Seperti yang telah diberitahu semalam, hari ni aku cuba mendapatkan tiket konsert LORDI. Dan akhirnya aku berjaya jugak mendapatkannya.. Yahooo.. Bestttt gila!! Xcited tak terhingga.. Tiket konsert pula berharga 7000 yen yang dibeli dari pintu masuk SHIBUYA-AX ( actually tempat ni bley muat 7-8 rat pengunjung sahaja pon ).. Rezeki tak kemana kan?? Kalau mmg dah ada rezeki tu, memang ada laa kan..kan..kan.. Tapi yang tak bestnya kena bayar 7000 yen sebab beli kat depan pintu masuk.. Kalau beli awal, arounds 6500 yen jer..
Demmit tul!! Nyesal tak beli awal-awal..
Apa-apa pon im so lucky sebab dapat layan konsert LORDI.. Diorang turun Jepun pon pasal Deadache tour 2009 sambil mempromosi album single terbaru..
Time ni jam menunjukkan baru pukul 5.20 petang. Blom ramai lagi yang datang. Tengok jer laa gelagat mamat-mamat Jepun yang SKEMA!!
Haah, nampak tak baper ramaikan?? Time ni pulak baru pukul 5.45 ptg.. Adalah tak sampai 100 orang pengunjung skarang ni.. Hurmm..
Sini ciput sana ciput.. Lohh!! takder orang ker nak layan concert ni?? Macam biasalah guys, masa masih terlalu awal. Pintu utama bukak pukul 6 petang. Konsert plak pukul 7 malam.. Sebab tu blom ramai lagi.. Almaklum jugak laa yg ari ni adalah hari bekerja bukan hari cuti.. Hehehe..
Sayang sekali aku takleh nak smuggled camera kat dalam dewan tu. Ketat betul kawalan security diorang ni!! Mat saleh yang 'Q' depan aku ni disuruh keluar pastu letak camera kat dalam locker yang telah disediakan.. ( locker kena bayar 400yen )Padan muka!!
Dah terang-terang Organizer bagitau/letak papan tanda besar gajah gambar camera tak bley bawak masuk tapi mat saleh sekor ni bawak jugak. Kan dah kena halau.. Sib baik laa aku dah letak siap-siap dlm locker, kalau tidak, serupa jugak laa nasib aku ngan dia.. Wakakaka..
Tepat jam 7 malam, konsert pon berlangsung. Superb bertenaga diorang ni walaupon sekor-sekor pakai topeng getah dari kepala sampai laa ke kaki.. Sumer lagu yang diorang bawak pon bukannya MIMING. Break selepas setiap lagu yang diorang bawak pon tak sampai 30 saat. Hebattttt dan bertenaga...
Lebih dari 10 lagu diorang bawak termasuk lagu hits diorang Hard Rock Hallelujah, Who's Your Daddy, Blood Red Sandman dan Would You Love A Monster. Tekat aku dah start serak dan tengkuk ni pon dah rasa cam nak patah banging NONSTOP start dari awal konsert berlangsung. Mana taknya?? Music diorang powerrrr.. Tak sah kalau tak turut sama berbangin!!!
Lupa plak nak bagitau korang serba sedikit tentang band LORDI ni. Actually diorang berlima ni dari Finland dan pernah menang anugerah persembahan music terbaik di EuroVision Song Contest 2006. Music yang diorang bawak berentak heavy metal. Ada sorang pompuan dalam band ni iaitu AWA.
Hehehe.. Aweks gothicsss beb!!
Aku bagi 10 marks selepas melayan konsert diorang. Punyalah banyak costume yang diorang bawak!! Pastu siap gimmik lagi masa konsert tengah berlangsung.. Contohnya potong kepala salah sorang anggota band tersebut + darah memancut-mancut dan banyak lagi laa..
Japanese crowd pon sporting.. Diorang ni pon sama berbanging.. Tak tau laa diorang ni paham ke idak?? Main nyanyi jer kot?? Yang peliknyer hafal pulak setiap lirik yang Mr Lordi nyanyikan.. Hahaha..
Total crowd yang turun semalam lebih kurang 400-500 orang sahaja.. Kira okay laa dengan tempat yang kecik camni.. Superbbb best..
Im Greedy BASTARD sebabnya masih tak puas dengan masa 1 jam setengah konsert berlangsung.. Kan best kalau diorang main sampai 2 jam?? Ahaksss.. Keesokkan harinya LORDI akan buat menjelajah ke Osaka serta menamatkan tour Japan buat tahun 2009 ini.. Hurmmm, kalau Osaka tu dekat, mau aku repeat lagi dan lagi sekali!! Apa-apa pon, Long Live LORDI.. Wa caya sama lu laa!! Music lu memang fast dan bertenaga!!!
Gambar kat atas ni pulak satu-satunya family jepun yang bawak anak time konsert.. Yang kecik tu siap head banging lagi masa konsert.. Best gila!! ( sian kat mak dia pasal kena amik gambar kitaorang.. hahaha.. )
Gambar kat atas ni pulak adalah t-shirt yang dapat disambar masa konsert, flyers dan tiket.. Nak sambar DVD tak sempat, dah SOLD OUT!!
Cis bedebah!!
Korang bley surf link kat bawah ni untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi pasal band ini..
Layanzzzz ler video kat bawah ni kejap yer??
Memang best seyy!!Tak rugi kalau korang layan kejap...
akhir kata, LONG LIVE ROCK & ROLL !!
6 comments:
pergh. berdasarkan crita ko, aku dapat bayangkan betapa bestnya layan konsert tu. siap ada gimmick lagi. cayalah. sempat beli baju lagi. congrats bro. dapat gak ko layan ya. :)
eh.. ada awek gothic? i likee.. :P
serious best giler!! aku harap diorg kuarkan DVD psl tour Jepun ni tak lama lagi.. mmg menjadi kebiasaan diorg akan buat DVD.. mintak2 ada lah.. :)
souvenir utk org tu langsung x hengat... sian dia..
wow dpt jgk ko tgk concert tu congrats
Mat Amit : nak 1000 daya, tak nak 1000 dalih spt org tua2 cakap.. sbbkan dah nak sangat, aku sanggup buat apa sahaja.. hahaha..
Wah hebat giler ko dapat pg konsert tu..anak2 ko le siap ikut rentak music yg kuat giler tu...waaahhh..hebat le ko...
Post a Comment