Tuesday, June 23, 2009

Heavy Metal anyone??



Selama 2 tahun berturut-turut hajat aku tak berkesempaian untuk melayan concert Loud Park. Time nak ke konsert ada jer masalahhhh..
Masalah..masalah.. Bermasalah betul laaa!!

Masalah pertama disebabkan jarak Stadium Saitama yang tidak begitu familiar bagi diri aku, 2ndly, tak tau camna cara nak kesana dgn menaiki train dan terakhir takde kaum nak pegi dan layan konsert ni ngan aku.
Ketiga-tiga faktor ni lah yang slalu membantutkan hajat aku.
Demm!!

Untuk tahun terakhir disini, aku akan cuba menunaikan hajat-hajat yang tak berkesempaian. Pada tahun ini, konsert Loud Park 2009 akan diadakan di Makuhari Messe.
Dah 2-3 tahun diorang buat kat Saitama Stadium tapi untuk tahun ni diorang tukar port baru. Port yang amat familiar skali bagi aku. Yezzaaa.
Tiket masuk untuk 1 hari bermula dari ¥13500 - ¥16000,
2 hari berturut-turut pula adalah ¥25000.

MEMANG AKAN KU PERGI DAN AKAN KU NANTI TARIKH KONSERT NI!!

P/s - Ada geng or takde geng aku tetap akan pegi!! Tak kira!! Hahahaha..


Line up untuk tahun ni pon mantap-mantap contohnya Slayer, Megadeth, Napalm Death, Judas Priest dan lain-lain lagi. Tapi line up untuk tahun lepas dan dua tahun lepas laa yang paling best pasal ada Marilyn Manson dan Slipkknot.
Kempunan.. huhuhu..
Tarak hals laa sumer tu, yang penting tahun ni, apa-apa jadi pon aku tetap akan kesana!!

Long live ROCK & ROLL!!

Korang layan laa gambar-gambar yang aku 'pow' dari website Loud Park 2008 kat bawah ni..
Adios...










Read more >>

Monday, June 15, 2009

Naga Gaban

" Naga Gaban kemari!! "
Itulah perkataan yang keluar dari mulut Gaban untuk memanggil naganya. Kalau 20 tahun dulu mungkin kengkawan masih ingat lagi words tu tapi laa ni aku tak sure samaada kengkawan masih ingat tak lagi pasal bende tu?? Mungkin member yang lahir pada lewat 70an or membesar pada awal 80an penah layan tv series ni kan??
Zaman ni mana ler ada stesen TV berbayar macam zaman skarang ni??
Paling kuat pon ada TV1, TV2 dan TV3. Hahaha..
Mustahil laa kanak2 yang lahir zaman ni tak tau langsung pasal Gaban or Suria Perkasa Hitam??
Aku pula sanggup ponteng class tambahan semata-mata nak tengok citer ni.. Hahahaha..
Kuat betul pengaruh Gaban kat aku masa zaman ni.
Entri kali ni berkaitan dengan naga yang aku jumpa smalam.
Berakhir laa juga pemburuan untuk naga ni serta sekali gus melengkapkan semua koleksi berkaitan dengan Gaban especiallynya dalam product POPY.
Cukup PUASSSSSS!! Yeahh!!
Walaupon ianya tak sehebat toys yang ada sekarang tetapi nilai-nilai nolstagia yang ada pada naga ni membuatkan aku lebih menghargainya.
Aku lahir zaman Gaban laa!!
Bukan zaman Power Puff Girls tau!!
Hahaha.. Apa-apa pon, LAYANZZZZ..



Kotak yang dah separuh tertanggal.

Naga serta peluru berpandu.




Product of POPY tahun keluaran 1982.

Long live OLD SKOOL toys!!!









Read more >>

Sunday, June 14, 2009

Gundam life size

Akhirnya, setelah menunggu hampir 2 bulan baru laa aku berkesempatan untuk bertentang mata dengan 1/1 scale Gundam. Cukup puas ati walaupon ianya belum dibuka secara rasmi untuk tatapan umum. Gambar yang aku amik pon OUT!! Maklum jer laa nubies, kelengkapan masih tak cukup especiallynyer Speed Lite ( bila laa nak sambo bende ni?? )

4 ur info, kawasan ni memang gelap gulita sebabnya diorang still tak pasang lagi lampu.
Nak harap Flash kat camera ni alahaiiii, sedey... Huhuhu..
Puas jugak laa main low aperture sebab nak harap built in flash jer tak dapek laa nak menolong!!Time ni juga baru ku tau kepentingan speed lite.. XD

Takpe, kita try repeat lagi snap Gundam ni masa dah official launch untuk umum nanti.
Dah terang benderang baru best skit nak click..click.. kan..kan..kan..
Korang layanz jer laa 2 keping gambar yang tak baper nak menjadik ni.. hahaha..











Read more >>

Wednesday, June 10, 2009

Sicherheitsdienst or SD

The Sicherheitsdienst (SD, Security Service) was primarily the intelligence service of the SS and the NSDAP. The organization was the first NAZI Party intelligence organization to be established and was often considered a "sister organization" with the Gestapo, which the SS had infiltrated heavily after 1934. Between 1933 and 1939, the SD was administered as an independent SS office, after which it was transferred to the authority of the Reich Main Security Office (Reichssicherheitshauptamt or RSHA), as one of its five offices.

Itulah makna Sicherheitsdienst mahupon SD yang dipetik dari Wikipedia,
the free encyclopedia.
Apa kaitannya pula dengan entri kali ini??

Entri kali ini berkaitan dengan haul terbaru aku iaitu 1/6 Sicherheitsdienst (SD) T.Becker. Ianya juga adalah koleksi yang pertama dari D.I.D Corp pernah aku beli.

Komen??
D.I.D toys bagi aku dah boleh berdiri setanding dengan brand-brand yang ternama cthnya Hottoys, Medicom mahupon Sideshow. Sebabnya, kedetailan figure-figure yang D.I.D Corp keluarkan pon dah bley kata tahap cuns + mewah sebabnya setiap figure yang dikeluarkan mempunyai aksesori yang banyak. Dan parts yang paling best adalah ianya DIECAST.
Aksesori DIECAST beb. Memang superb best ler kan??
Tak caya?? Kita layan dulu gambar-gambar kat bawah ni laa..












Aku tertarik untuk membeli haul ni pasal keganasan muka mamat ni dan pakaian ala-ala komandan tentera dalam NAZI. Rasanya, overall cukup puas ati!! Dan bley laa sambar toys D.I.D Corp lagi dan lagi dan lagi.. Akhir kata,

Hail HITLER!!








Read more >>

Sunday, June 7, 2009

Aku sebatang pen.

Baca dari tajuk diatas macam tajuk karangan masa skolah rendah dolu-dolu laa pulak?? Hahaha.. Itu tajuk yang paling sesuai untuk entri kali ini.
Amenda laa pulak kali ni agaknya kan?? Kalau tengok gambar yang tertera diatas, takde apa-apa yang best, betul tak?? Hanya sebatang pen biasa dan sebuah buku tulis.
Hurmm...
Pen diatas ni berharga dalam linkungan RM300 dan bukannya berjenama Mont Blanc, Parker mahupon Kilometrico. No brand beb!!
Napa?? Tak percaya??
Layan dulu gambar kat bawah ni yer?? Baru korang tau.

Aku sebatang pen.. Hahahaha..



Boleh menulis dan jeng..jeng..jeng..
Kita tengok apa yang menyebabkan harganya mahal dan keistimewaan pen ni.
Layanzzz.. ( click ler PLAY button kat video tu.. )




So how?? Apa kata anda??
Menarik??
Hahahaha..
For ur info, video diatas ni aku try test shot sendiri cuma time dan tarikh tu tak diadjustkan lagi. Biasalah, tak menyempat-nyempat nak menguji tahap keberkesanan bende ni.
wakakaka..


Pin hole camera.




Button to switch ON dan OFF camera.



USB untuk disambungkan pada PC anda.

Ops lupa lak nak inform korang yang pen ni juga berkapasiti 4GB dan size videonya pula adalah bersamaan 640 X 480 mega pixel. Videonya pula dalam bentuk AVI.

Kelemahannya ialah NO ZOOM, NO FLASH & NO WARRANTY sebab ianya bukan buatan JAPAN tetapi buatan CHINA. Biasak laa kan?? Macam tak paham pulak??

Hopefully bende ni takde masalah cukup laaa.. Lain-lain wa tak amik port janji bley tut..tut..tut..

So guys, ada bran???

It's SKODENG TIME!! Hahahaha..



Read more >>

Tuesday, June 2, 2009

Birthday Treat.

Kali ni entry bertajuk "Birthday Treat" sempena menyambut birthday
Akemi ( 28 May ) dan Syasya ( 31 May ) pada minggu lepas. Memula tu mmg dah plan nak sambut kat umah jer tapi memandangkan jiran2 sebelah menyebelah sibuk dgn xtvt memasing, so we all decide bawak bebudak ni melepak @ Pan Pac Yokohama jer laa. Ini juga adalah kali kedua melepak di hotel yang sama. Bukan apa, view kat depan bilik hotel ni memang menarik sebabnya mengadap Taman Tema Cosmo World Yokohama. Ramalan kaki cuaca meramalkan sabtu dan ahad hujan. Hurmmm, gamble jer laa. Kalau hujan nasib laa kan?? Nak wat camnerkan??

P/S - Ramalan kaki cuaca di Jepun ni 90% TEPAT. So, kalau diorg ramal kata hujan, standby jer laa payung. Bley kata 100% rakyat Jepun berpandukan pada ramalan kaki cuaca kalau nak kemana-mana ler. So, kalau melawat Jepun, slalu-slalu laa tengok ramalan kaki cuaca kat net macam aku ni.. Hihihi..

Memang sah, Tokyo pepagi dah hujannnnn. Nasib baik laa dah tengahari baru reda sikit. Alhamdulillah @ Yokohama tak hujan cuma cuaca jer kurang menarik untuk sessi bergambar. Aku plak tak minat amik gambar time cloudy. Nampak macam surammmm jerk. Itu yang x best!!
Dah settle check in bilik, Syasya plak dah tak sabar-sabar nak gi theme park. Hurmm, layan kan jer laa coz datang sini pon mmg nak kasi diorang happy. Start dari kul 4 sampai laa ke malam melepak @ theme park tu.

Esok pagi, kejadian yang sama jugak berlaku. We all check out awal untuk memuaskan hati besday gal ni main-main @ theme park. Layanz kan jerrrr. Kebetulan plak masa hari kedua ni macam-macam event berlaku kat sini. Pertandingan BMX dengan pertandingan tarian.

Tak sesia we all turun Yokohama... Best!!!







































Happy besday Akemi & Syasya, Papa luv u...

Btw, tak banyak gambar yang dapat aku upload kat blog ni. So, kalau rajin dan nak tengok lagi gambar-gambar dihari kejadian, click jer laa link kat bawah ni :

Layanzzzzz...





Read more >>