Tuesday, November 11, 2008

TOYS.. TOYS..TOYS..




Akhirnya, we all dah kembali semula ke apartment/umah yang asal. Tempoh sebulan terasa begitu lama walaupon dapat menginap di service apt yang boleh dikatakan mewah. Tapi camana best pon apt sementara yg we all stayed ni, best lagi dok kat umah sendiri. Cuma, kawasan berhampiran service apt di kelilingi dengan kedai-kedai + pasaraya. Nak beli barang dapur or wat ever senang. Tak yah nak jalan jejauh.
Last month sibuk nak packing barang utk berpindah but tis month sibuk plak dengan memunggah barang. Perghhh.. Penat sey.. Serik plak aku berpindah randah mcm kaum Paleolitik di zaman batu. ( teringat kembali subject Sejarah masa skolah dulu ) hehe.

Alhamdulillah, umah dah cuns. Banyak bende-bende lama yg dorang gantikan baru especially dapur, bilik air, aircond dll. Ibarat duduk kat umah baru beb.

Beshhhh.

Skarang ni plak, negara Japan dah start sejuk. Sejukkkkkk. grrrrrr... Ari ni jer 11 celcius. Makin kurang laa nampak gayanya aku mandi.. huhuhu..
save..save..save..

2-3 bulan akan datang, bil air berkurangan laa jawabnya cuma bil api jer laa yg akan melambung coz 24/7 pasang heater.


Lupakan bab umah tangga tadi, berbalik pada topic diatas, hobi aku skarang ni adalah mengollect toys. Masuk kali ni jer, dah 3-4 hobi rasanya aku dah join. Bukan per, just nak penuhkan masa yang ada. Kalau takde hobi or sumthings nak dibuat mmg bosan + mati.

Hobi collect toys ni makin menjadi-jadi sejak joined forum hobby. Boleh kata everyweek mesti ada sahaja toys yg akan dibeli. Aku rasa tokei kedai tu pon dah naik cam muka aku nih??

Rege toys bergantung pada ketelitian mainan itu sendiri dan keRAREan bende tu. Lagi detail lagi mahal. Dan lagi lama usia permainan tu, lagi ler mahal. Bley cecah riban-riban walaupon hanya sebesar 'lighter'..

Membazir??

Ntah?? Aku punya hobi, korang pedulik hapa!! Minat masing-masing beb!! hihi..

Buat masa ni, aku hanya ada 2-3 toys jerk. Takde laa sebanyak member-member yg hardcore. Kalau tengok bebudak yg hardcore collect toys ni, masyaallah banyak giler. Mainan kat umah dah sama macam kat kedai. Giler banyak!! Itu bagi yang HARDCORE..

Aku nih SOFTCORE lagi.. tak terlawan dorang-dorang tu..

Apa-apa pon, aku enjoy collect toys dari collect aweks... hahahaha...

Kat bawah ni sebahagian dari seciput toys yang aku dah beli. Nanti kalau ada masa lagi aku tambah lagi gambar sbb MALASSSSS nak amik gambar sumer bende tu..



MISFITS













SID VICIOUS














STAR WARS











Dan pada sesiapa yg berminat or memang korang salah seorang "toys collector", bley laa join forum ni : http://forum2.sembangtoys.com/index.php


Hopefully korang akan TERACUNNNNN...


CIAO...




Read more >>

Wednesday, November 5, 2008

PUDDING DELIGHT










Pada kengkawan yang nak buat majlis kawin, kenduri kesyukuran, birthday party or apa-apa yg berkaitan dengannya, dan berminat utk menempah cookies or sweet utk majlis tersebut boleh laa order dari sini :




Read more >>

Friday, September 26, 2008

Aidilfitri



Dikesempatan ini, aku cuma nak mengucapkan terima kasih bebanyak pada yang sudi menjengok blog aku yg tak seberapa ni.

Apa-apa pon, tidak lupa juga aku memohon maaf diatas keterlanjuran kata/bahasa atau ada terguris hati mintak-mintak laa dimaafi.


0 - 0 okay...


Selamat Hari Raya Aidilfitri kengkawan sumer dan bergembiralah di hari yang mulia ini.


Read more >>

Thursday, September 25, 2008

Syahdu





Hari ini genap 25 hari seluruh umat islam di seluruh dunia menunaikan ibadah puasa. May be tinggal lagi 5 hari or less untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tahun ni juga seperti tahun lepas, we all akan merayakan Aidilfitri di perantauan cuma pada tahun lepas ada laa rasa suasana raya coz we all beraya bersama-sama student di kedutaan cuma tahun ni takde acara tu disebabkan beberapa faktor yg tak dapat dielakkan.


Tetiba jer aku rasa syahdu bercampur sedih bila terdengar lagu raya yang sempat aku torrent sebentar tadi. Perasaan nih terasa melayang-layang dan serious shit aku katakan, yang aku rindu sangat kat family aku. Part yang aku tak tahan + terasa syahdu sangat bila dengar lagu yang dinyanyikan oleh Mamat Exist " Ku pohon restu ayah bonda " ..
Lirik dan maknanya amat mendalam..


" Duhai bonda duhai ayahanda
Dengarlah rayuan anakanda
Yang jauh di mata
Tanpa ku sedari airmata ku mengalir
Terdengar ayat suci seruan takbir
Betapa daku gembira dekat di samping keluarga
Di pagi mulia hari raya
Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu
Kan ku cium tangan mu ku pohon restu
Oh maafkan daku kesalahan diri ku
Walau jauh di mata namun kau tak dapat ku lupa
Doa ku sepanjang masa agar kau bahagia
Ku pohon restu dari mu oh ayah dan ibu
Agar tercapai cita ku membela nasib mu "


Cuma satu jer yang aku pinta, agar diorang dapat maafkan aku..

Amin..




Read more >>

Sunday, September 14, 2008

Bosan part 2..




Bosan..bosan..bosan..
Kita layan gambar kete jer laa bagi ilang bosan + tension aku nih!! huh!!
Malas nak citer banyak-banyak!!


Tis is Toyota Vellfire. Adik tiri pada Toyota Alphard. Besar + Interior dalaman yang tak kurang hebat.
Tak tau laa nak cakap apa pasal model nih. Demmmmmm nice...
Korang blom tengok Alphard lagi kan?? Dua kali hebat dari Vellfire...

















Tis is da New Alphard.

Superbbbbbbb. Itu jer laa yang aku boleh cakap...
Interior memang tak hengat superbbbbbb...
Komen : 10/10
Kalau ada sen lebih memang aku tukar pada Alphard nih..
Tetapi apakan daya?? Sumer hanya angan-angan...























Mewah giler kan???





Apa komen anda?? Tak tercomment?? hahahaha...




Read more >>

Bosan!!





Genap 14 hari umat islam seluruh dunia menunaikan ibadat berpuasa pada tahun ini. Aku still macam ni ler, takde paper perubahan. Bosan..bosan..bosan.. Huh!!
Malas nak cerita pasal kebosanan yang melanda diri nih!! Kita lupakan bab tu, anyway setelah sekian lama menyepikan diri seketika dalam bidang photography, akhirnya aku start balik mengambil gambar. Nasib baik laa takde lelabah bersarang kat camera ni? Hehe.

Xtvt smalam lebih pada kisah permotoran. Lama betul tak meninjau kete-kete yang terbaru di pasaran Jepun. Aku memang addicted dengan kete-kete yang dikeluarkan oleh jepun-jepun nih. Lebih-lebih lagi kete-kete compact yang comey-comey sumernya. Bab kete mewah tak yah citer laa.. Memang SUPERBBBBB!!!

Di bawah ni adalah Daihatsu Move Conte. Ianya produk terbaru dari Daihatsu. Fresh lagik..
Tinggi, lebar, size lebih kurang Daihatsu Tanto jer.. Mungkinkah ini adik beradik pada si Tanto??

Apa -apa pon, aku maleh nak komen bebanyak pasal Move Conte nih. Yang boleh aku komen selepas duduk, rasa dan pegang sendiri kerete nih adalah " model Move yang paling simple dan kosong dari model-model yang terdahulu!!". May b version Custom lebih menarik hati.
Korang nilaikan laa sendiri...
Btw, thumbsup pada Daihatsu....



Ehem-ehem, engineer Diehardsu on board.. jangan mare...







































Apa pendapat anda tentang model terbaru ini??





Read more >>