Almost 2 years jugak aku dah tinggal kat negara matahari terbit ni. Insyaallah tahun 2010, balik jugak aku ke negara asal. Tempoh 3 tahun yang diberikan bukannya lama mana, pejam celik pejam celik dah 3 tahun. Hurmm...
Rasa-rasanya jugak, aku dah cukup 'masak' dengan tingkah laku orang-orang jepun ni. Kali ni aku nak share apa yang aku nampak sepanjang tinggal di dalam kota metropolitan ni okay?? Mungkin tak sumer betul tetapi inilah REALITI yang aku nampak. Kalau di luar bandar tak sure laa plak?? Kena tanya member aku "LAB PAPA". 4 sure dia lagi mengetahui. Kannn LAB PAPA??
Salah satu bende yang aku respek giler kat orang jepun adalah semangat cintakan bahasa sendiri. Yup.. Diorang sikit pon tak heran bahasa luar. Sapa kata kalau tak reti bahasa english tak bley maju? Contohi jepun jer laa beb, selamba badak jer cakap nihongo wif kita walhal dia tau kita orang luar dan dia mengharap kita juga akan bercakap dengan diorang-diorang ni menggunakan bahasa diorang jugak. So, pandai-pandai laa gunakan apa cara untuk membuatkan diorang ni paham. HAHAHA. Itu memang slalu terjadi kat aku.
May be tak sumernya yang tak reti berbahasa english tetapi majoritinya hanya paham basic english. Kesimpulannya, apa kata kita cuba plak ikut cara jepun?? Tourist yang datang negara kita, suruh diorang cakap bahasa kita. Jangan ikutkan sangat diorang ni. Huh!!
Bab kebersihan pon memang aku respek giler. Pengasingan sampah-sampah sarap sebelum dibuang. Contohnya, bahan yang boleh dilupus, barang yang tak boleh dilupus dan barang-barang yang merbahaya. Sumer diasingkan satu persatu. Kalau kat negara aku sendiri, satu tong sampah besar yang disediakan oleh majlis bandaran tu sumernya ada. Macam-macam ada kat dalam tong sampah tu. Kalau boleh muat DINOSAUR or KING KONG kat dalam tong tu, DINOSAUR or KING KING tu pon nak dibuangnya kat dalam tu. Betul tak?? Ahaks..
Kat sini plak kalau nak buang bende-bende besar seperti tv, aquarium yang dah pecah or apa2 bende yang besar kena lah beli sticker kat convenient store untuk ditempek kat bende-bende tu sebelum dibuang. Nak buang buang sampah pon kena bayar kan?? Arghhh..
Jangan kata sampah, najis binatang seperti anjing/kucing pon diorang akan kutip( coz kebanyakkan org2 jepun ni suke bela anjing ). Sebab tu kita akan nampak plastic beg kat poket orang-orang jepun ni bila bawak binatang diorang berjalan-jalan. Untuk apa?? Untuk kutip najis binatang tu bila binatang tu terberak laa. Apa lagi?? Memang betul-betul berSIVIK orang-orang jepun kan?? Hehe..
Kebanyakkan orang-orang jepun ni mengamalkan sikap tak peduli hal orang lain. Tak caya try laa berjalan tak pakai apa kat sini. Sure diorang tak angkat 'port' tapi kalau polis nampak sendiri mau ingat laa. Nolah, actually apa yang aku nak terangkan kat sini adalah, korang buat laa apa bende yang korang nak buat or korang pakai laa apa bende yang korang nak pakai as long bende tu tak salah disisi undang-undang. Diorang memang tak pedulik. Lantak laa korang. Bukan macam orang-orang kat negara aku?? Huh!! Sibuk jer nak tau apa jiran beli or jiran tu mana dapat duit beli kete besar or rumah baru?? DEMM!! Penyibukk!! Jaga laa tepi kain sendiri, kain orang jugak nak diselak!! Macam haram!!
Pemanduan di negara jepun juga berkhemah. Tak macam negara aku. Kalau dah bawak kete tu dialah RAJA PECUT. Asal ada orang potong jer, perghhhh, dia potong balik. Konon HERO!! Kalau kat simpang time peak hour jangan harap laa bley masuk simpang kalau tak cucuk rapat kete depan. Betul?? Disini memang berlainan sesangat, BZ or JAMMED camana jalanraya tu, bagi jer laa signal, 4 sure ada pemandu lain yang akan bagi peluang untuk memotong ot watever. Memang best giler memandu kat sini dan yang pastinya takde laa seTENSION driving kat negara sendiri. Cuma kat sini kena berjaga-jaga skit dengan driver TAXI. Diorang tu lesen besar. Kalau penumpang tahan taxi kat tengah jalan, tengah jalan jugak laa driver ni berentikan keta.. Lagi laa macam haram!! Pedal brek tu kena standyby jer laa bila follow blakang taxi yer??
Ops, sebelum lupa, aku nak bagitau korang yang jepun-jepun ni sebenarnya bukan WORKAHOLIC. Pandangan dan tanggapan korang salah sama sekali. Diorang masuk keje pukul 9 dan habis pukul 5. Manader rajin?? Sapa kata rajin?? OT?? Jangan harap laa. Nak tau kemana diorang pegi selepas pukul 5?? Selepas balik keje, time ni laa diorang lepak kat kedai judi ( Pachinko ) or diorang gi minum ngan member sampai malam pastu baru balik umah. Faktor utama yang membuatkan diorang camni adalah umah yang kecik. Ini cuma pendapat aku jer. Actually memang kecik pon umah-umah sewa kat Tokyo ni compared to their price. Sewa mahal tapi umah kecik. So, apa lagi?? Baik gi jalan-jalan or lepak minum baru balik umah kan?? Rumah hanya dijadikan tempat tido semata-mata sahaja. Diingatkan skali lagi, ini cuma penilaian aku sahaja. Sebab tu laa korang akan tengok jepun-jepun ni dah malam baru balik umah padahal baru main judi or gi minum. Hahaha.
Bab fesyen plak tak payah citer laa. Diorang ni memang UP 2 DATE giler. Surrender beb dengan diorang-diorang ni. Kalau budak-budak skolah jer dah boleh pakai LVdan COACH ke sekolah, sendiri mau ingat laa. Dan yang pastinya bukan SIAM MALI or PETALING STLEET MALI maa!! ORI MAA!! Boleh MATI MAA.. Giler ahh..
Okay laa, kalau nak citer lagi memang banyak pasal orang-orang jepun ni. Cukup laa sampai sini dulu. Lenkali kita sambung lagi. ADIOS..
Aku bukan RACIST tetapi aku bangga dengan BAHASA RASMI NEGARA aku..
6 comments:
ya!
aku setuju ngan ko pasal bahasa...
dulu time melaka hebat pung...
bahasa diorang gune bahasa melayu ape...
n pasal workaholic tu...
aku setuju gak...
bg aku...
japang ni...
membuat sesuatu dgn secara maks!
bergumbira pung secara maks!
yg aku perati la...
tul dok?
ke aku salah ek?
setuju 100% apa yg ko cakap kan tu..
aku setuju gak pasal bahasa tu. jepun guna bahasa sendiri pun bleh maju gila2. kita kat sini kelam kabut nak ajar subject sains & math dalam english. tak kesian ka kat budak2 tu? english pun diorang tak lepas lagi. yang dok kat kg. la. tapi budak2 bandar pun bukan hebat sangat pun english diorang.. huh.
orang kita ni terlampau banggakan sgt bahasa luar dan org luar. last-last apa akan jadi kat bahasa kita? jadi sampah laa. huh!! kalau tak percaya, masih ada lagi rakyat kita yg dah duduk dan lahir kat negara kita tapi still tak tau cakap bahasa rasmi kita? amande tu? sbb tu kita masih lagi dijajah oleh negara luar psl negara sendiri kita tak respek. Hang Tuah akan tinggal mitos jer laa lepas ni. kesian bangsa aku!!!
oh, takde la keja sampai tgh mlm ek? bangsa jepun adalah bangsa yg ekspresif (merujuk pada hajime, buat apa2 mesti maksima). walopon aku black (tgk avatar aku ni), aku blaja gak ckp melayu ahaks! -amuro aka am-
Am - Maksima or not aku tak sure laa tapi yang pastinya bangsa jepun ni sama gak mcm kaler bendera diorang. kalau diorang kata putih, putih jugak laa jawapannya dan jika kata merah, merah jugak laa jawapannya. Kesimpulannya, diorang berpegang kuat pada negara diorang.
Post a Comment