Monday, July 20, 2009

BE-08



Entri kali ini pula lebih kepada edisi permotoran, tidak lagi pada TOYS.
Memang sejak dari dulu lagi aku minat giler dengan hobi permotoran. To be honest, aku betul-betul ZERO pasal isi perut kenderaan. Kalau korang tanya aku bab bodykit atau cara nak makeup kete bagi lawa reti ler. Parts dalaman ni memang aku tak leh nak jawab. Hahaha. Kalau dulu pon memang aku lebih gemar menghias dari mengambil pusing pasal enjin sebabnya bagi aku, apa yang dah ada tu pon dah cukup. Karang kalau terlebih usik silap-silap 'kong' terus lagi naya.
Baik lupakan. XD


Alhamdulillah, rezeki kami anak beranak berlebih sedikit sejak berhijrah ke Jepun. Mungkin rezeki anak-anak rasanya?? Sebab tu orang tua-tua ada berpesan, rezeki akan bertambah jika dah ada anak. Pada yang belum kahwin tu cepat-cepat laa disegerakan. Selepas berbincang, we all bercadang membeli sebuah kereta kat sini.
Kereta memang menjadi kemestian pada kami sekeluarga disebabkan we all mempunyai anak kecik. Kalau berdua takde kereta pon rasanya tak menjadi masalah. Yup, pengangkutan di Jepun sememangnya efficient cuma lebih senang lagi jika kita berkereta. Dah ada anak kecik ni kena lah ada kete manalah tau kan kot-kot emergency tengah-tengah malam buta takkan nak ketuk umah jiran kot??
Teringat kembali masa wifey aku sarat mengandungkan Akemi, we all berulang alik ke hospital menaiki teksi untuk check up. Tambang pegi balik jer dah nak cecah 10k yen ( time tu currency baru RM350 ). Kalau diikutkan bukannya jauh sangat, cuma bandar Tokyo ni memang padat dengan kenderaan serta banyak traffic lites. Kalau sehari RM350, kalau seminggu camana??
Iyer, bukan murah hidup di kota metropolitan ni. Sumernya perlukan duit.

NO MONEY, NO HONEY!!
Genap seminggu Akemi dilahirkan, BE-08 pon keluar.
Ops, sebelum terlupa, nama lain untuk BE-08 adalah Honda Edix. Enjinnya berkapasiti 2.4l DOHC i-VTEC, 162ps, 12km/l serta boleh memuatkan 6 orang penumpang. 3 orang di bahagian depan dan 3 orang dibahagian belakang. Cukup selesa dan luas. Ruang penyimpanan barang pon besar. Tak caya??
Tengok dulu gambar-gambar dibawah ni.





























Tak termimpi pon untuk membeli kereta ni. Pada mulanya memang dah pasang niat untuk membeli Daihatsu BOON X4 or paling tidak pon Mira Gino yang terbaru tapi kalau dipikir balik, alang-alang menyeluk pekasam, baik rembat yang betul-betul berbaloi untuk dibawa balik ke Msia nanti kan?? Dan, perbezaan harga untuk 1.0l to 2.4l pon tak jauh sangat beza. Yelah, bukan slalu dapat peluang macam ni, so baik laa kita gunakan dengan sebaik mungkin.
Seperti kebiasaan bagi yang dapat kereta baru macam aku ni, macam-macam angan dah pasang sejak order kereta. Macam-macam nak dibikin itu ini.
NAFSU..NAFSU.. Hahahaha..

Pada mulanya konon-konon nak makeup MUGEN sampai sanggup mencari kedai MUGEN kat SAITAMA tu. Sempat jugak laa sapu padle, emblem dan penutup tube jenama MUGEN. Bodikit tu memang ada plan nak pasang tapi bukan dalam masa terdekat laa. Btw, dalam sebulan dua jer 'hangat' dengan jenama MUGEN kemudian bertukar pula pada jenama D.A.D ( GARSON ). D.A.D ( GARSON ) cukup sinonim dengan barang-barang VIP STYLE yang berasaskan SWAROVSKI CRYSTAL. Time ni teracun pasal tengok kete-kete lowered @ Autosalon. Itu yang buat terminat dengan VIP STYLE. Disebabkan terlalu minat sangat dengan brand D.A.D ni, sampai bercuti ke Osaka pon aku still mencari kedai D.A.D. Nasib baik ler jumpa jugak kedai tu. Sabo jer laa, nasib gak laa wifey aku paham dan sekepala ngan jiwa ni.
Kalau tak paham, susah gak kan??
Banyak juga barang-barang D.A.D yang dah aku beli dan letgo ke Msia disebabkan nak upgrade yang baru, yang lama aku jual. Seperti biasa, barang-barang jepun mmg sentiasa 'panas' dan diminati di Msia. So, takde masalah nak cari buyer pasal bende-bende yang aku nak jual tu. Last mod yang aku buat adalah tambah rear screen untuk anak-anak aku tengok dvd kat seat belakang. Senyap skit laa pasal ada bende yang boleh diorang layan kat belakang. At the end, tak sempat habis modified kereta, minat sekali lagi berubah. Time ni pulak aku tengah syok main 1/6 scale toys.
BIG BOYS TOY = Hurmmm..
Fyi, gambar-gambar diatas sudah pon menjadi. Gambar-gambar kat atas ni juga aku ambil sehari sebelum ianya bertukar tangan. Interior + exterior pon tak sempat nak hantar cuci sebelum amik gambar. Kekotoran jelas kelihatan. Ahakss.
Tanggal 8 july 2009 menjadi kenangan, Edix telah pon diserahkan kembali ke Honda. Tak silap aku, genap 2 tahun sebulan aku pakai Edix 24s ni. Mileage pon baru cecah 14174km kalau korang perasan kat gambar diatas. Pada mulanya memang tak terniat langsung untuk menukar kereta tetapi disebabkan beberapa faktor yang kurang menyenangkan hati serta nasihat dari member-member yang lebih arif pasal bende ni, aku nekad tukar kereta dalam masa yang terlalu singkat. Sebenarnya memang tiada apa-apa masalah dengan kereta ni cuma parts jer yang susah nak dapat jika aku bawa balik ke Msia nanti. Sakit gak kalau nak memaintainkannya, takkan nak order dari Jepun?? Masak wooo!!
* kenderaan yang hendak dibawa masuk ke Msia MESTILAH berada di Jepun ( kita pakai disini ) selama tidak kurang dari 9 bulan. Kalau tak cukup bulan, tak bley nak bawak. Guys, korang doa-doakan laa aku berjaya melunaskan segala hutang serta bawa balik kete yang baru ni iyer??? :)

Lastly, SAYONARA BE-08....
DOZO K20A....







2 comments:

darthmental said...

kalu ko tanya aku.. BE-08 tu pun dah cukup best! :D

tapi kalu bleh dapat yang lagi best, tunggu apa lagi. haha. :P

Rockaholic said...

BE-08 sebenarnya pon dah cukup bagus bagi aku sebenarnya cuma parts jer takde kat Msia. nanti problem kalau aku bawak balik ke Msia bro..

Post a Comment