Wednesday, April 15, 2009

LORDI JAPAN TOUR 2009



Seperti yang telah diberitahu semalam, hari ni aku cuba mendapatkan tiket konsert LORDI. Dan akhirnya aku berjaya jugak mendapatkannya.. Yahooo.. Bestttt gila!! Xcited tak terhingga.. Tiket konsert pula berharga 7000 yen yang dibeli dari pintu masuk SHIBUYA-AX ( actually tempat ni bley muat 7-8 rat pengunjung sahaja pon ).. Rezeki tak kemana kan?? Kalau mmg dah ada rezeki tu, memang ada laa kan..kan..kan.. Tapi yang tak bestnya kena bayar 7000 yen sebab beli kat depan pintu masuk.. Kalau beli awal, arounds 6500 yen jer..
Demmit tul!! Nyesal tak beli awal-awal..
Apa-apa pon im so lucky sebab dapat layan konsert LORDI.. Diorang turun Jepun pon pasal Deadache tour 2009 sambil mempromosi album single terbaru..





Time ni jam menunjukkan baru pukul 5.20 petang. Blom ramai lagi yang datang. Tengok jer laa gelagat mamat-mamat Jepun yang SKEMA!!








Haah, nampak tak baper ramaikan?? Time ni pulak baru pukul 5.45 ptg.. Adalah tak sampai 100 orang pengunjung skarang ni.. Hurmm..





Sini ciput sana ciput.. Lohh!! takder orang ker nak layan concert ni?? Macam biasalah guys, masa masih terlalu awal. Pintu utama bukak pukul 6 petang. Konsert plak pukul 7 malam.. Sebab tu blom ramai lagi.. Almaklum jugak laa yg ari ni adalah hari bekerja bukan hari cuti.. Hehehe..

Sayang sekali aku takleh nak smuggled camera kat dalam dewan tu. Ketat betul kawalan security diorang ni!! Mat saleh yang 'Q' depan aku ni disuruh keluar pastu letak camera kat dalam locker yang telah disediakan.. ( locker kena bayar 400yen )Padan muka!!
Dah terang-terang Organizer bagitau/letak papan tanda besar gajah gambar camera tak bley bawak masuk tapi mat saleh sekor ni bawak jugak. Kan dah kena halau.. Sib baik laa aku dah letak siap-siap dlm locker, kalau tidak, serupa jugak laa nasib aku ngan dia.. Wakakaka..

Tepat jam 7 malam, konsert pon berlangsung. Superb bertenaga diorang ni walaupon sekor-sekor pakai topeng getah dari kepala sampai laa ke kaki.. Sumer lagu yang diorang bawak pon bukannya MIMING. Break selepas setiap lagu yang diorang bawak pon tak sampai 30 saat. Hebattttt dan bertenaga...


Lebih dari 10 lagu diorang bawak termasuk lagu hits diorang Hard Rock Hallelujah, Who's Your Daddy, Blood Red Sandman dan Would You Love A Monster. Tekat aku dah start serak dan tengkuk ni pon dah rasa cam nak patah banging NONSTOP start dari awal konsert berlangsung. Mana taknya?? Music diorang powerrrr.. Tak sah kalau tak turut sama berbangin!!!

Lupa plak nak bagitau korang serba sedikit tentang band LORDI ni. Actually diorang berlima ni dari Finland dan pernah menang anugerah persembahan music terbaik di EuroVision Song Contest 2006. Music yang diorang bawak berentak heavy metal. Ada sorang pompuan dalam band ni iaitu AWA.

Hehehe.. Aweks gothicsss beb!!

Aku bagi 10 marks selepas melayan konsert diorang. Punyalah banyak costume yang diorang bawak!! Pastu siap gimmik lagi masa konsert tengah berlangsung.. Contohnya potong kepala salah sorang anggota band tersebut + darah memancut-mancut dan banyak lagi laa..

Japanese crowd pon sporting.. Diorang ni pon sama berbanging.. Tak tau laa diorang ni paham ke idak?? Main nyanyi jer kot?? Yang peliknyer hafal pulak setiap lirik yang Mr Lordi nyanyikan.. Hahaha..

Total crowd yang turun semalam lebih kurang 400-500 orang sahaja.. Kira okay laa dengan tempat yang kecik camni.. Superbbb best..

Im Greedy BASTARD sebabnya masih tak puas dengan masa 1 jam setengah konsert berlangsung.. Kan best kalau diorang main sampai 2 jam?? Ahaksss.. Keesokkan harinya LORDI akan buat menjelajah ke Osaka serta menamatkan tour Japan buat tahun 2009 ini.. Hurmmm, kalau Osaka tu dekat, mau aku repeat lagi dan lagi sekali!! Apa-apa pon, Long Live LORDI.. Wa caya sama lu laa!! Music lu memang fast dan bertenaga!!!




Gambar kat atas ni pulak satu-satunya family jepun yang bawak anak time konsert..
Yang kecik tu siap head banging lagi masa konsert.. Best gila!! ( sian kat mak dia pasal kena amik gambar kitaorang.. hahaha.. )











Gambar kat atas ni pulak adalah t-shirt yang dapat disambar masa konsert, flyers dan tiket.. Nak sambar DVD tak sempat, dah SOLD OUT!!
Cis bedebah!!
Korang bley surf link kat bawah ni untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi pasal band ini..


Layanzzzz ler video kat bawah ni kejap yer??
Memang best seyy!!Tak rugi kalau korang layan kejap...






akhir kata, LONG LIVE ROCK & ROLL !!







Read more >>

Tuesday, April 14, 2009

Doakan aku berjaya!!!



●ローディ Japan Tour 2009決定!!死苦(デッドエイク)の淵より邪悪な暴獣たちが日本に襲来!4枚目となるニュー・アルバム『デッドエイク』を引っ提げ、空前の破壊力で日本に2年ぶりに侵攻を開始する!!!

【公演日程】4月15日(水) 東 京 : SHIBUYAーAX
OPEN 6:00PM , START 7:00PM 前売 \6,500(税込・1Fスタンディング・ドリンク代別途)主催:テレビ朝日、BayFM(問)ザックコーポレーション:03-5474-9999


Apa meaning sumer bende kat atas ni kan??

Kalau korang nak tau, esok bersamaan
15 April 2009 akan berlangsungnya concert LORDI di Shibuya -AX,
Tokyo Japan.
Dan yang bestnya pula adalah, hari ni bersamaan
14 April 2009 tepat jam 10 malam waktu jepun baru aku dapat tau yang kumpulan ni akan buat show buat kali keduanya di Jepun pada keesokkan harinya..
First concert yang diorang buat kat Jepun masa tahun 2007, memang aku takleh lupa coz time tu aku baru jejak kaki ke Jepun dan masih NOOB lagi pasal Jepun. Banyak jalan-jalan kat jepun ni aku tak familiar lagi dan takut tersesat and one more things, ID JEPUN untuk diri aku pon still tak siap lagi.. So aku takde laa nak pegi concert ni time tu padahal awek yang jaga kedai merchandised barang rock tu dah siap offer kalau nak pegi sama ngan dia. Punya ler baik.. Mana tak baik sebab aku dah rembat selai tshirt Marilyn Manson kat kedai dia.. Hahahaha..
Tis time selepas 2 tahun, diorang buat concert lagi kat sini.. Dan yang pastinya aku dah tak tentu arah macam orang gila.. Bukan apa, kebiasaannya tiket2 concert akan dijual dua bulan or sebulan lebih awal dan bukannya dijual masa time concert. Itu yang buatkan aku risau tak dapat tiket..
Huarghhhhh!!!

P/s - Esok bersamaan 15 April 2009 aku akan try carik tiket.. Hanya ada satu kedai jer harapan aku esok.. Kalau kat kedai ni dah habis mmg frust menonggeng laa jawabnya... ARghhhhh..
Korang doa-doakan aku berjaya iyer??




Read more >>

Star Wars Tenugui

Apa itu Tenugui??

Tenugui membawa maksud tuala tangan yang diperbuat dari kain cotton.
"Te" membawa maksud tangan dan "Nugui" pula membawa maksud mengelap/menyapu didalam bahasa Jepun. Tenugui bukan sahaja digunakan sebagai tuala tangan ianya juga dijadikan sebagai bandana, scarf, membalut barang ( cthnya hadiah mahupon lunch box), table liner, digantung pada dinding rumah, langsir mahupon perhiasan di rumah.

Di Jepun, ianya menjadi satu kemestian untuk dipasang dirumah jika ada musim perayaan or keramaian.
Yang bestnya kengkawan, Tenugui dibawah ni special sikit dari yang lain.
Limited Edition for Star Wars Japan.
Dikeluarkan sempena menyambut Star Wars Japan Celebration pada tahun lepas.
Sizenya adalah bersamaan : 90cm X 34cm.
Amacam Hardcore Star Wars??
Ader bran?? Rege arounds RM70 jer untuk sehelai.





























Read more >>

Wednesday, April 8, 2009

RAH X-Worst lagi..


Tak banyak yang aku nak ceritakan bout tis haul. Korang pon rasanya penah baca pasal bende ni pada topik yg lepas bukan?? So, haul kali ni juga adalah sambungan dari RAH X-Worst yang lepas. Macam biasa lah kan, gangster mana penah buat keje jahat sorang-sorang?? Dia mesti ada suku-sakat or group yg ramai. Barulah senang nak buat keje kan?? Hahahaha..
RAH X-Worst kali ni dari Version Glam. Berbeza sedikit dari RAH X-Worst yg lepas. ( Glam Version = glamer, glamour, gelama or limited version. )
Mamat ni juga dikenali sebagai 'the strongest PlayBOYA who came from the south'. Tak tau laa pulak south belah mana?? :)
Apa-apa pon, korang layanz jer laa gambar-gambar yg sempat aku amik smalam.

















Amacam?? Ensem ker PLAYBOYA kat atas nih?? Hahahaha..




Read more >>

Sunday, April 5, 2009

Evil Dead



The Evil Dead is a 1981 cult classic horror film written and directed by Sam Raimi, starring Bruce Campbell, Ellen Sandweiss and Betsy Baker. The film tells the story of five college students vacationing in an isolated cabin in the woods. Their vacation turns into a nightmare when they find an audiotape that is the key to unlocking evil spirits. ( Wiki jer senang, pastu copy paste.. :) )

Dibawah ni pula adalah action figure yg dikuarkan oleh Sideshow pada tahun 2002. Ianya juga merupakan haul yg terbaru aku. Dah 7 tahun umur action figure Evil Dead ni dikeluarkan. So paham2 jer laa kalau bende lama yer??
Btw, korang penah layan ker citer ni??
Pada yang tak penah layan citer Evil Dead, try laa carik kat kedai DVD ataupon jika malas sangat nak gi kedai or nak save duit, korang 'torrent' jer kat dalam Piratebay tuu, abis citer... ( sebab aku pon sama jugak camtu.. )
Kalau tahun 80an memang seram giler tengok citer ni tapi kalau korang tgk balik citer Evil Dead ditahun 2009 ( selepas 20 tahun lebih ), citer ni dari seram dah jadi citer lawak..
tak caya tengok laa.. Hahahaha..
Seriously, bila tengok balik figure yang aku beli ni automatik aku terkenangkan balik masa tengah hangatnya citer ni kat kedai tape.. Sanggup pegi kedai, pastu tong-tong duit ngan member sebab nak pinjam citer ni.. Disebabkan ada adegan xxx yg tak seberapa, apek yg jaga kedai tu tanya 2-3 kali kat kitaorang sebelum bagi sewakan video tape ni..
Macam haramsss!!!
Cepat betul aku rasakan masa berlalu pergi meninggalkan zaman itu..
nostalgia.. nostalgia..


ASH and Evil Ash 1/6 scale




















































Read more >>