Friday, July 24, 2009
Last hauling??
Wednesday, July 22, 2009
NEW TOYS
Credits to SYASYA sebabnya kebanyakkan dari gambar-gambar diatas bukan aku yang snap, tapi dia. Hehehehe.
K20A
Gambar-gambar dibawah merupakan pengganti pada BE-08. Alhamdulillah semua yang telah dirancang berjalan dengan lancar. Syukur alhamdulillah.
Mempunyai enjin yang berkapasiti 2.0l DOHC i-VTEC, 6 gear manual, kuasa 225PS, minyak pula 11km/l ( kuat mentedarah minyak ) dan hanya boleh memuatkan 4 orang penumpang sahaja. Cuma bagi pendapat aku, ianya tidak sesuai untuk pemilik yang mempunyai keluarga besar. Rasanya tiada apa lagi yang nak dikomen pasal K20A ni sebabnya ia memang dah direka khas untuk PERFORMANCE.
Bersyukur kerana mimpi telah menjadi kenyataan. Alhamdulillah.
Carta dibawah adalah perbandingan lebar, ketinggian dan panjang diantara BE-08 dan K20A. Aku kena pastikan bende ni betul-betul sebelum tukar kereta sebabnya kalau tidak, alamat tak muat laa parking lif kat apartment yang aku duduk ni. Tak sanggup nak parking kat luar beb, bley cecah riban-riban untuk sewa parking sebulan. Kalau kat Msia tu dah bley sewa condo orang kata.
Apa-apa pon, layanzzz..
Bukan niat nak membangga diri, cuma aku share kegembiraan aku pada kengkawan semua. Blog yang aku buat ni pon bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan kegembiraan yang aku dapat sepanjang hidup di negara orang. Yang buruk tu pula aku simpan untuk diri sendiri. Tak perlu rasanya untuk dikongsikan bersama-sama. Apalagi,
jom VROOM-VROOOOOM.....