Sunday, December 27, 2009

2010

Tinggal beberapa hari jer lagi kita akan melangkahkan kaki ke tahun 2010. Rasanya tak terlalu awal untuk aku ucapkan selamat tahun baru pada semua kengkawan mahupon blogger yang selalu bertandang ke blog yang tak seberapa ni.

Tahun 2009 akan meninggalkan banyak kenangan suka duka kehidupan especiallynya hidup sebagai perantau dinegara orang dan juga macam-macam hal berlaku sepanjang tahun 2009. Yang manis aku share bersama-sama dan kenangan yang pahit akan disimpan buat selamanya didalam hati. Aku harap tahun 2010 akan bawa perubahan pada semua yang telah berlaku selama ini.

"Pada individu yang tertentu, aku harap fikir-fikirkan laa kenapa semua ini berlaku dan jangan hanya bersikap suka menyalahkan seseorang dari mencari jalan penyelesaian. Aku bukan melarikan diri dari masalah yang telah berlaku tetapi aku lebih duka mendiamkan diri dari menyemarakkan lagi api kemarahan. Aku dah give up!! Allah maha kuasa dan aku berharap suatu hari nanti segalanya akan berubah."
Amin.

Okay la, kita lupakan perkara diatas tadi dan berbalik pada tajuk utama entri kali ini. Jika kebanyakkan kengkawan kolektor akan mengupdate haul yang terbaek disepanjang tahun 2009, aku pula mengupdate haul yang diidamkan pada tahun 2010.. Hehe.. Bukannya apa, boleh kata sumer hauls yang aku dah beli pada tahun 2009 adalah yang terbaekk. Susah nak bagi markah/point @ hauling yang dah dibeli sepanjang tahun 2009 coz semuanya memang best pada aku.

Lain orang lain citarasanya, mungkin ada dikalangan korang yang memang main/pilih sesuatu brand yang korang target tetapi bagi aku sumer brand bestttt. Tapi lately ni minat aku lebih tertumpu pada barang-barang yang lama. Ada 2-3 jenis barang lama yang aku minat tetapi masih mencari disebabkan dan out dated dan keduanya rege scalp yang tak hengat dunia. Sumtimes menyesal pulak tak grab masa memula keluar dipasaran.
Hurmm.

Anyway, aku pon masih dikira baru didalam dunia mengumpul mainan jika nak dibandingkan dengan kengkawan lain. 2010 genap 2 tahun aku start mengumpul mainan dan hobi ni juga bermula sejak berada di Jepun ( pasal dah takde bende nak buat kat sini, so carik ler hobi ).
Hobi mengumpul mainan adalah membazir?? Kebudak-budakan??
Sapa cakap??

Sebenarnya yang memberi kenyataan di atas ni yang tak tau hape bende pasal hobi ni !! Sebab apa aku cakap korang tak tau apa-apa pasal bende ni?? Sebabnya, korang penah tau ker yang rege mainan dipasaran semakin lama semakin mahal dan ianya juga bernilai di pasaran?? Korang tau ker sumtimes rege mainan bley buat duit??
If tak tau apa-apa, jangan banyak cakap laa wei !!
Aku memang EMO kerana kolektor mainan slalu dilabel sedemikian!!Lain individu lain minat dan hobinya so jangan mempertikaikan hobi orang lain!!

Gambar-gambar dibawah merupakan senarai hauls yang aku tunggu pada tahun 2010 tidak lama lagi. Seperti biasa juga, watak-watak yang dibawa oleh Depp slalunya akan diberi tumpuan dahulu dan menjadi TOP WISHLIST TOYS aku. Ahakss..

HAPPY NU YEAR ALL...

















2 comments:

darthmental said...

mad hatter tu cam banyak aksesori ja. tak sabaq nak tengok nanti, hehe.

Rockaholic said...

lama lagi laa bro nak tunggu.. aku pon tak sabar.. hahaha..

Post a Comment