Sunday, July 20, 2008

UENO & SANJA MATSURI


Perghh, lama betul aku tak meng'update' blog kan? Jari jemari ni pon dah start rasa kebas-kebas bila nak memulakan blog semula. Maklum jer laa, kalau dihitung mau dekat-dekat sepurnama gak lamanya tak menaip panjang ni... Wakakaka..


Actually, aku bukannya tak nak update story tetapi beberapa masalah yang tak dapat di elakkan contohnya subject dan story yang kurang menarik. Gambar memang menjadi kemestian dalam setiap blog yang aku tulis. Kalau takde gambar, "ibarat tiada senikata dia dalam lagu". Cewahhh, bermadah puitis macam haram!! Kuang..kuang..kuang..

For ur info guys, sebelum ini boleh dikatakan setiap hari hujan di negara Jepun. Kengkadang tu sampai 3 hari 3 malam Non Stop actionnya, so banyak gak laa projek amik gambar yang terhenti disebabkan hujan ( paham-paham jer laa cameraman amatur ). Aku ada jugak bercuti di Hakone last month tapi banyak gambar-gambar yang kurang menarik untuk dijadikan cerita. Boringgggg...


Tak banyak bende yang boleh dilakukan sepanjang musim hujan melainkan tido dan 'indoor games'.. Kah..kah..kah.. ( dah jangan pikir yang bukan-bukan yer?, korang tu asyik nak melencong jerk!! )

Nowdays, musim hujan dah berlalu... Matahari sudah memancarkan sinarannya setiap hari. Yehaaaaaaaaa... Aku akan kembali mengganas di alam blog. Huhuhu..


Opsss, sebelum terlupa, aku mintak maap bebanyak pada member-member yang mengharapkan story pasal Star Wars Celebration Japan kerana aku tak dapat menunaikan janji-janji palsu ku itu. Reason yang paling kuat adalah kerana 24 July ni aku akan menjelajah negeri jepun. Takde laa jelajah sampai satu jepun, cuma kali ni jauh skit pengembaraan aku. Kalau idak tu asyik dalam Tokyo jerk.. Aku dah bosan dengan Tokyo, aku akan ke Osaka. "From Tokyo to Osaka wif luv" Hihihi. Banyak jugak laa nak pakai 'sen' especially cost perjalanan dan tempat tinggal disana. Sebab tu laa aku terpaksa korbankan Star Wars Celebration pada tahun ni. Insyaallah kalau tahun depan ada lagi, aku akan bagitau korang yer? Hopefully korang tak terpedaya lagi dengan janji-janji manisku ini.. Wakakaka...


Perjalanan dari Tokyo ke Osaka cuma mengambil masa selama 6-7 jam dengan menaiki kereta. Kalau menggunakan Shinkansen dalam 2-3 jam sahaja tapi memandangkan harga tiket ketapi laju tu pon dah naik, baik aku drive sendiri jerk. More save!! Duit yang selebihnya boleh shoppinggggg... Yehaaaa...


Apa yang ada kat Osaka?


Tak tau laa apa yang ada kat sana cuma target dalam kepala aku ni hanya satu iaitu Universal Studio. Alah, macam kat Hollywood jugak tu.. Bende-bende lain yang menarik kat Osaka aku tak sure tapi tak silap aku ada istana lama, aquarium terbesar , pekan-pekan lama serta "geisha" di ( Kyoto ) dan kedai accessories kete yang aku giler-gilerkan selama ni.. Tunggu jer laa cerita pasal Osaka nanti yer?

Ni bukan cobaan tau? Ini betul-betulllll....


UENO


Tajuk cerita kita pada kali ni ialah Ueno. Ueno ni aku boleh samakan dengan Petaling Street di KL. Pemandangan nyer sama sebijik tak tumpah macam 'PS butique'. Ada penjual baju, kasut, sayur, daging, ikan, ayam dan macam-macam lagi. Ueno juga boleh dikatakan 'hot spot' untuk pelancong mendapatkan souviner pada sedara mara mahupon kekasih yang ditinggalkan semasa melancong. Bukannya apa, buat 'tutup mulut' dorang tu kasi jangan memekak mintak hadiah bila nampak batang hidung kita nanti.


Slalunyer kalau aku rajin, aku akan ke Ueno ni membeli ikan dan sayur-sayur tempatan. ( Itu kalau rajin lerr, kalau datang malasnya, belakang umah punya kedai serbaneka laa jawabnya ). Di Ueno ni, petai pon ada dijual laa!! Jangan terkejut tau? Kebanyakkan sayur-sayur kat Ueno ni diimport dari Thailand. Sebab tu ler produk-produk dari siam or malaysia still boleh jumpa di sini. Daging-daging import serta ayam-ayam import yang Halal jugak ada dijual di sini. Ikan-ikan yang dijual juga fresh-fresh belaka dan boleh dikatakan murah jika dibandingkan dengan pasaraya-pasaraya besar yang berdekatan. Dorang jual sebijik macam style pasar malam. Satu pinggan bersamaan 1000 Yen ( Rm 30 ). Kira murah laa tu!!!


Produk kecantikan SK2 di jual tepi-tepi jalan jer kat jepun ni. Pada yang gemarkan produk SK2 nih, satu jer nak bagitau yer?? Jepun-jepun kat sini tak pandang pon produk tuu!!! Dorang kata bende tu biasa-biasa jerk bukan pasal ianya buatan dari negara jepun itu sendiri tetapi memang SK2 takde bende!! Sama jer macam produk-produk kecantikan yang lelain. Kalau tak caya tanya Morimoto!! kenal tak sapa Morimoto nih?? Hah, tu lah!! Lain kali banyakkan membaca!! Ini apa yang aku dengar dari mulut jepun tu sendiri sebab dorang heran pasal apa rakyat negara aku ni tergila-gilakan sangat bende SK2 tuu!!

SK2 oh SK2!!!

Brand-brand sport seperti Adidas, Nike, New Balance dan lelain tu di jual secara longgok macam jual buah rambutan jerk kat sini. Bukannya pasal bende tu tiruan or used tetapi cuma dah ketinggalan zaman jerk. Maklum jer laa orang-orang Jepun ni sumernya nak brand new. Kalau dah outdated, rege jatuh merundum macam buah durian yang nak dibuat tempoyak tuu. Tak caya?? Kita layan dulu gambar-gambar kat bawah ni.










Yang ini pula kedai menjual barang-barang berjenama contohnya COACH, LV, HERMES, D & G dan lain-lain dengan harga yang boleh dikatakan 'reasonable'. Ada yang baru dan ada gak yang second hand or third hand or tak tau berapa banyak 'hand' dah yang pakai bende ni. Rege boleh tahan gak laaa.. ( kedai-kedai macam ni banyak dijumpai dalam negara jepun sebab salah satunya adalah dan lain dan tak bukan pasal jepun-jepun ni suka yang terbaru. Asal ada produk baru jerk dorang beli, so yang lama tu dorang jual kat kedai-kedai macam ni lerr... )








Kedai ni menjual barang-barang sport yang macam aku bagitau kat atas tadi. Tengok jer laa, main lambak-lambak macam jual buah durian busuk!! dorang dah tak boleh nak susun satu-satu pasal barang dah terlampau banyak. As a buyer, kita kena laa geledah baju-baju yang menggunung tinggi tuu..










Gambar kat atas ni pon sama!! Huh!!!











Satu piring = 1000 yen. Murah laa kan???









Kedai toys kesukaan aku.. macam-macam "menan" ada kat sini.. sekarang ni aku dah addicted dengan toys plak.. tak boleh tahan tengok toys especially yang rare.. meleleh air liur bila tengok menan. Bini aku dah tak boleh nak cakap apa sebabnya aku dah sama naik dengan anak aku yang besar tu!! Kalau dia beli menan, aku pon mesti beli jugak.. tak kira, nak gak menan!!!

( Info : Menan XXX kena gi kedai belakang dia.. jangan bgtau sesapa!! ) Huhuhu..







Yang ini pulak kedai 'Kebab' favourite aku.. Tak sah kalau tak makan kebab ni bila berkunjung ke Ueno. Try ler jika korang singgah ke Ueno nanti..
HALAL.. No worries..



Sanja Matsuri



Kebetulan pada masa aku pegi Ueno nih, diorang tengah adakan perarakan Sanja Matsuri.

Asal usul perayaan ni aku tak baper tau tapi kalau rajin, korang google laa dalam net. Hihihi.

Memang nasib aku kali ni agak bertuah sebab dapat menyaksikan perarakan ni di depan mata. Tak sangka pon ada perarakan di Ueno!! Satu jer yang aku boleh kata, memang best perarakan macam ni + warna-warni baju-baju traditional yang dorang pakai!! Dan yang paling aku respek, makcik-makcik or boleh panggil nenek gak laa yang berarak tu masih gagah berjoget walaupon umur dorang tu dah lebih dari separuh abad. Respek giler!! Kalau makcik-makcik or nenek-nenek kat negara aku nih, jangan harap laa dorang nak join bende-bende macam ni.. dah sah-sah dorang duduk mengadap tv jerk!! Yang atuk-atuk tu plak, gi main dam ngan kengkawan kat kedai kopi menghabiskan sisa-sisa hidup!! Jangan terasa plak, ini kenyataan yang banyak aku lihat di negara matahari terbit nih. Banyak sekali perbezaan orang-orang kat sini kalau nak di compare kan dengan negara aku!!
Thumbsup aku berikan pada makcik-makcik dan nenek-nenek kat jepun ni laa!!

1st time tengok perarakan macam ni beb!! Excited giler!!























Kuat lagi makcik-makcik ni kan?? Aku "suspek" betul laa kat dorang!!
















































































































































































































Amacam?? terubat dengan gambar-gambar di atas?? Lebih dari 50 keping tau?? Jangan kata sikit iyer?? Kalau nak tengok lagi, kena laa click kat My Flickr...
Kalau korang rasa nak shopping dengan rege yang munasabah, aku suggest ke Ueno, ianya memang di buka setiap tahun tanpa tutup. Tetapi kalau korang nak menyaksikan Sanja Matsuri, korang kenalah berada di Jepun start dari awal bulan July sehinggalah hujung bulan August. Ianya disambut pada musim panas setiap tahun dan festival Matsuri ni pula terbahagi pada banyak bahagian ( bukannya Mohd Suri tau?? jangan lak silap!! ). Rajin-rajin ler menggoogle net untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perayaan Matsuri serta tarikhnya.


Sekian dan Selamat Bercuti. Ciao.....


P/s - Tunggu kemunculan Universal Studio Osaka tak lama lagi.. Yehaaaaa!!!

0 comments:

Post a Comment