Thursday, December 31, 2009

Kitbashing??

Entri dan haul yang nak diupdate kali ini adalah yang terakhir buat tahun 2009. Esok akan bermulanya tahun 2010 dan seperti juga jumlah tahun yang meningkat naik, begitu jugalah toys yang aku dah beli ( ikut tahun gak kot?? )
Latest haul yang aku rembat kali ni lebih pada aksesori kecil-kecilan sahaja iaitu majalah, kerusi dan beberapa lagi barang 1/6 scale yang bertujuan untuk di kitbashkan nanti. Minat untuk menceburi arena kitbash ni sebenarnya dah lama timbul tetapi terpaksa dilupakan kerana terlalu sukar nak mencari barang-barang kitbash di kedai toys kat dalam Tokyo ni (box figure banyak ler diorang jual.. )

Cuma baru-baru ni jer aku dah terjumpa satu kedai yang menjual barang-barang untuk dikitbash kat area Tokyo. Tapi nak ke kedai ni jer ambil masa jugak kerana terletak diluar Tokyo sedikit. Itu salah satu sebab dan salah satu lagi sebab adalah kerana setiap hari juga aku diracun dengan gambar-gambar kitbash kengkawan didalam forum. Secara tak langsung, racun kitbash slowly menular di dalam badan. Ini sumer bebudak kitbash punya pasal laa ni!! Hahaha..

Hurm, selepas dicalculate, rege kits yang aku beli tempohari kalau ditambah lagi dalam 2-3k yen dah bley dapat box figure. Bley tahan mahal jugak rege barang-barang kitbashing ni yer?? Mungkin KEPUASAN dari 1/6 scale yang telah dikitbash sendiri melebihi dari 1/6 scale yang dah siap pasang kot?? May be laa.. ( tak caya bley refer kawan-kawan yang penah buat kitbashing ni.. )
Tak gitu Mental??

Sorry guys, sebenarnya tajuk diatas takde kena mengena dengan gambar-gambar dibawah ini cuma aku nak bagitau korang yang aku dah tertarik dengan kitbashing especially yang telah dibuat oleh kengkawan dalam forum Sembangtoys.
Gambar 1/6 scale yang dah aku kitbash sendiri??
Blom lagi daaa.. Banyak lagi bende yang perlu aku carik untuk menyiapkannya..
Masih dalam pembikinan. Mungkin 2010 siap kot?? Tak pon 2011.. Tunggu jer laaa.. Hahahaha..
Anyway, tks to otai-otai kitbashing Sembangtoys kerana telah berjaya meracuni pemikiran ku!! .
( figure-figure dibawah ni haul lama, aku reshoot semula dengan majalah & kerusi 1/6 scale yang baru aku beli merangkap aksesori kitbashing.. ) Terjebak..terjebak..
Skali lagi, Happy Nu Year all...

























Read more >>

Sunday, December 27, 2009

2010

Tinggal beberapa hari jer lagi kita akan melangkahkan kaki ke tahun 2010. Rasanya tak terlalu awal untuk aku ucapkan selamat tahun baru pada semua kengkawan mahupon blogger yang selalu bertandang ke blog yang tak seberapa ni.

Tahun 2009 akan meninggalkan banyak kenangan suka duka kehidupan especiallynya hidup sebagai perantau dinegara orang dan juga macam-macam hal berlaku sepanjang tahun 2009. Yang manis aku share bersama-sama dan kenangan yang pahit akan disimpan buat selamanya didalam hati. Aku harap tahun 2010 akan bawa perubahan pada semua yang telah berlaku selama ini.

"Pada individu yang tertentu, aku harap fikir-fikirkan laa kenapa semua ini berlaku dan jangan hanya bersikap suka menyalahkan seseorang dari mencari jalan penyelesaian. Aku bukan melarikan diri dari masalah yang telah berlaku tetapi aku lebih duka mendiamkan diri dari menyemarakkan lagi api kemarahan. Aku dah give up!! Allah maha kuasa dan aku berharap suatu hari nanti segalanya akan berubah."
Amin.

Okay la, kita lupakan perkara diatas tadi dan berbalik pada tajuk utama entri kali ini. Jika kebanyakkan kengkawan kolektor akan mengupdate haul yang terbaek disepanjang tahun 2009, aku pula mengupdate haul yang diidamkan pada tahun 2010.. Hehe.. Bukannya apa, boleh kata sumer hauls yang aku dah beli pada tahun 2009 adalah yang terbaekk. Susah nak bagi markah/point @ hauling yang dah dibeli sepanjang tahun 2009 coz semuanya memang best pada aku.

Lain orang lain citarasanya, mungkin ada dikalangan korang yang memang main/pilih sesuatu brand yang korang target tetapi bagi aku sumer brand bestttt. Tapi lately ni minat aku lebih tertumpu pada barang-barang yang lama. Ada 2-3 jenis barang lama yang aku minat tetapi masih mencari disebabkan dan out dated dan keduanya rege scalp yang tak hengat dunia. Sumtimes menyesal pulak tak grab masa memula keluar dipasaran.
Hurmm.

Anyway, aku pon masih dikira baru didalam dunia mengumpul mainan jika nak dibandingkan dengan kengkawan lain. 2010 genap 2 tahun aku start mengumpul mainan dan hobi ni juga bermula sejak berada di Jepun ( pasal dah takde bende nak buat kat sini, so carik ler hobi ).
Hobi mengumpul mainan adalah membazir?? Kebudak-budakan??
Sapa cakap??

Sebenarnya yang memberi kenyataan di atas ni yang tak tau hape bende pasal hobi ni !! Sebab apa aku cakap korang tak tau apa-apa pasal bende ni?? Sebabnya, korang penah tau ker yang rege mainan dipasaran semakin lama semakin mahal dan ianya juga bernilai di pasaran?? Korang tau ker sumtimes rege mainan bley buat duit??
If tak tau apa-apa, jangan banyak cakap laa wei !!
Aku memang EMO kerana kolektor mainan slalu dilabel sedemikian!!Lain individu lain minat dan hobinya so jangan mempertikaikan hobi orang lain!!

Gambar-gambar dibawah merupakan senarai hauls yang aku tunggu pada tahun 2010 tidak lama lagi. Seperti biasa juga, watak-watak yang dibawa oleh Depp slalunya akan diberi tumpuan dahulu dan menjadi TOP WISHLIST TOYS aku. Ahakss..

HAPPY NU YEAR ALL...

















Read more >>

Friday, December 25, 2009

German Military Police

Arghh, lama pulak rasanya aku nak menunggu untuk mendapatkan Che Guevara yang dah di PO since bulan lepas. Katanya bulan 12 dah bley dapat tapi tunggu punya tunggu punya tunggu dah pon masuk 25 aribulan 12 still takde kabar berita lagi. Aku bab-bab menunggu ni laa yang paling nyampah. Menci..menci..menci.. ahaks..
Dalam pada menunggu hauls yang dah di PO tiba, sempat jugak 2-3 barang 1/6 scales aku hauling tetapi sumernya bukan untuk aku. Tak bley jadik, tak bley jadik. Racun kuat 1/6 menghantui diri. Kadang-kadang tu niat nak tolong member carikkan barang dan slalunya aku turut diracun secara tak langsung oleh barang yang aku beli. Demmit tul !!

Dan disebabkan dah malas lagi nak menunggu si Che Guevara ni sampai umah, so aku pon menghauling 1/6 terbaru. Still bende yang dibuat oleh sykt yang sama macam haul lepas iaitu DID Corp. Rasanya memang aku secara tak langsung mula teracun dengan produk-produk yang dikeluarkan oleh sykt ni. Bab aksesori memang aku tak nafikan DID Corp CHAMPION. Pasal apa?? Pasal blom penah lagi sykt-sykt lain mengeluarkan 1/6 figure dan aksesorinya didatangkan dalam diecast. Meracunkan bukan??
Diecast dah best tapi parts nak pasang aksesori yang sekecik-keciknya tu pada figure ni pon aku tak gemar. Bagi aku, kalau figure tu dah siap pasang sumer bende tu senang skit. Tinggal nak posingkan pastu snap gambar 2-3 keping. Sonang cerita ( padahal memang aku ni pemalas.. hahaha.. )

Pada member yang dah penah main or beli 1/6 scale DID Corp, aku rasa korang pon bersependapat dengan aku. Kalau tidak masakan bro Rebel nak tambah hauls 1/6 scale DID Corp lagi kan?? Hahahaha..
Long live DID Corp bro !!
Sembang banyak pon tak guna, korang layan jer laa gambar-gambar haul terbaru kat bawah ni.. Adios..





























Read more >>

Monday, December 21, 2009

Gun and Roses Live In Japan 2009




Last week bersamaan 19 Dec 2009, aku dan wifey turun ke Tokyo Dome untuk menyaksikan konsert GnR Chinese Democracy World Tour 2009. Since June lagi aku dah tau yang GnR akan turun ke Osaka dan Tokyo pada bulan 12 ini tapi takde laa excited sangat nak pergi coz memikirkan anak-anak aku takde sapa nak jaga. Bukan senang nak carik babysitter kat Jepun ni.
Kalau ada pon mmg DEMAND tak hengat.

Lagi 3-4 hari menjelang konsert berlangsung, wifey bagtau dah dapat babysitter untuk anak-anak aku. Alhamdulillah, semuanya berlaku tanpa apa-apa perancangan dan we all dapat carik babysitter. Thanks to Kak Mai and Kak Nita kerna sudi menjaga bebudak 2 orang ni. Tanpa both of u we all takkan dapat ke konsert. ( Children umur 6 tahun ke atas sudah dibenarkan masuk ke konsert kat Jepun ).

Penjaga anak dah settle, tinggal nak cari tiket jer lagi. Seperti kata pepatah, "hendak 1000 daya, tak nak 1000 dalih" wifey aku skali lagi 'ditugaskan' mencarik tiket sebabnya dia yang terlebey excited. Aku pon sebenarnya excited tapi perasaan berbelah bagi kat anak lagi kuat dari nak menyaksikan si AXL ni menyanyi kat atas stage. Tiket 6000, 8000 dan 10000 yen dah SOLD OUT. Yang tinggal hanya tiket bernilai 12500 yen, nak tak nak ON jerklaa dari tak dapat tengok langsung kan??

For ur info, last skali GnR buat live di Tokyo adalah pada tahun 1992. After 17 tahun diorang kembali ke Jepun semula dan memang aku mengharap sangat agar kali ni diorang buat yang terbaek dari 17 tahun dulu. Yearghh, memang tak dinafikan suara AXL tetap mantap macam dulu. Sikit pon tak berubah part suara laa, part perut memang dah hancus... Hahaha... Pengganti pada Slash, DJ Ashba pon memang tahap super duper bestttt... Tak heran laa kalau Slash dah takde pasal mamat ni sememangnya lagi bestttttt dan mantap...

Konsert yang dijangkakan berlangsung pada jam 6 petang hingga 8 malam ni DELAYED. Tah pasal atas sebab hape tah?? TETAPI, ianya digantikankan dan berlangsung selama 3 jam 1/2 bukan 2 jam seperti yg diwar-warkan terlebih dahulu.. Arghhh, SUPERB BEST!! 3 jam setengah dan 31 lagu tak termasuk 'goreng menggoreng' dari gitarist GnR dan Drum Solo!!
Puas ati gilerrrrrr beb!!!

Sorry guys, gambar-gambar dalam dewan konsert tak dapat nak ambil pasal kawalan keselamatan Jepun ni tak membenarkan pengunjung mengambil gambar. Macam biasa lah, diorang ni SKEMA bab-bab camni tapi kalau korang nak tengok jugak, carik dalam YOUTUBE. Dah ada 'kawan' kita yang menguploadkan video masa konsert ni.. Hehe..

Gambar-gambar dibawah ni pula masa sebelum konsert bersama wifey dan aweks-aweks yang turut sama menyaksikan konsert pada malam tersebut. Limited Chinese Democracy Box kat bawah ni pulak adalah souviner yang dibeli masa time konsert. Dalam box ni ada CD, tee, bandana, patch, belt cover dan key chain. Tees lagi 2 tu pulak pon sama, beli dan pakai time konsert. Satu aku punya dan satu lagi wifey aku punya. We Rockkk!!

LONG LIVE GUN AND ROSES !!!!


















Lirik lagu di bawah ni bertajuk THIS I LOVE dari Album Chinese Democracy. Ianya juga membuatkan aku tangkap leleh mendengarnya.. Berulang-ulang kali jugak laa layan lagu ni.. Feelsss lebeyyyyy.. Rasanya bley ganti lagu PATIENCE kot?? Ahaksss..

P/s - Lagu yang berkumandang kat blog aku ini juga adalah lagu THIS I LOVE.. Selamat terhibur....


"And now I don't know why
She wouldn't say goodbye
But then it seems that I
Had seen it in her eyes
And it might not be wise
I'd still have to try
With all the love I have inside
I can't deny

I just can't let it die
cause her heart's just like mine
And she holds her pain inside
So if you ask me why
She wouldn't say gooodbye
I know somewhere inside
There is a special light
Still shining bright
And even on the darkest night
She can't deny

So if she's somewhere near me
I hope to God she hears me
There's no one else could ever make me feel
I'm so alive
I hoped she'd never leave me
Please God you must believe me
I've searched the universe and found myself
Within' her eyes

No matter how I try
They say it's all a lie
So what's the use of my
Confessions to a crime
Of passions that won't die
In my heart
So if she's somewhere near me
I hope to God she hears me
There's no one else could ever make me feel
I'm so alive
I hoped she'd never leave me
Please God you must believe me
I've searched the universe and found myself
Within' her eyes

So if she's somewhere near me
I hope to God she hears me
There's no one else could ever make me feel
I'm so alive
I hoped she'd never leave me
Please God you must believe me
I've searched the universe and found myself
Within' her eyes

And now I don't know why
She wouldn't say goodbye
It just might be that I
Had seen it in her eyes
And now it seems that I
Gave up my ghost of pride
I'll never say GOODBYE....."

So touchinggggggg wat do ya think???







Read more >>

Wednesday, December 2, 2009

Hurricane 1/6 scale

Salah satu haul yang tak sempat aku update kat blog ni juga adalah 1/6 scale Hurricane. Dari dulu lagi kalau Sykt Taxx Wise keluarkan diorang punya motor ianya memang membuatkan air liur aku ni meleleh. Siut laa !! Arghhh, aku memang tak bley tahan racun-racun diorang ni especially motor-motor yg telah dikalerkan 'kotor/comot'. Pada yang tak tau pasal Hurricane, ianya adalah motor kepunyaan Rider V3, kiranya old skool rider gak laa. Dalam series Masked Rider, minat aku lebih pada old skool rider. Rider yang baru-baru muncul ni aku tak baper layan sangat. Minat-minat camtu jerk pasal OLD SKOOL lagik beshhhh !!!
Secara tak langsung, Hurricane ni juga melengkapkan lineup motor-motor Taxx Wise yang penah aku beli cuma rider pada motor-motor ni jer blom ada laie..
Sabo..sabo.. Carik bende lain dulu, rider bley carik lagik buat masa ni..
Apa lagi,
jom REMPIT !!!









Read more >>

Blue Thunder 1/32 scale

Rasanya rata-rata diantara korang ni lahir dan membesar pada 70's & 80's kan??So, tak sah laa kalau korang tak tau kewujudan Blue Thunder. Kalau yg lahir 90's tak yah tau pon takpe.. Hahahaha..
Kalau Airwolf kebiasaannya terbang pada waktu siang hari, Blue Thunder ni pulak terbang waktu malam. Modus operandi sama jer diorg ni. Kiranya jugak, Blue Thunder ni pon sama seangkatan dgn Airwolf laa jugak.

Nostalgia..nostalgia..

Cepat betul waktu meninggalkan kita, rasanya macam baru jer smalam aku layan Blue Thunder ni kat TV2.


Haul di bawah ni dibuat oleh sykt Organic. Alamat kat kotak tulis Japan punya sykt. Tak tau ler betul ke tidak bende tu?? Berskala 1/32 dan boleh kata accurate dari Blue Thunder yg penah sykt lain kuarkan. Cuma satu jer tak best pasal kipas heli ni tak boleh digerakkan menggunakan bateri macam Airwolf yang penah aku beli. Lain2 bende no comment cuma aku minat kat bende ni pasal secara tak langsung ianya mengembalikan nostalgia aku di zaman kecik-kecik dulu..
Layanzzzz...




































Read more >>