Tuesday, March 3, 2009

2 years in JAPAN

Hujung bulan ni or bersamaan 27 mac 2009, genaplah masa 2 tahun aku berhijrah sementara kat Jepun. Pejam celik, pejam celik dah 2 tahun masa berlalu. Tinggal setahun jer lagi untuk aku dan family mencompletekan perkhidmatan / tinggal kat sini. Sepanjang 2 tahun aku berada kat sini, macam-macam kisah yang berlaku samaada suka dan duka tapi itu sumer asam garam kehidupan. Sebelum aku nak kesini pon macam-macam bende yang aku tempohi. Ada pihak yang menyokong dan ada juga pihak yang menentang bila aku menyuarakan hajat nak kesini. Macam-macam hal.. Hurmmm..
Malas nak citer pasal bende-bende yang dah berlalu tu, yang penting skarang ni hidup aku dan family bahagia sudahhhh!!

Sepanjang 2 tahun kat sini, macam-macam hobi yang aku buat. Tahun pertama, aku sibuk dengan dunia permotoran iaitu kereta. Boleh kata sumer bende pasal kereta.
Makan kereta, minum kereta, tido kereta dan mandi pon kereta.
Memang time tu aku addicted dengan kereta. Mana taknya, gian makeup kereta pon dah start dari Msia lagi. Sampai kat sini lagi laa ketagih, negara yang sememangnya pioneer dalam pembuatan kereta. Yang tak dapat dilupakan adalah hari ketiga menjejakkan kaki kat sini, aku dah bley rayau ke showroom Daihatsu semata-mata nak tengok sendiri K-car yang menjadi kegilaan peminat-peminat kereta kecik kat negara aku. Time tu aku memang minat giler kat BOON X4, turbo plak tu. Arghhh, berdarah hidung. Move L175s dan Mira Gino pon mengancam jiwaku. Meleleh + superbbbb. Kat dalam Tokyo ni kalau nak cari showroom kereta memang bersepah, tapi kalau nak cari halfcut SORRY yer?
Takde!!
Sumer halfcut tu terletak kat luar Tokyo. Kalau nak berfesyen, Tokyo lah tempatnya dan kebetulan plak aku tinggal tak jauh dari SHIBUYA town. Kalau naik 'blalang tempur', around 15mins jer dari umah. Korang mesti penah tengok movie Fast Furious Tokyo Rider kan? Kalau korang perasan, dalam citer tu ada adegan kejar mengejar dalam town yang sibuk dengan orang nak melintas jalan kan? Itulah SHIBUYA town.

Kita stop kejap pasal citer kereta sebabnya aku nak sembang skit pasal dunia fesyen yang melanda Jepun. Dah kebetulan aku sebut SHIBUYA, aku kaitkan skali laa dengan fesyen. Orang jepun ni aku boleh katakan sebagai KRONIK or GILER fesyen. Time aku jejak kaki kat sini, Louis Vuitton menjadi brand NO 1 diorang. Dari yang muda remaja, sampai laa yang tua-tua bangka tu menggunakan brand LV. Kat SHIBUYA ni jangan cakaplah, sana sini bley nampak jepun-jepun ni jinjit beg LV tak kira laa laki atau pompuan. Penah satu ketika time aku nak naik bas, pakcik tua depan aku ni kuarkan syiling pon dari beg LV kecik dia. Aku jeling kat wallet dia, pon LV jugakkk!! Demmit!! Giler kuat pengaruh LV kat diorang ni??
Hurmmm, jepun oh jepun..
Until nowdays, jepun-jepun ni still menggunakan LV sebagai brand pilihan. LV kat negara aku bersepah dijual @ PS Butique. Korang tau kan apa itu PS Butique??
Hahaha.
Pada member-member yang minat dengan fesyen especiallynya dari yang jenis branded or non branded, korang bley laa rayau kat SHIBUYA, HARAJUKU, GINZA or SHINJUKU. Kalau nak rayau tu, jangan laa lupa bawak skali duit bebanyak yer?? Sebabnya korang aku jumpa bende pelik2 yang sememangnya dah takde kat negara korang but still bley jumpa @ here. Memang sedap mata memandang wooo...

Okay, berbalik pada hobi kereta tadi, boleh kata every month jugaklah aku beli magazine kereta kat sini. Tak baca ponnn, tengok gambar jer. Banyak info yang menarik dalam magazine tu seperti kereta-kereta keluaran terbaru, bodykit terbaru, rims terbaru dan macam-macam bende ‘TER’ yang membuat aku TERJEBAK!!
Haramss jadah!!
Mula laa gatal tangan nak tukar itu ini bila tengok bende-bende tu.

Selain dari tu, aku dapatkan info sesuatu event seperti AUTOSHOW yang akan berlaku kat dalam jepun pon thru magazine. Tokyo Mobile Entertaintment Show 1997 adalah autoshow yang pertama aku pergi setelah hampir 2 bulan aku stayed kat jepun. Itu pon melalui magazine jugak. Time tu memang betul-betul NOOB giler. Belek punya belek kat dalam magazine ada plak autoshow yang akan berlaku tak lama lagi dan dari pengamatan akulah ( rasa-rasanya lah or main tembak ) dia tulis kat dalam tu soh beli kat convenient shop. Aku pon pegilah cari kedai yang jual tiket-tiket autoshow berdasarkan magazine tu. Sampai kat convenient shop, ingatkan boleh beli kat kaunter rupa-rupanya soh beli kat mesin. Dah ler mesin tu haram jadah takde tulis bahasa english.
Demmit btull!!
Nasib baik jugak laa aku bawak skali magazine kereta yang aku beli dan last-last aku tunjuk jer kat cashier tu sambil beri bahasa isyarat tangan yang mengatakan aku nak beli tiket autoshow. Nasib baik laa mamat tu paham.
Hahaha. Sumtimes kita tak perlu paham or bercakap tetapi dengan perbuatan pon dah boleh membuatkan orang lain paham apa yang kita hendak terangkan.
Punya laa riang gemirang perasaan dapat beli tiket autoshow.
Wakakaka.
Tarikh, tinggal seminggu jer lagi event tu akan diadakan dan yang pastinya aku tak tau kat mana diorang akan langsungkan autoshow ni.
Sengal tak sengal laa kan??
Dah beli tiket, tempat plak tak tau??
Nak tak nak, aku kena laa mintak tolong dari pak guard kat apartment ni untuk kasi terangkan camana dan bagaimana nak kesana.
Takkan aku nak burnkan jer tiket yang berharga RM50 ni?? Oh tidakk!!

Makuhari Messe.
Inilah nama tempat yang akan berlangsungnya autoshow itu nanti. Dan yang pastinya jugak, pak guard tu cakap nak kesana dalam 2 jam jugak kalau naik train.
ARkkkk!!
2 jam?? Giler jauh??
Dari umah aku kena turun kat SHIBUYA dan dari SHIBUYA STATION plak kena turun kat TOKYO STATION dan dari TOKYO STATION plak kena turun kat MAKUHARI STATION. Bertukar-tukar station. MASAK laa aku!! Yang aku tau, YAMANOTE LINE jer sebabnya ia terletak di dalam satu lingkaran bulatan sahaja. Kita takkan tersesat sebabnya train akan melalui jalan yang sama. Sebagai contoh, kita berlepas dari A dan akan kembali semula di A.
No worries kalau korang gunakan YAMANOTE LINE.
Senang, mudah, easy, kacang.
Tapi nak ke MAKUHARI STATION ni aku tak gunakan YAMANOTE LINE, aku terpaksa gunakan KASAI RINKAI LINE kalau tak silap la?? Sampai kat TOKYO STATION jer aku dah JAMMED. Korang jangan tak tau, TOKYO STATION ni giler punya besar dan kat dalam ni jer ada lebih dari 5 LINE. Setiap destinasi yang keretapi ni gunakan tak kira laa ke UTARA, SELATAN, TIMUR or BARAT menggunakan LINE-LINE yang tertentu ( bukannya geng 3 line tau?? ). Beza antara setiap LINE adalah WARNA yang digunakan.
Aku penah terangkan warna-warna LINE pada topik yang terdahulu. Kalau rajin, try ler view semula topik-topik yang lepas. Carik punya carik, last-last jumpa gak KASAI RINKAI LINE ni. Bukan LINE telepon laa!! Ini LINE untuk keretapi!!
KASAI RINKAI LINE ni rupanya LINE bawah tanah aka underground ( tak silap aku, TOKYO STATION ada 5 lapisan or tingkat ). Bayangkan jer laa berapa punya besar dan sesak!! Itu blom masuk LINE untuk SHINKANSEN ( bullet train ). Dah ler jauh nak berjalan dan mencari dari satu LINE ke satu LINE yang lain??
Azab dan kepenatan mula terasa!!
Berkat kesabaran untuk menengok aweks jepun yang seksi-seksa kat Autoshow tu nanti menjadikan pendorong dan kuat semangat serta jati diri dalam diriku. Ianya juga menyebabkan segala kesusahan dan kepenatan tadi hilang serta merta.
Opsss, terlepas cakap plak!!
Kantoi!!

Setelah hampir 1 jam setengah dok kat dalam train, akhirnya sampai jugak MAKUHARI STATION. Alhamdulillah, 80% misi dah nak berjaya. Tinggal lagi 20% jer.
Apa yang 20% lagi??
20% lagi adalah aku kena berjalan kaki ke dewan autoshow ni.
DUGAANNNNN…
Dalam 10 to 15 mins gak laa berjalan kai, last-last jumpa gak akhirnya. Macam aku cakapkan tadik, segala penat lelah dan susah payah berbalas dengan kegumbiraan dan senyuman dari aweks-aweks yang memakai bikini.
Yahooooo.. Hahahaha.
Gambar-gambar motoshow aku ada upload dalam Flickr. Tapi gambar-gambar tu masa Tokyo Mobile Entertainment Show 2008. Tahun 2007 punya gambar lagi banyak but sorry laa sumernya dah diBAKAR dalam CD.
Itulah permulaan cerita kisah suka duka pahit maung bagaimana seorang NOOB nak ke autoshow. Skarang ni aku dah EXPERT..
Hehehe..
Bercerita tentang kereta jugak, sampai ke OSAKA aku mencari kedai aksesori kereta. Korang bley view topic OSAKA part 3 kalau tak silap aku ler. Dan yang pastinya jugak, AUTOBACS adalah kedai aksesori kereta yang paling aku suke.
Macam-macam adaaaa. Banyak pilihan.
Anak aku si SYASYA tu laa yang slalu jadi handbag nak kemana-mana. Ada satu kes we all sampai ke YOKOHAMA menaiki train semata-mata nak mencari kedai aksesori kereta pon ada. Time tu sama ngan SYASYA laa ( masa ni si AKEMI blom lahir lagi. )
But now, dah bertiga. Nak kemana-mana aku banyak gunakan kenderaan sendiri. Tak larat woo nak angkut bebudak ni naik train. Mau tak dok diam laa jawabnya especially yang kecik ni.
Loteh pakcik woo!!
Time si kecik ni takde, kemana saja aku seret SYASYA naik train. Banyak jugak laa tempat-tempat baru yang dia dah explored wif me.
Btw, aku tengok minat dia pon banyak kat kereta sama seperti aku jugak.
Skarang pon kat mana jer ada kedai-kedai kereta di dalam magazine, aku akan pergi. Maklum jer laa skarang ni zaman sudah canggih. SET jer nombor telefon kedai or tempat yang kita nak tuju kat NAVIGATOR dalam kereta, pastu nanti sampai laa di sana. Kebarangkalian untuk LOST or SESAT dalam 10-20% jer. Itu pon kalau kita tersalah taip nombor kat dalam NAVIGATOR. Cakap jer kedai aksesori kereta mana aku tak pergi lagi??
AUTOBACS, YELLOW HAT, GARSON or MUGEN sumer aku dah REDAH..
Hahaha.. Time tu zaman giler kereta.. La ni minat dah beralih arah..

5 comments:

darthmental said...

pengalaman yang mencabar bro. tapi apa2 pun, "belalang tempur" tetap included dalam crita ko.. haha. :P

Rockaholic said...

Btul bro, macam-macam pengalaman dan pengajaran aku dapat bila dah stay kat negara orang. 'blalang' tu penyedap cerita jer.. hahaha..

Asmade Salam said...

Salam bro.. aku teringin betul nk kesana.. entah bila la nk cukup duit ni.. ada je mcm2 hal.. InsyaAllah.. satu hari aku musti sampai gak kesana..

Boyz said...

erm....nak blajar cakap jepon gak arr

kurz said...

wah ni baru citer hobby thn pertama..th kedua camne plak..lol

Post a Comment