Tuesday, December 1, 2009

Im back wif 1/6 scale

Assalamualaikum semua, hampir 3 bulan juga aku tak mengupdate blog. Naik bersawang dah blog ni. Bukannya takde masa cuma tahap kemalasan yg tak bley dibendung membuatkan aku tak dapat nak mengUP TO DATE blog ni. Banyak sebenarnya entri yg nak dimasukkan cuma tak berkesempatan jer nak 'start' memblogging semula.
Buat permulaan ni aku sajikan haul yg terbaru dan di beli betul2 masa malam raya haji yg lepas. Orang sibuk2 bertakbir dan masak-memasak lauk raya, we all satu family sibuk gi hauling. Hehe. Apa lagi nak dibuatkan di negara orang kan?? Lagipon, bukannya nak beriya-iya sangat mengemas rumah or memasak or beramas mesra bersama adik beradik mahupon saudara mara yg bertandang ke rumah mcm kat negara sendiri kan?? Perasaan menyambut raya tu sedikit sebanyak berkurangan jika dah stayed kat negara orang. Macam orang kata "dah takde feel" .
Kita lupakan cerita pasal raya, kita masuk bab haul baru iyer??
Bercerita tentang haul terbaru, sebenarnya bende kat bawah ni dah lama dikeluarkan oleh D.I.D Corp cuma aku jerk yg baru terminat nak beli. Aura yg dihasilkan dari figure-figure D.I.D betul2 menggugat jiwa raga. Dari segi sculpt dan aksesori, aku rasa diorang ni terbaek. Mana taknya, kebanyakkan aksesori didatangkan dalam bentuk diecast. Superb best dan berbaloi for money.
Itu cuma pendapat aku jer, "lain padang lain belalang" .
Rege yang ditawarkan juga adalah terbaekkkk sbbnya bende kat bawah ni
limited to 500 pcs worldwide only.

Figure2 SAMURI opsss sorry, SAMURAI ni pulak terbahagi pada dua jenis iaitu International Version dan Japan Version. Beza antara kedua2 jenis adalah berdasarkan pada aksesori yg xtra serta packaging luaran. Kalau nak yg terbaek, korang beli laa Japan Version. Memang terbaek !!

Jom kita layan dulu D.I.D Samurai JAPAN VERSION kat bawah ni...













Kalau korang perasan, salah satu dari gambar diatas ada menunjukkan NO 045 kat baju perisai mamat ni. Kiranya haul yg aku beli ni adalah haul yg ke 45 dari 500 pcs. Lebih kurang macam tu laa.

Dan yang membuatkan aku lebih berpuas ati sangat dengan haul ini adalah kerana bukan saja topi, topeng muka, pedang dan pisau malah baju perisai serta pad kaki mamat ni pon besi. Giler babeng bestttt.

Dan dalam byk-byk toys yg penah aku beli, aku boleh kategorikan ianya sebagai
"the best from the best" . Aku dah start jatuh chenta sama 1/6 scale D.I.D Corp.. Cukup berbaloi dan puas ati... Tak percaya, try laa beli satu..
Okay guys, kita berjumpa lagi di entri yg akan datang.
Aku pon tengah tunggu Che Guevara masuk dalam lineup 1/6 scale aku...

Ciao...





6 comments:

The Rebel said...

Layan!!!! Aku pun 'sapoter' DiD gak.....dari segi headsculpt, buleh katakan dah on par dgn Hot Toys (cuma harga DiD ni buleh kira masih 'riang-ria' lagi).......smart ler face mask Samuri..er Samurai nih, siap ada misai+janggut tu!!!

Welcome back to the blogging arena bro!

Rockaholic said...

Seriously DiD skarang ni dah bley duduk sama level wif other brands yg dah sedia kuat. Yup bro, aku pon laa ni support DiD sbb sculpt dan aksesori yg superb best + byk.. Hopefully DiD dpt lesen buat 1/6 movie pulak.. Habis laa sykt2 lain lepas ni.. hehehe..

Tks bro, happy blogging.. XD

Asmade Salam said...

At last.... Happy Blogging bro.. huhuhu...

Rockaholic said...

Tks Made, lama btul tak blogging. Nak start balik pon bley lupa.. hehe..

darthmental said...

tahniah bro. camni baru la btul2 limited edition. 500 worldwide ja. memang puas ati. maybe skit ari lagi DID bleh tapau HT, hehe. agak susah nak dapat aksesori die-cast banyak camtu.

ahh.. che guevara. jangan lupa update nanti bro. :D

Rockaholic said...

bukan takat HT jer, Medi, SS etc sumer dia tapau.. hahaha..
haah, aku pon tgh tunggu Che sampai jerk ni.. kalau ikutkan bulan ni sampai tapi date tarak lagi..

Post a Comment