Osaka oh Osaka...
Akhirnya aku dah kembali semula ke Tokyo dari berholiday ke Osaka selama 4 hari 3 malam. Pada memulanya memang we all plan nak stay 2 malam jer tapi disebabkan 'ter' punya pasal, we all tambah lagi semalam kat sini... Hahahaha... Puncanya pasal tak puas merayau lagik!!
Perjalanan ke Osaka memang memenatkan...
Letih + penattttt + boring + panas!!!
Driving non stop selama 6 jam lebih dari Tokyo ditambah pula dengan cuaca yang panas sepanjang jalan membuatkan kebas-kebas bon*** aku nih...
Tapi yang pastinya memang aku enjoyyyyyyyyyyyyyy...
Minyak full tank + toll bagi perjalanan sehala jer dah nak cecah RM 1k.. serious shit!!
Takai..takai..takai...
harga yang perlu di bayar untuk holiday di negara Jepun..
No wonder laa rakyat jepun sendiri lebih suka berholiday ke luar negara dari berholiday di dalam negara sendiri... Hurmmm...
Kat atas ni Navi System dalam kete. Dia ni laa kawan sejati aku... kalau takde dia, alamat tak berjalan laa aku kat dalam jepun nih!!
Skarang ni waktu menunjukkan pukul 9.11 pagi dan aku dijangka tiba di Osaka pada pukul 4.10 petang nanti... wallawey, jauh seyyyyyy...
Jarak sejauh 551 km akan ditempohi... perghhhhhhhh!!!!
Gambar pemandangan di sepanjang lebuhraya di ambil oleh co-pilot aku... Huhuhu...
Kesian lak aku tengok si kakak sampai tertido kat belakang.. Jauh lagi nak sampai nih!! sabo jer laaa!!
Si Akemi nih dah 2 3 kali tido bangun, tido bangun tapi tak sampai-sampai jugak... Hahahaha...
Baru nampak signboard ke Osaka... Gumbira skit rasa di hati...
Laaa, ingatkan dah nak sampai rupanya still ada lagi 132 km untuk di gagahi...
Letih dah nih!!!
Huarghhhh, still ada 76 km lagik??? Bila nak sampai nih??? Fedup dah nih!!
Akhirnya....
Sampai jugak di tempat yang ditujui... Syukran..syukran...
Hotel yang we all nak stay pon dah nampak batang hidung kat depan tuu... Bestnyerrr...
Waktu jangka tiba pada Navi system ialah pukul 4.10 petang tapi disebabkan aku non stop driving + merembat 140-160 km/h di sepanjang jalan, we all sampai di Osaka jam 3 petang.
Awal sejam lebih gak laa.. Hopefully takde ler kertas saman sampai kat umah nanti..
Rege saman kat jepun ni memang tak hengat punya mahal!! Pemanduan di lebuh raya hanya 80-100 km/h sahaja tak silap aku.
Lebih 110 km/h = rm300, lebih 120 km/h = rm600, lebih 130 km/h = rm900 dan kalau aku punya stail pemanduan tadi, mau beriban gak kena bayar saman tuu... huhuhu...
Kita lupakan perkara saman menyaman nih... Yang penting skarang hotel yang we all akan stay dah ada kat depan mata. Perkara pertama yang aku nak buat sekarang hanyalah letak barang kat dalam bilik pastu sambung gi jenjalan. Hahahaha..
Kalau iyer pon rilex laa dulu kan?? Ini dikejarkan berjalan dulu.. hehe...
Swissotel Nankai Osaka
View bilik yang akan we all stay selama 2 malam berturut-turut ( memula sampai memang plan 2 malam pastu tambah lagi semalam jadik ler 3 malam ). Cuma aku kurang berkenan dengan suasana bilik yang kurang menarik. Kalau si Eric Kasa Impian ada sure cun bilik ni..
Hotel 4 bintang tapi bab interior hampeh!! Kurang memuaskan!! Huh!!
Aku bagi 3 bintang jer laa bab interior...
View ini diambil dari tingkat 21 Swissotel Nankai Osaka...
Bangunan ni ler yang 1st skali aku tuju bila menjejakkan kaki kat Osaka..
TOYS..TOYS..TOYS..
Dari bilik hotel lagi dah nampak bangunan ni.. Tak bley tahan!!! kena dan mesti pegi!! Bangunan ni terletak sejauh lebih kurang 1000m dari hotel. Sanggup berjalan kaki semata-mata nak tengok toys... Huhuhu...
Kegilaan terhadap menan telah menghantui diri aku.. asal mana jer ada kedai menan, kat situ jugak laa akan aku berenti... hihihi..
Kita tengok dulu apa yang ada kat dalam kedai ni yer??
Aku memang plan nak beli 'Kitt' nih tapi ntah camana boleh lak terlupa!! Hampeh tul laa!!
Kat bawah ni pulak view shopping mall yang terletak betul-betul kat kaki hotel nih..
Namba Park dan Takashimaya Osaka.
Check in hotel jam 3.30 petang, keluar berjalan jam 4.00 petang dan balik semula hotel jam 11.00 malam. Bukannya apa, just berjalan-jalan kat area berdekatan hotel jerk. Itu pon dah makan berjam-jam gak.. window shopping laa katakan... Berminat untuk mengetahui tentang lebih lanjut pasal Swissotel Nankai Osaka boleh laa melayari laman web berikut :
Cerita pasal Osaka nih ada lagi sambungannya tau, bukan hanya terhenti disini??? Banyak lagi nak diceritakan especially Universal Studio Osaka dan D.A.D butique.. Hehehe...
Tunggu jer laa kemunculan Osaka Part 2.
Adios...
0 comments:
Post a Comment