kotak. Almaklum jer laa, ari khamis next week we all akan berpindah ke service apartment di Shinjuku buat sementara waktu. Sebenarnya ada sedikit renovation akan dijalankan di apartment yang we all stayed skarang ni. Tu sebab ler terpaksa berpindah randah buat sementara waktu..

Sedar tak sedar dah masuk 25 kotak besar barang-barang kat dalam umah ni aku packing sendiri. Actually, packers akan packing barang-barang tu tapi disebabkan kerajinan aku, aku packing jer sendiri. Beruntung packer yang dorang bayar tu.. Keje dah senang banyak..

Itu baru pakaian sahaja, blom masuk pinggan mangkuk, barang electronic, mainan yang aku beli dan memacam lagik. Kurang-kurang lebih dari 50 kotak kot??

Perghhh, banyak giler keje nak buat skarang nih..
Hopefully, service apartment yang we all akan stay nih mempunyai view yang menarik.

Kalau ianyer tak mengadap laut or gunung ganang pon tak kisah janji mengadap umah awek jepun yang kinky-kinky. Memang besh!!!


Anyway, Shinjuku juga adalah salah satu tempat yang bz dengan shopping complex.

Hurm, makin galak laa aku merayap dari satu shopping complex ke satu shopping complex yang lain. Parahhhhh!!

Lama rasanya aku tak berjalan-jalan ke tempat-tempat yang menarik di jepun dalam sebulan dua nih. Kalau takpe paperhal nanti, aku ingat nak beraya kat Disneyland bersama Mickey Mouse dan kengkawannya pada tahun ni..

Mana lagi we all nak gi beraya kan??

Situ jer laa kot??




Read more >>

Thursday, September 4, 2008

Nuthin


Ari ni genap 4 ari umat islam seluruh dunia mengerjakan ibadat puasa.

Damn!!

Tiba-tiba jer aku rasa yang aku rindukan suasana berpuasa di Malaysia.

Banyak bende yang best sepanjang bulan puasa di malaysia especially kuih muih di bazar ramadhan. Gerai-gerai sementara tumbuh macam cendawan dan memang meriah giler time-time camni kan? Arghhhhhh!! Aku rindu sumer tuu..

Xtvt sepanjang bulan puasa pula tak semeriah di negara sendiri. Nasib baik laa still ada semayang terawih beramai-ramai. Cuma waktu berbuka di Tokyo lebih awal dari di Malaysia.

So, takde laa rasa penat sangat. hehe.

Tahun ini juga adalah tahun kedua we all berpuasa di Tokyo.
Sebelum start time posa, banyak xtvt aku terpaksa dihentikan disebabkan cuaca yang tak menentu. 'Jisin' or gempa bumi kerap juga aku rasakan sepanjang bulan lepas. Akhir bulan lalu negara Jepun dilanda hujan dan ribut petir sepanjang hari.
Boleh kata everyday hujan turun tanpa henti. Nak kuar umah pon malas.
Time ribut petir tu, banyak juga laa rumah-rumah di naiki air dan tanah runtuh.
Alhamdulillah, kat Tokyo ni selamat.
Kebanyakkan tragedi tadi berlaku di luar kawasan Tokyo.
Itu jer laa cerita aku sepanjang bulan lepas. :)

Apa-apa pon, aku cuma nak ucapkan selamat berpuasa pada semua pembaca blog yang setia. Tks guys.

Ciao....
Read more >>