Monday, March 30, 2009

Sakura 2009


Since last week lagi Sakura dah start berbunga di Tokyo. Time ni laa ramai pelancong-pelancong luar bertandang ke Jepun untuk menyaksikan bunga Sakura dan yang pastinya jugak, harga tiket nak ke Jepun pon turut sama naik.
Tempoh untuk menyaksikan bunga yang setahun sekali sahaja berbunga adalah selama 1-2 weeks sahaja.Kalau salah time korang datang sini, alamat tinggal bunga-bunga layu jer laa. For ur info, time ni laa orang-orang jepun berkhemah dari malam hingga ke pagi di bawah pokok Sakura semata-mata nak booked tempat. Slalunya terjadi time nak weekend laa.
Hurmmm.. diorang ni macam-macam ahh??
Kat bawah ni ada sikit gambar yang sempat aku amik smalam di Meguro River. Itu pon dah nak petang sebabnya cuaca di waktu pagi agak kurang memberangsangkan untuk amik gambar. Dah petang-petang baru cuaca okay skit. Meguro River ni pon tak baper jauh dari umah, senang skit laa nak kesini menyaksikan Sakura berbunga. Buat masa ni Sakura blom sepenuhnya lagi berbunga. Dijangkakan, pada hujung minggu ini ia akan berbunga sepenuhnya. Time ni laa best... Layanzzz.























Read more >>

Friday, March 20, 2009

30th GUNDAM






GUNDAM

Korang pon rasanya dah sedia maklum pasal Gundam bukan?? So, tak payah laa susah-suah aku nak terangkan lagi pasal Hero Jepun ni kot?? Kalau tak tau jugak, goggle jer WIKIPEDIA or "apa-apa dia" yang lain untuk mengetahui apa itu Gundam. Sure jumpa.. :P
2009 adalah tahun yang ke 30 bagi robot Gundam sejak ianya disiarkan di tv buat kali pertama pada tahun 1979.

Perghh..
Umur Gundam dah nak sebaya ngan aku dan kiranya juga robot ni dah sampai level ‘OTAI’.
Sempena ulang tahun yang ke 30 pada tahun ini, BANDAI NAMCO telah merangka satu projek MEGA.

Nak tau apa dia??
Gundam RX-78-2
in a life size.
Dalam erti kata lain adalah statue Gundam berskala 1/30 or dengan lebih detail lagi adalah setinggi 18meter.
Tinggi wooooo…

Ianya juga akan diletakkan di Odaiba Park dan akan dibuka untuk tontonan umum pada bulan Julai nanti selama 2 bulan SAHAJA. Memang sesuai sangat laa Gundam ni diletakkan mengadap laut dan Rainbow Bridge serta senang skit aku ke sana. Hehehe.. Tak silap aku jugak, selepas ni ianya akan di bawa ke tempat lain untuk tatapan umum. Kiranya macam tour Japan kot?? Rasanya laaa.

Wowowo,
korang jangan ingat statue Gundam ni tak boleh bergerak tau??
Mata, kepala, shoulder warning lite dan beberapa parts lagi pada anggota badan Gundam ni boleh bergerak tau tuan-tuan dan puan-puan?? Ianya juga bukanlah satu tugu bodoh yang berdiri macam tunggul kayu tau?? Hahaha..

Tak caya??
Jap lagi korang tengok gambar-gambar kat bawah ni. Buat masa ni aku hanya boleh siarkan gambar 3D jer. Nanti kalau aku dah pegi/tengok sendiri, aku pass gambar yang REAL yer??
Memang gempaksssss!!
Dah tak tahan rasanya nak tunggu July ni.

Bukan itu sahaja kengkawan, sempena 30 tahun ulangtahun Gundam,Tokyo Big Sight juga telah merangka satu event besar iaitu GUNDAM BIG EXPO. Ianya dijangka pada 21-23 August 2009. Memang diorang sambut besar-besaran untuk robot Gundam pada tahun 2009 ni. Maklum jer laa, HERO diorang si Gundam ni. Apa-apa pon kita tunggu jer laa bulan July dan August 2009 ni nanti.. Tungguuuuuu…

Untuk keterangan lanjut pasal GUNDAM BIG EXPO, anda boleh laa layari laman web berikut : http://www.gundam30th.net/ ( sorry, bahasa jepun jerk.. )




























Anda peminat tegar GUNDAM??


Ader bran??


Jom turun Jepun saksikan sendiri 1/30 scale GUNDAM.. ahakss...






Read more >>

Friday, March 6, 2009

Crows X-WORST


Demam!!
Yup!! Aku dah demam RAH X-WORST skarang ni. Haul yang terbaru pon dari sambungan hauls yang lepas. Jaket kulit dan sluar kulit memang menampakkan lagi keganasan pada 1/6 scale ni.
GANGSTERISM!!
Tak banyak gambar yang dapat aku amik sebabnya penyakit "M" telah melanda diriku. Lastly, layanzz kan jer laa. Aku pon dah out of idea sebenarnya.
Hahahaha.



















Film Crows ZERO X-WORST Part Two akan berada di pasaran pada bulan April 2009 ni. Sila carik kat kedai-kedai yang berhampiran anda.
Di bawah ni pula adalah salah satu petikan dari film Crows Zero Part One. Kalau korang nak tengok film ni dari 1st sampai habis, cari jer @ Youtube. Dalam Part One ni ada aksi ganas, suspens, sedih dan kengkadang macam haram pon ada. Try jer laa layanzz. Apa-apa pon, aku suka style diorang ni.




Read more >>

Tuesday, March 3, 2009

2 years in JAPAN

Hujung bulan ni or bersamaan 27 mac 2009, genaplah masa 2 tahun aku berhijrah sementara kat Jepun. Pejam celik, pejam celik dah 2 tahun masa berlalu. Tinggal setahun jer lagi untuk aku dan family mencompletekan perkhidmatan / tinggal kat sini. Sepanjang 2 tahun aku berada kat sini, macam-macam kisah yang berlaku samaada suka dan duka tapi itu sumer asam garam kehidupan. Sebelum aku nak kesini pon macam-macam bende yang aku tempohi. Ada pihak yang menyokong dan ada juga pihak yang menentang bila aku menyuarakan hajat nak kesini. Macam-macam hal.. Hurmmm..
Malas nak citer pasal bende-bende yang dah berlalu tu, yang penting skarang ni hidup aku dan family bahagia sudahhhh!!

Sepanjang 2 tahun kat sini, macam-macam hobi yang aku buat. Tahun pertama, aku sibuk dengan dunia permotoran iaitu kereta. Boleh kata sumer bende pasal kereta.
Makan kereta, minum kereta, tido kereta dan mandi pon kereta.
Memang time tu aku addicted dengan kereta. Mana taknya, gian makeup kereta pon dah start dari Msia lagi. Sampai kat sini lagi laa ketagih, negara yang sememangnya pioneer dalam pembuatan kereta. Yang tak dapat dilupakan adalah hari ketiga menjejakkan kaki kat sini, aku dah bley rayau ke showroom Daihatsu semata-mata nak tengok sendiri K-car yang menjadi kegilaan peminat-peminat kereta kecik kat negara aku. Time tu aku memang minat giler kat BOON X4, turbo plak tu. Arghhh, berdarah hidung. Move L175s dan Mira Gino pon mengancam jiwaku. Meleleh + superbbbb. Kat dalam Tokyo ni kalau nak cari showroom kereta memang bersepah, tapi kalau nak cari halfcut SORRY yer?
Takde!!
Sumer halfcut tu terletak kat luar Tokyo. Kalau nak berfesyen, Tokyo lah tempatnya dan kebetulan plak aku tinggal tak jauh dari SHIBUYA town. Kalau naik 'blalang tempur', around 15mins jer dari umah. Korang mesti penah tengok movie Fast Furious Tokyo Rider kan? Kalau korang perasan, dalam citer tu ada adegan kejar mengejar dalam town yang sibuk dengan orang nak melintas jalan kan? Itulah SHIBUYA town.

Kita stop kejap pasal citer kereta sebabnya aku nak sembang skit pasal dunia fesyen yang melanda Jepun. Dah kebetulan aku sebut SHIBUYA, aku kaitkan skali laa dengan fesyen. Orang jepun ni aku boleh katakan sebagai KRONIK or GILER fesyen. Time aku jejak kaki kat sini, Louis Vuitton menjadi brand NO 1 diorang. Dari yang muda remaja, sampai laa yang tua-tua bangka tu menggunakan brand LV. Kat SHIBUYA ni jangan cakaplah, sana sini bley nampak jepun-jepun ni jinjit beg LV tak kira laa laki atau pompuan. Penah satu ketika time aku nak naik bas, pakcik tua depan aku ni kuarkan syiling pon dari beg LV kecik dia. Aku jeling kat wallet dia, pon LV jugakkk!! Demmit!! Giler kuat pengaruh LV kat diorang ni??
Hurmmm, jepun oh jepun..
Until nowdays, jepun-jepun ni still menggunakan LV sebagai brand pilihan. LV kat negara aku bersepah dijual @ PS Butique. Korang tau kan apa itu PS Butique??
Hahaha.
Pada member-member yang minat dengan fesyen especiallynya dari yang jenis branded or non branded, korang bley laa rayau kat SHIBUYA, HARAJUKU, GINZA or SHINJUKU. Kalau nak rayau tu, jangan laa lupa bawak skali duit bebanyak yer?? Sebabnya korang aku jumpa bende pelik2 yang sememangnya dah takde kat negara korang but still bley jumpa @ here. Memang sedap mata memandang wooo...

Okay, berbalik pada hobi kereta tadi, boleh kata every month jugaklah aku beli magazine kereta kat sini. Tak baca ponnn, tengok gambar jer. Banyak info yang menarik dalam magazine tu seperti kereta-kereta keluaran terbaru, bodykit terbaru, rims terbaru dan macam-macam bende ‘TER’ yang membuat aku TERJEBAK!!
Haramss jadah!!
Mula laa gatal tangan nak tukar itu ini bila tengok bende-bende tu.

Selain dari tu, aku dapatkan info sesuatu event seperti AUTOSHOW yang akan berlaku kat dalam jepun pon thru magazine. Tokyo Mobile Entertaintment Show 1997 adalah autoshow yang pertama aku pergi setelah hampir 2 bulan aku stayed kat jepun. Itu pon melalui magazine jugak. Time tu memang betul-betul NOOB giler. Belek punya belek kat dalam magazine ada plak autoshow yang akan berlaku tak lama lagi dan dari pengamatan akulah ( rasa-rasanya lah or main tembak ) dia tulis kat dalam tu soh beli kat convenient shop. Aku pon pegilah cari kedai yang jual tiket-tiket autoshow berdasarkan magazine tu. Sampai kat convenient shop, ingatkan boleh beli kat kaunter rupa-rupanya soh beli kat mesin. Dah ler mesin tu haram jadah takde tulis bahasa english.
Demmit btull!!
Nasib baik jugak laa aku bawak skali magazine kereta yang aku beli dan last-last aku tunjuk jer kat cashier tu sambil beri bahasa isyarat tangan yang mengatakan aku nak beli tiket autoshow. Nasib baik laa mamat tu paham.
Hahaha. Sumtimes kita tak perlu paham or bercakap tetapi dengan perbuatan pon dah boleh membuatkan orang lain paham apa yang kita hendak terangkan.
Punya laa riang gemirang perasaan dapat beli tiket autoshow.
Wakakaka.
Tarikh, tinggal seminggu jer lagi event tu akan diadakan dan yang pastinya aku tak tau kat mana diorang akan langsungkan autoshow ni.
Sengal tak sengal laa kan??
Dah beli tiket, tempat plak tak tau??
Nak tak nak, aku kena laa mintak tolong dari pak guard kat apartment ni untuk kasi terangkan camana dan bagaimana nak kesana.
Takkan aku nak burnkan jer tiket yang berharga RM50 ni?? Oh tidakk!!

Makuhari Messe.
Inilah nama tempat yang akan berlangsungnya autoshow itu nanti. Dan yang pastinya jugak, pak guard tu cakap nak kesana dalam 2 jam jugak kalau naik train.
ARkkkk!!
2 jam?? Giler jauh??
Dari umah aku kena turun kat SHIBUYA dan dari SHIBUYA STATION plak kena turun kat TOKYO STATION dan dari TOKYO STATION plak kena turun kat MAKUHARI STATION. Bertukar-tukar station. MASAK laa aku!! Yang aku tau, YAMANOTE LINE jer sebabnya ia terletak di dalam satu lingkaran bulatan sahaja. Kita takkan tersesat sebabnya train akan melalui jalan yang sama. Sebagai contoh, kita berlepas dari A dan akan kembali semula di A.
No worries kalau korang gunakan YAMANOTE LINE.
Senang, mudah, easy, kacang.
Tapi nak ke MAKUHARI STATION ni aku tak gunakan YAMANOTE LINE, aku terpaksa gunakan KASAI RINKAI LINE kalau tak silap la?? Sampai kat TOKYO STATION jer aku dah JAMMED. Korang jangan tak tau, TOKYO STATION ni giler punya besar dan kat dalam ni jer ada lebih dari 5 LINE. Setiap destinasi yang keretapi ni gunakan tak kira laa ke UTARA, SELATAN, TIMUR or BARAT menggunakan LINE-LINE yang tertentu ( bukannya geng 3 line tau?? ). Beza antara setiap LINE adalah WARNA yang digunakan.
Aku penah terangkan warna-warna LINE pada topik yang terdahulu. Kalau rajin, try ler view semula topik-topik yang lepas. Carik punya carik, last-last jumpa gak KASAI RINKAI LINE ni. Bukan LINE telepon laa!! Ini LINE untuk keretapi!!
KASAI RINKAI LINE ni rupanya LINE bawah tanah aka underground ( tak silap aku, TOKYO STATION ada 5 lapisan or tingkat ). Bayangkan jer laa berapa punya besar dan sesak!! Itu blom masuk LINE untuk SHINKANSEN ( bullet train ). Dah ler jauh nak berjalan dan mencari dari satu LINE ke satu LINE yang lain??
Azab dan kepenatan mula terasa!!
Berkat kesabaran untuk menengok aweks jepun yang seksi-seksa kat Autoshow tu nanti menjadikan pendorong dan kuat semangat serta jati diri dalam diriku. Ianya juga menyebabkan segala kesusahan dan kepenatan tadi hilang serta merta.
Opsss, terlepas cakap plak!!
Kantoi!!

Setelah hampir 1 jam setengah dok kat dalam train, akhirnya sampai jugak MAKUHARI STATION. Alhamdulillah, 80% misi dah nak berjaya. Tinggal lagi 20% jer.
Apa yang 20% lagi??
20% lagi adalah aku kena berjalan kaki ke dewan autoshow ni.
DUGAANNNNN…
Dalam 10 to 15 mins gak laa berjalan kai, last-last jumpa gak akhirnya. Macam aku cakapkan tadik, segala penat lelah dan susah payah berbalas dengan kegumbiraan dan senyuman dari aweks-aweks yang memakai bikini.
Yahooooo.. Hahahaha.
Gambar-gambar motoshow aku ada upload dalam Flickr. Tapi gambar-gambar tu masa Tokyo Mobile Entertainment Show 2008. Tahun 2007 punya gambar lagi banyak but sorry laa sumernya dah diBAKAR dalam CD.
Itulah permulaan cerita kisah suka duka pahit maung bagaimana seorang NOOB nak ke autoshow. Skarang ni aku dah EXPERT..
Hehehe..
Bercerita tentang kereta jugak, sampai ke OSAKA aku mencari kedai aksesori kereta. Korang bley view topic OSAKA part 3 kalau tak silap aku ler. Dan yang pastinya jugak, AUTOBACS adalah kedai aksesori kereta yang paling aku suke.
Macam-macam adaaaa. Banyak pilihan.
Anak aku si SYASYA tu laa yang slalu jadi handbag nak kemana-mana. Ada satu kes we all sampai ke YOKOHAMA menaiki train semata-mata nak mencari kedai aksesori kereta pon ada. Time tu sama ngan SYASYA laa ( masa ni si AKEMI blom lahir lagi. )
But now, dah bertiga. Nak kemana-mana aku banyak gunakan kenderaan sendiri. Tak larat woo nak angkut bebudak ni naik train. Mau tak dok diam laa jawabnya especially yang kecik ni.
Loteh pakcik woo!!
Time si kecik ni takde, kemana saja aku seret SYASYA naik train. Banyak jugak laa tempat-tempat baru yang dia dah explored wif me.
Btw, aku tengok minat dia pon banyak kat kereta sama seperti aku jugak.
Skarang pon kat mana jer ada kedai-kedai kereta di dalam magazine, aku akan pergi. Maklum jer laa skarang ni zaman sudah canggih. SET jer nombor telefon kedai or tempat yang kita nak tuju kat NAVIGATOR dalam kereta, pastu nanti sampai laa di sana. Kebarangkalian untuk LOST or SESAT dalam 10-20% jer. Itu pon kalau kita tersalah taip nombor kat dalam NAVIGATOR. Cakap jer kedai aksesori kereta mana aku tak pergi lagi??
AUTOBACS, YELLOW HAT, GARSON or MUGEN sumer aku dah REDAH..
Hahaha.. Time tu zaman giler kereta.. La ni minat dah beralih arah..
Read more >>