Hari ketiga di Osaka.
Hari ni takde planned nak berjalan ke theme park or kawasan yang berjauhan dengan hotel cuma nak jalan dekat-dekat jerk. Tapi yang pastinya hari ni kena carik pacifier si Akemi. Ntah mana dia campakkan pacifier dia ntah? Merata dah carik tapi tak gak jumpa. Mungkin tercicir masa di USJ smalam??
Bukannya tak di belikan tapi yang dibelikan dia tak nak? memilih betul laa budak ni? terpaksa laa carik yang lain hari ni.
Pacifier punya cerita, nak dekat 1km gak laa we all berjalan kaki dan yang pastinya hanya shopping mall yang terpilih sahaja ada jual pacifier macam dia nak tu??
Dah ler panas-panas!! Sabo jer laa!!
Nak tau pacifier yang camana?? Korang google jer laa Billy Bob Pacifier kat dalam net, sure jumpa nyer laa..
Dah ler tak sumer shopping complex ada jual bende ni accept Tokyu Hands. dan nasib baik gak laa ada Tokyu Hands kat area Osaka ni, kalau tidak???
Masak.. masak!!
Dah jumpa pacifier dia nih baru laa we all lega skit dan baru lah boleh berjalan-jalan di area berdekatan hotel. Gambar kat bawah ni serupa gak macam China Town. Banyak gak kedai-kedai yang jual souvenir tapi kebanyakkannya sumer kedai-kedai ni sama macam kat Tokyo..
Better carik kat Tokyo jerkk!! Aku nak carik sumthings special Osaka made.. Hurm, tak jumpa laa plak?? last-last we all makan King Crab bakar jerk...
Oishiiiiiiii katak weiii !!!
Ini ler kedai yang menjual Raja Ketam Bakar tuu..
Aweksssss.... kawaiiii... huhuhu...
Selepas mencari souviner yang tak jumpa-jumpa, we all kembali semula ke bilik hotel.. maklum jer laa cuaca panas giler... kesian lak aku tengok bebudak berdua ni dah macam ketam bakar tadi jer rupanya??
Aku pon sama gak.. Terbakar!!!
Nak carik memang tak jumpa kalau tak nak carik slalu jumpa.. Macam tu gak laa kedai western yang we all nak makan untuk lunch... Hampeh!! takde plak?? Last-last we all call jer 'orang kat bawah' tu soh hantar makanan ke bilik. Senang citer!!
OSAKA CASTLE
Pukul 4 petang we all keluar semula dan lokasi kali ni ialah Osaka Castle. Actually Osaka Castle ni hanya sebuah muzium. Dulu-dulunya memang betul-betul istana tapi skarang ni dah jadi muzium untuk tarikan pelancong. Ketinggian nya 8 tingkat dan setiap tingkat terbahagi pada beberapa era, fakta, figures dan memacam lagi pada zaman dulu.
Tingkat 7 era Hideyoshi Toyotomi yang telah bersusah payah membina Istana ni.
Sorry laa guys, mengambil gambar di dalam muzium dilarang sama sekali. So, takde laa gambar-gambar kat dalam muzium untuk disajikan.
Inilah dia Osaka Castle.
Setiap penjuru bumbung istana ini dihiasi dengan "Gold Dolphin". Bukan tipu nyer emas tau?? REAL punya!!! hohoho... Beratnya aku tak sure lak??
Rupanya di sekitar kawasan istana nih ada festival tapi aku tak baper sure dan baper nak amik tau pasal bende-bende tu sumer coz perasaan kat dalam hatinya lebih berkobar-kobar untuk menuju ke satu lagi lokasi.
Kalau tak pegi ke tempat ni memang aku fust giler coz ianya hanya ada satu jer dalam Jepun dan jua terletak di Osaka. Tempat-tempat lain memang dorang ada jual aksesori kete macam ni tapi tak still tak sama macam kat butique ni..
D.A.D BUTIQUE
Kalau nak tau?? Inilah Car Butique yang penah aku sebutkan dalam blog yang lepas.. Lepas jer keluar dari Osaka Castle aku start set number telefon kedai D.A.D ni kat dalam Navi System... Perjalanan sejauh 44 km dari Osaka Castle dan mungkin mengambil masa selama 1 jam. No dah set baekk punya tapi pusing punya pusing, carik punya carik, Navi system aku tak dapat detect kat mana lokasi kedai nih... jam pulak dah pukul 7 malam...
Warghhhhhhhhhhh!!!
Hancur musnah harapan aku nak ke kedai D.A.D nih.. :(
Sejam gak berpusing di kawasan sekitar tapi tak jugak jumpa..
Frust giler!!! Huh!!!
Di sebabkan frust punya pasal aku berenti rehat di Mini Stop ( lebih kureng macam 7 eleven ).. Bukannya apa, beli air bagi sejuk skit dalam badan ni maklum jer laa tengah sakit hati tak jumpa kedai yang di cari!!
10 mins kemudian datang sebijik kete yang memang aku admire sesangat. Kete ni pulak memang pakai sticker dan accessories macam kedai yang aku nak carik tadi..
Kebetulan mamat and couple tu pon berenti rehat untuk beli sumthing kat Mini Stop.. Dorang tu terus masuk ke kedai segera.. Aku lak still dok kat dalam kete menunggu couple tu keluar dari kedai jerkkk.. At last, dorang pon keluar dari kedai lepas beli ntah hapa bende ntah??
Pucuk dicita ulam mendatang, tanpa rasa bersalah aku pegi kat couple tu dan bertanya dorang tu dalam bahasa jepun yang tonggang terbalik + berterabur.. hahaha...
Aku : " sumimasen, eigo daijobu?? "
maksudnya : excuse me, boleh paham english ker??
Aku lagi : " nihongo wakarimasen "
maksudnya : aku nih tak paham/reti bahasa jepun.
Couple jepun : " eigo wakarimasen "
maksudnya : aku tak paham/reti english laa.
Aduhhhh!! payah betul nak communicate ngan dorang...
Last-last aku guna tangan, kaki ngan macam-macam lagi supaya diorang tu paham yang aku tengah mencari kedai D.A.D ni. Nasib baik gak laa dah banyak gak aksesori D.A.D yang dah aku convert kat kete. So, diorang ni pon paham laa apa sebenarnya yang aku nak terangkan tadi. Punya laa baik couple jepun tu walaupon macam ayam dengan itik berkomunikasi... Wakakaka...
Last-last awek pada mamat jepun ni cakap :
" ei show ni "
Itu yang aku tunggu sebenarnya?? Hahahaha.. Dorang soh follow kete dorang tu ikut ke kedai. Im so lucky laaa!!! Damn lucky!!!
Wallawey, follow bontot kete diorang ni baru aku perasan yang setiap headrest odessey tu dilengkapi dengan 10" monitor... perghhhh, kayo-kayo mamat nih!!!
Sampai jugak di kedai yang aku carik tadi... Padan laa tak jumpa, rupanya ada penambahan lagi 5 km untuk ke kedai nih..
Fuhhhh, jauh-jauh....
The one an only butique D.A.D in Japan.
Nih laa kete mamat jepun tuuu...
Rupanya dia ni customer tetap D.A.D... perghh, memang nasib baik aku laa hari ni jumpa ngan dia... Aksesori kat kete dia jer aku ingat lebih dari RM100k sudah bikin.
For ur info guys, kalau korang tengok jepun-jepun yang modified kete kat jepun bermakna dorang tu banyak duit coz rege barang dan upah pasang bukannya murah kat jepun yer??
Kalau kat negara aku upah pasang rm 10 pon dah boleh buat aku bising kat tokei tu tapi kat sini sendiri mau ingat lerr???
Aksesori kete mamat ni jangan cakap laa, dari rims sampai laa sekecik-kecik bende produced by D.A.D... Perghhhhh!!!
Inilah dia gambar couple yang menolong aku tadi... Kete tu plak, kete dia lerrr...
Nih plak pose yang sempat aku berikan wif mamat tu... Hehehe..
Di atas kesudian couples nih menunjukkan kedai tadi, aku bagi ler no tepon aku...
Nak bagi duit tu takde laaa...
Aku bagitau kat dia, if dorang turun Tokyo nanti jangan lupa contact aku, aku boleh bawak jenjalan sekitar Tokyo...
Ini jer laa cerita pada hari ketiga di Osaka.. Hari ketiga nih laa yang paling best sesangat bagi diri aku...
Ada story panjang dan pengalaman suka duka mencari kedai D.A.D...
Thanks jugak aku ucapkan pada couples jepun tu kerana sudi menolong...
Layari laa laman web berikut untuk mengetahui tentang lebih lanjut apa yang buat aku giler-gilerkan sangat product dari D.A.D nih...
Kalau nak tengok lagi gambar-gambar kat kedai D.A.D boleh layari :
Part 4 ada lagi ker??? Hahahaha...
Ada kot??
Tungguuuuuuuuuuuu jer laa....
Adios.....
0 comments:
Post a Comment