Saturday, January 24, 2009

Gavan Part 2


Itu ari Part 1 dan kali ini Part 2 laa plak...
Yeah...

Now, aku tunaikan sumer janji manisku untuk mengupdate segala koleksi yang aku ada berkaitan dengan Gavan. Macam-macam sumber aku guna untuk mencari sumer bende kat bawah ni. Anyway, bukan senang dah nak jumpa bende-bende ni lagi sebabnya kebanyakkan bende-bende kat bawah ni dikeluarkan dari tahun 1984 lagi. Skarang ni dah 2009 beb, kira laa dah baper tahun umur bende-bende ni plak??

Mungkin bagi bukan pengumpul mainan or mainan vintage, sumer kat bawah ni adalah 'JUNK' tetapi bagi aku plak, bende-bende ni sumer mempunyai nilai yang tinggi. Kiranya macam sentiMENTAL value jugak laa sebabnya aku membesar zaman Gavan bukannya zaman Usop Sontorian. Kuang..kuang..kuang.. So, terpulang laa pada penilaian masing-masing. Tepuk dada tanya selera. Aku plak lebih berselera pada haul VINTAGE tetapi regenya takde ler VINTAGE macam bende tu tau abang-abang dan kakak-kakak. Kalau tak caya, try laa usyar-usyar kat kedai kalau terjumpa bende-bende macam gambar kat bawah ni dan cuba tanya kat tokei kedai tu baper rege dia?? 4 sure akan membeliakkan mata.. :)


Oh yaa, sambil menyelam minum air, sama gak macam aku ni, kat bawah skali ada haul yang terbaru aku pada hari ini dan yang pastinya juga adalah haul yang aku carik-carik slama ni. Yehaaaa.. 12" Gavan.. Ianya juga still MIB.. Buat masa ni, aku blom berhajat nak keluarkan dia dari kotak lagi.. Ahaksss..


Okay laa, malas mau citer panjang-panjang. Kita layanzzz dulu..

Opssss, sebelum tu lupa lak nak kenalkan nama-nama diorang ni pada kengkawan yang tak tau. Korang ingat korang jer ker ada nama?? Diorang ni pon ada laa...


Gaban or Gavan = sapa tak kenal kan?? :)
Cyberian = nama untuk motor dia
Dolgiran = nama untuk naga dan kapal angkasa
Gyabion = nama untuk kete kebal
Scooper = nama untuk kete driller yang keluar dari kete kebal tuu..
Layanzzzz...




CYBERIAN by Toei






ACTION FIGURE by Toei



















DOLGIRAN by Toei






















GYABION by Toei




















SCOOOPER by Toei






MISC STUFF









GAVAN by Action Works









CYBERIAN by Action Works












RAH 12" GAVAN by Medicom Toys















Gavan menukar baju dalam masa 0.05 saat dan aku plak amik masa tulis blog ni dalam masa lebih dari 50 minit.
So??
Kesimpulan yang dapat diberikan adalah, aku bukan Gavan tau??
Aku penat menaip blog ni..
Letihhhh suit..
Arghhhh.. Wakakaka..
Apa-apa pon BIG THANKS kat korang sebab rajin membaca blog aku ni..


Jumpa lagi... ADIOS...




Read more >>

Friday, January 23, 2009

Gavan Part 1



Kat bawah ni adalah lagu PEMBAKAR SEMANGAT aku.. Terasa betul-betul bersemamat bila aku dengar lagu ni. Ops silap, bersemangat. Baru laa betul. Yearghh.. Hehehe..

Ada laa sikit stuff Gavan yang aku dah collect start dari jejak kaki kat Japan until nowdays dan yang pastinya aku still menunggu 'haul' baru untuk Gavan. Dulu kini dan selamanya...


SPACE SHERIFF GAVAN


p/s - nanti aku upload sumer collection berkenaan Gavan dan ianya juga buat aku 'broke'. Demm!!









Read more >>

Saturday, January 17, 2009

Ops, i did it again.


Yezza, hari ni aku haul skali lagi. Again and again and again.
Hahaha.
Btw, ari ni aku pegi hauling naik bas. Cukup laa sekali dan terakhir aku gunakan 'Belalang tempur'. Tak dapek dah nak nolong. Letih seyy. Semalaman kaki KREM.. Arkkk..
Haul hari ni dua-duanya besar tak hengat. Dah ler dua-dua berat. Tetapi sumer tu tarak halsss dan yang pentingnya adalah kepuasan selepas mendapat haul ni.


Haul yang pertama adalah Kikaider Side Machine dan yang keduanya adalah Star Wars Limited Edition tetapi bukan untuk aku. Untuk kawan aku yang bernama Mental. Mamat ni kipas susah mati Star Wars. Apa sahaja bende tak kira laa buku, sticker, figure, cawan, pen, bearbrick, helmet or spender yang ada jenama Star Wars sumer dia collect. Memang dia ni HARDCORE Star Wars NO 1 cuma dalam blog jer dia takmo share sumer collection yang dia ada. Sepatutnya dia ni citer laa pasal Star Wars kat blog, ini tidak, sibuk dok citer pasal rama-rama laa, kucing laa, Yo Mang laa?? Tak menampakkan langsung ciri-ciri Padawan.

Jangan mare yer Mental? Wakakaka.

Berbalik pada citer haul tadik, rasanya minat aku skarang ni dah beralih pada 1/6 diecast. Tak bley tahan woo tengok motor-motor KR ni especially yang rare macam gambar kat bawah ni. Memang details dan sebijik macam motor 1/1 scale. Alah, macam dalam tv tu laa.. Meleleh..
SLURPPPPPPPPP..

Dah dua bijik motor 1/6 scale aku sambar dan dua-dua bijik tu still tak berRIDER lagi. Siannn. Lepas ni nampak gaya memang kena laa carik rider laa plak..
DEMM!!!

Apa-apa pon, kita layanzz gambar dulu..










































So amacam?? Best?? Ader BRAN??
Vroom..vroom..




Gambar kat bawah ni haul untuk kawan aku, macam yang aku sebut-sebut kat atas tadi. Rare items jugak. Keluaran tahun 1998 by Kenner. Dah 11 tahun umur bende ni. Memang dah kira tahap rare gak laa kan?? Masa tahun dikeluarkan, ada ditulis kat kotak regenya bersamaan 70 US dollar. So, skarang ni dah 2009, kira laa sendiri berapa agaknya rege untuk bende rare camni?? Harga memang takkan turun especially barang LIMITED. Sendiri mau ingat laa yer?? Dan yang pasti, owner baru Star Wars ni akan tersenyum bangga apabila memilikinya.
Yehaaa..













Click laa gambar kat atas ni untuk mengetahui apa yang istimewa sangat kat dalam box ni. Hanya HARDCORE Star Wars jer yang tau menilaikannya. Aku tak baper reti sangat bab-bab camni.. Hehe..



Hingga jumpa lagi di haul yang akan datang.
Adios.





Read more >>

Thursday, January 15, 2009

Cyclone

Itu ari pasal Cyclops, hari ni pasal Cyclone plak okay?? 4 ur info guys, tis is my new haul for today. Baru jer rembat hari ini bersamaan 15 januari 2009. Panjang sebenarnya cerita bagaimana cara untuk mendapatkan bende ni. Takpe-takpe, korang layan dulu gambar-gambar kat bawah then baru dengar citer susah payah aku mendapatkan bende ni. Serious, memang susah beb. Tarak tipu.
Layanzzz dulu gambar yer???














Amacam guys, dah layanz gambar kat atas?? Best?? Kalau best, try laa usyar or carik kat kedai yang berdekatan dengan anda.. Hahaha..
Okay, berbalik pada cerita tadi, sebenarnya ini juga adalah haul yang paling thrill skali penah aku dapatkan. 1stly memang susah nak jumpa bende ni sebab dah lama kuar dan 2ndly, nak mendapatkan bende ni pon susah. Penuh dengan cabaran dan dugaan. Arghhh.
4 ur info guys, aku spot tis thing 2 hari lepas masa nak sambar haul baru. 1stly memang tak terniat nak beli pon sebabnya aku dah ada plan untuk menyambar bende lain. ( Tak bley laa nak bagitau apa dia?? ) Ini RAHSIA.. hahaha..
Lepas dah sampai umah, perasaan menyesal tak sudah kerana tak menyambar Cyclone, mula menghantui jiwa..
DEMM!!
Aku dah termakan racun Cyclone.. Arghhhh!!
Masuk hari kedua, perasaan tu still tak hilang-hilang.. Memang haram btul laa Cyclone ni sampai boleh mengganggu-gugat hari-hari aku.. Serious beb, ini kenyataan yang berlaku pada diri aku ni.. Bukan aku berbohong or saja buat-buat citer.. Ini kenyataan.. Arghhh!!!
Hari ni adalah hari ketiga, tersiksa jiwa dan batin aku ni disebabkan Cyclone. Perasaan ni mula laa meluap-luap untuk mendapatkan Cyclone. Memang harams betul laa 'dia' ni!!
Masa yang diberikan untuk mendapatkan bende ni cuma sejam. Kenapa agaknya yer?? Sebabnya aku terpaksa menumpangkan anak-anak aku kat umah jiran dan jiran tu plak nak kuar pasal ada hal yang tak dapat dielakkan.. Adusss!!
Berat betul cabaran yang aku tempohi ni!!
Nak naik kete pon tak bley disebabkan kete aku plak dah dihantar servis, tetapi kalau aku gunakan khidmat bas awam, 4 sure amik masa yang lebih lama. Huh!!
Kedai menan yang aku nak pegi tu nak kata dekat tak dekat dan nak kata jauh takde laa jauh mana. Aku bagi contoh jer laa jarak kedai tu dari umah aku yer?? Jarak ke kedai tu dari umah aku ni sama jarak antara Presint 8 Putrajaya nak pergi ke Shopping Complex Alamanda Putrajaya.
So amacam??
Memang kalau aku gunakan khidmat bas awam, 4 sure lambat sebabnya bas banyak persinggahan dan banyak plak tempat nak berenti.
Akhirnya, aku nekad. Nak tak nak, aku kena dapatkan bende ni hari ni jugak sebelum lesap dari pandangan mata aka berputih mata. So, aku terpaksa gunakan khidmat 'belalang tempur' untuk haul Cyclone. Punya laa penat mengayuh 'belalang tempur' turun naik bukit, jalan raya yang sibuk dengan kenderaan yang tak putus-putus, cuaca yang mencapai tahap 2 darjah celcius dan mencilok orang ramai yang lalu lalang. ( 'Belalang tempur' aku ni plak takde GEAR, kena guna MANUAL ).
ARGHHHH!!
Akhirnya, sampai gak aku kat kedai menan. Alhamdulillah, ada lagi bende ni rupanya?? Kalau dah kena kebas, mau aku bakar jer kedai yang jual menan nih. Penat seyyy!! Bila dah dapat Cyclone apa lagi?? Terus cabut balik umah ler, takde singgah-singgah dah. Straight sampai umah. Skali lagi terpaksa mengayuh bende ni merempuhi rintangan-rintangan yang aku tempoh tadi. Adusss!!
SUPERBBB...
Aku bertolak dari umah ke kedai menan pukul 12:07 tghari dan sampai di rumah tepat 12:37 tghari. Tak tipu beb!!
1/2 jam jer masa aku habiskan pegi balik siap beli menan lagik. Tetapi kalau korang tengok muka aku time tu, memang dah macam tikus tak cukup air. MENCUNGAP, tekak kering disebabkan cuaca sejuk + kaki aku KREMM!!!
DEMM!!
Giler punya keje!!
Kalau korang nak tau camana rupa 'Belalang Tempur' aku, tuu diaa kat bawah ni.. Korang pikir-pikirkan laa yer??
Betul kata pepatah, nak 1000 daya, tak nak 1000 dalih.


Lawa kan Belalang Tempur aku ni?? Syabas Belalang!!
Kau membuatkan aku bangga hari ni.
HENSHIN !!!!




Read more >>

Monday, January 12, 2009

Cyclops


Entah kenapa start dari last week dan minggu ni aku TERajin plak nak update blog. Kalau datang malas, nak tunggu aku post satu topik tu pon makan tahun tapi laa ni dalam satu ari jerk aku bley bikin 2 to 3 topik skali gus or may b idea tengah banyak?? or mungkin jugak minggu ni adalah hari rajin aku??

Agaknya laa kot??


Btw, aku just update gambar haul yang aku dah beli since last year lagi. Punya lama aku peram dalam box dan akhirnya keluar jugak dia ni. Tak tau laa, macam ada tarikan untuk tak nak bagi aku bukak kotak dia ni. Hahaha..

Macam biasa jugak laa, RAH MEDICOM menjadi pilihan utama dalam setiap haul yang aku beli. Cyclops ni may b susah dah nak jumpa, kalau jumpa pon mahal tetapi berkat banyak 'memburu', sumer perkara yang IMPOSSIBLE akan menjadi POSSIBLE. Yehaaa...


Sebelum ni, si Wolvie keseorangan tetapi skarang ni tidak lagi kerana dah ditemani oleh mamat ni. Cuma Magneto jer blom lagi termasuk dalam senarai X-men karektor yang aku dah ada. Tunggu jer laa nanti, ada laa tu.. Hahaha.. :P

Layanzzz...






















Kalau ditenung, dibelek dan diteliti betul-betul korang akan nampak Cyclops aku ni tengah dilanda stim. Tak caya tengok laa bebetul..

Tengok jer laa tuu... Tak senonoh!!
DEMM!!

Dah buang tebiat apa dia ni?? Sempat lagi menunjukkan aksi terlampau... ARGHHHH..


Akhir kata, ADIOS...


Read more >>

6 bulan dan 6th scale



Lepas dah kemas-kemas umah smalam baru aku prasan apa yang sesak sangat kat dalam lemari. Rupa-rupanya, bende-bende ni sumer lah yang telah menyesakkan lemari aku selama ni. Sedar tak sedar juga dah 6 bulan aku join forum Kg Pisang as a collector tegar, dan sudah 6 bulan jugak laa aku teracun dengan 6th scale dan inilah buktinya. Memang meracunkan dan menghabiskan.


DEMM!!


p/s - Pasal 6th scale jugak, haul yg lain sumer aku stop termasuk modding kete..


Ko memang 6 JAHANAM!! ARghh!!





Read more >>

Saturday, January 10, 2009

One day wif Japanese

Almost 2 years jugak aku dah tinggal kat negara matahari terbit ni. Insyaallah tahun 2010, balik jugak aku ke negara asal. Tempoh 3 tahun yang diberikan bukannya lama mana, pejam celik pejam celik dah 3 tahun. Hurmm...

Rasa-rasanya jugak, aku dah cukup 'masak' dengan tingkah laku orang-orang jepun ni. Kali ni aku nak share apa yang aku nampak sepanjang tinggal di dalam kota metropolitan ni okay?? Mungkin tak sumer betul tetapi inilah REALITI yang aku nampak. Kalau di luar bandar tak sure laa plak?? Kena tanya member aku "LAB PAPA". 4 sure dia lagi mengetahui. Kannn LAB PAPA??


Salah satu bende yang aku respek giler kat orang jepun adalah semangat cintakan bahasa sendiri. Yup.. Diorang sikit pon tak heran bahasa luar. Sapa kata kalau tak reti bahasa english tak bley maju? Contohi jepun jer laa beb, selamba badak jer cakap nihongo wif kita walhal dia tau kita orang luar dan dia mengharap kita juga akan bercakap dengan diorang-diorang ni menggunakan bahasa diorang jugak. So, pandai-pandai laa gunakan apa cara untuk membuatkan diorang ni paham. HAHAHA. Itu memang slalu terjadi kat aku.

May be tak sumernya yang tak reti berbahasa english tetapi majoritinya hanya paham basic english. Kesimpulannya, apa kata kita cuba plak ikut cara jepun?? Tourist yang datang negara kita, suruh diorang cakap bahasa kita. Jangan ikutkan sangat diorang ni. Huh!!


Bab kebersihan pon memang aku respek giler. Pengasingan sampah-sampah sarap sebelum dibuang. Contohnya, bahan yang boleh dilupus, barang yang tak boleh dilupus dan barang-barang yang merbahaya. Sumer diasingkan satu persatu. Kalau kat negara aku sendiri, satu tong sampah besar yang disediakan oleh majlis bandaran tu sumernya ada. Macam-macam ada kat dalam tong sampah tu. Kalau boleh muat DINOSAUR or KING KONG kat dalam tong tu, DINOSAUR or KING KING tu pon nak dibuangnya kat dalam tu. Betul tak?? Ahaks..

Kat sini plak kalau nak buang bende-bende besar seperti tv, aquarium yang dah pecah or apa2 bende yang besar kena lah beli sticker kat convenient store untuk ditempek kat bende-bende tu sebelum dibuang. Nak buang buang sampah pon kena bayar kan?? Arghhh..

Jangan kata sampah, najis binatang seperti anjing/kucing pon diorang akan kutip( coz kebanyakkan org2 jepun ni suke bela anjing ). Sebab tu kita akan nampak plastic beg kat poket orang-orang jepun ni bila bawak binatang diorang berjalan-jalan. Untuk apa?? Untuk kutip najis binatang tu bila binatang tu terberak laa. Apa lagi?? Memang betul-betul berSIVIK orang-orang jepun kan?? Hehe..


Kebanyakkan orang-orang jepun ni mengamalkan sikap tak peduli hal orang lain. Tak caya try laa berjalan tak pakai apa kat sini. Sure diorang tak angkat 'port' tapi kalau polis nampak sendiri mau ingat laa. Nolah, actually apa yang aku nak terangkan kat sini adalah, korang buat laa apa bende yang korang nak buat or korang pakai laa apa bende yang korang nak pakai as long bende tu tak salah disisi undang-undang. Diorang memang tak pedulik. Lantak laa korang. Bukan macam orang-orang kat negara aku?? Huh!! Sibuk jer nak tau apa jiran beli or jiran tu mana dapat duit beli kete besar or rumah baru?? DEMM!! Penyibukk!! Jaga laa tepi kain sendiri, kain orang jugak nak diselak!! Macam haram!!


Pemanduan di negara jepun juga berkhemah. Tak macam negara aku. Kalau dah bawak kete tu dialah RAJA PECUT. Asal ada orang potong jer, perghhhh, dia potong balik. Konon HERO!! Kalau kat simpang time peak hour jangan harap laa bley masuk simpang kalau tak cucuk rapat kete depan. Betul?? Disini memang berlainan sesangat, BZ or JAMMED camana jalanraya tu, bagi jer laa signal, 4 sure ada pemandu lain yang akan bagi peluang untuk memotong ot watever. Memang best giler memandu kat sini dan yang pastinya takde laa seTENSION driving kat negara sendiri. Cuma kat sini kena berjaga-jaga skit dengan driver TAXI. Diorang tu lesen besar. Kalau penumpang tahan taxi kat tengah jalan, tengah jalan jugak laa driver ni berentikan keta.. Lagi laa macam haram!! Pedal brek tu kena standyby jer laa bila follow blakang taxi yer??


Ops, sebelum lupa, aku nak bagitau korang yang jepun-jepun ni sebenarnya bukan WORKAHOLIC. Pandangan dan tanggapan korang salah sama sekali. Diorang masuk keje pukul 9 dan habis pukul 5. Manader rajin?? Sapa kata rajin?? OT?? Jangan harap laa. Nak tau kemana diorang pegi selepas pukul 5?? Selepas balik keje, time ni laa diorang lepak kat kedai judi ( Pachinko ) or diorang gi minum ngan member sampai malam pastu baru balik umah. Faktor utama yang membuatkan diorang camni adalah umah yang kecik. Ini cuma pendapat aku jer. Actually memang kecik pon umah-umah sewa kat Tokyo ni compared to their price. Sewa mahal tapi umah kecik. So, apa lagi?? Baik gi jalan-jalan or lepak minum baru balik umah kan?? Rumah hanya dijadikan tempat tido semata-mata sahaja. Diingatkan skali lagi, ini cuma penilaian aku sahaja. Sebab tu laa korang akan tengok jepun-jepun ni dah malam baru balik umah padahal baru main judi or gi minum. Hahaha.


Bab fesyen plak tak payah citer laa. Diorang ni memang UP 2 DATE giler. Surrender beb dengan diorang-diorang ni. Kalau budak-budak skolah jer dah boleh pakai LVdan COACH ke sekolah, sendiri mau ingat laa. Dan yang pastinya bukan SIAM MALI or PETALING STLEET MALI maa!! ORI MAA!! Boleh MATI MAA.. Giler ahh..


Okay laa, kalau nak citer lagi memang banyak pasal orang-orang jepun ni. Cukup laa sampai sini dulu. Lenkali kita sambung lagi. ADIOS..
Aku bukan RACIST tetapi aku bangga dengan BAHASA RASMI NEGARA aku..


Read more >>

Tokyo Autosalon 2009




Kalau ditengok dari gambar kat atas ni for sure korang dah tau event pasal apa bukan?

Iyer betulll...


Tokyo Autosalon 2009 yang akan berlangsung pada semalam bersamaan 9 januari 2009 sehingga esok bersamaan 11 januari 2009.

Pada member-member yang mengharap gambar autosalon macam tahun-tahun yang lepas, Im sorry guys, tahun ni aku malas nak pegi. Ntah laa, macam takde mood plak nak pegi autosalon kali ni. May be minat terhadap kete dah slow down.


Insyaallah, Tokyo Motorshow or Mobile Show Entertainment yang akan berlangsung pada tahun ni juga, aku akan pegi.. Hope so so laa..


Sorry yer.. Hehehe..



Read more >>

Friday, January 9, 2009

Tag


Dah sumernya kengkawan aku 'tag' aku, so aku pon 'tag' ler balik.. macam "tik tag too" jugak kan?? hihi..

Tag :


1) Your name / username : Epul/rockaholic/marilynmanson
2) Left handed or Right Handed : Right

3) Favourite letter to write : Arghh, DEMM, haah, btw, hihi, hehe

4) Least favourite letter to write : u2

5) Do you think you are HOT? : tak Hot pon

6) Upload you fav pic :



7) Why do you like this picture? : Sebabnya diorang tu buah hati aku..

8) The last song u listen to? : Girl just wanna have fun
9) What are you doing right now besides this? : Tengah layan YOUTUBE

10) Tag 6 people :
1. Mental
2. Hajime
3. Kakchik
4. Made
5. Lab Papa
6. Nizam



Read more >>

Lanun


Update nu haul.. update nu haul..


Tis week, lagi sorang lanun berjaya memasuki carta lanun-lanun yang dah sedia ada didalam simpanan aku.. Punya laa susah nak cari mamat ni disebabkan OUT OF STOCK tapi berkat usaha gigih, berjaya jugak akhirnya.. Yehaaa..
Dah macam dapat harta karun laa plak aku ni??
DEMM!!
Tinggal sorang lanun jer lagi utk aku mengcompletekan version lanun-lanun ni..
Dah jumpa ari tu tapi gatal-gatal konon nanti-nanti nak sambar, last-last orang lain yang sambar dulu.. MELEPAS!! Sabo jer laa!!


Btw, takde apa pon yang nak aku reviewkan pasal mamat ni, cuma apa yang boleh aku katakan kat sini adalah mamat ni lagi ENSEM, MACHO, SUPERBBB dari aku..
HAHAHAHA..

Layanzz..














Read more >>