GUNDAM
Korang pon rasanya dah sedia maklum pasal Gundam bukan?? So, tak payah laa susah-suah aku nak terangkan lagi pasal Hero Jepun ni kot?? Kalau tak tau jugak, goggle jer WIKIPEDIA or "apa-apa dia" yang lain untuk mengetahui apa itu Gundam. Sure jumpa.. :P
2009 adalah tahun yang ke 30 bagi robot Gundam sejak ianya disiarkan di tv buat kali pertama pada tahun 1979.
Perghh..
Umur Gundam dah nak sebaya ngan aku dan kiranya juga robot ni dah sampai level ‘OTAI’.
Sempena ulang tahun yang ke 30 pada tahun ini, BANDAI NAMCO telah merangka satu projek MEGA.
Umur Gundam dah nak sebaya ngan aku dan kiranya juga robot ni dah sampai level ‘OTAI’.
Sempena ulang tahun yang ke 30 pada tahun ini, BANDAI NAMCO telah merangka satu projek MEGA.
Nak tau apa dia??
Gundam RX-78-2 in a life size.
Dalam erti kata lain adalah statue Gundam berskala 1/30 or dengan lebih detail lagi adalah setinggi 18meter.
Tinggi wooooo…
Ianya juga akan diletakkan di Odaiba Park dan akan dibuka untuk tontonan umum pada bulan Julai nanti selama 2 bulan SAHAJA. Memang sesuai sangat laa Gundam ni diletakkan mengadap laut dan Rainbow Bridge serta senang skit aku ke sana. Hehehe.. Tak silap aku jugak, selepas ni ianya akan di bawa ke tempat lain untuk tatapan umum. Kiranya macam tour Japan kot?? Rasanya laaa.
Wowowo,
korang jangan ingat statue Gundam ni tak boleh bergerak tau??
Mata, kepala, shoulder warning lite dan beberapa parts lagi pada anggota badan Gundam ni boleh bergerak tau tuan-tuan dan puan-puan?? Ianya juga bukanlah satu tugu bodoh yang berdiri macam tunggul kayu tau?? Hahaha..
Tak caya??
Jap lagi korang tengok gambar-gambar kat bawah ni. Buat masa ni aku hanya boleh siarkan gambar 3D jer. Nanti kalau aku dah pegi/tengok sendiri, aku pass gambar yang REAL yer??
Memang gempaksssss!!
Dah tak tahan rasanya nak tunggu July ni.
Bukan itu sahaja kengkawan, sempena 30 tahun ulangtahun Gundam,Tokyo Big Sight juga telah merangka satu event besar iaitu GUNDAM BIG EXPO. Ianya dijangka pada 21-23 August 2009. Memang diorang sambut besar-besaran untuk robot Gundam pada tahun 2009 ni. Maklum jer laa, HERO diorang si Gundam ni. Apa-apa pon kita tunggu jer laa bulan July dan August 2009 ni nanti.. Tungguuuuuu…
Untuk keterangan lanjut pasal GUNDAM BIG EXPO, anda boleh laa layari laman web berikut : http://www.gundam30th.net/ ( sorry, bahasa jepun jerk.. )
Ader bran??
Jom turun Jepun saksikan sendiri 1/30 scale GUNDAM.. ahakss...
14 comments:
Aku salah seorg peminatnya...
O_O
dem. teruja aku tengok gundam life size. memang hebat! kalu bleh pi tengok, mau aku peluk2 kaki dia, haha. aku kat sini tengok belon ja bro, huhu.
nizam : ader bran?? meh ahh sini.. :)
mental : belon pon okay gak bro... best gak tuuu...
ahh....GILER BESAR BOLEH KELUAR LAMPU BLINGBLINGBLING........
hahaha.. memang besarrrrrr..
aku pon tgh tunggu kemunculannya nanti.. sabo yer?? aku akan ada update pasal Gundam ni.. dun worry.. :)
Info yang baik ni, walaupun aku bukan peminat tegar hahaha
Walaupon bukan peminat tegar, kalau ada masa turun laa Tokyo bro.. bley amik gambar Gundam lifesize.. hehe..
Argh demit 1:1! Nanti update2 kan la ngan gambar bro yg mantap tu eh?
Bukan scale 1/1 bro..
scale 1/30 = 18 meter jer..
insyaallah bro.. tunngu yer.. :)
Oops silap haha, malu2 hahah, kalu 1:1 musti US takut plak, siap antar askar diorang plak haha.
wow hebat...ntah2 lps ni dier wat optimus prime & megatron plak...transform!
tak mungkin kot bro?? TF bukan hero org jepun.. :)
wooo odaiba koen ikimasu!!
Post a Comment