Itu ari pasal Cyclops, hari ni pasal Cyclone plak okay?? 4 ur info guys, tis is my new haul for today. Baru jer rembat hari ini bersamaan 15 januari 2009. Panjang sebenarnya cerita bagaimana cara untuk mendapatkan bende ni. Takpe-takpe, korang layan dulu gambar-gambar kat bawah then baru dengar citer susah payah aku mendapatkan bende ni. Serious, memang susah beb. Tarak tipu.
Layanzzz dulu gambar yer???
Amacam guys, dah layanz gambar kat atas?? Best?? Kalau best, try laa usyar or carik kat kedai yang berdekatan dengan anda.. Hahaha..
Okay, berbalik pada cerita tadi, sebenarnya ini juga adalah haul yang paling thrill skali penah aku dapatkan. 1stly memang susah nak jumpa bende ni sebab dah lama kuar dan 2ndly, nak mendapatkan bende ni pon susah. Penuh dengan cabaran dan dugaan. Arghhh.
4 ur info guys, aku spot tis thing 2 hari lepas masa nak sambar haul baru. 1stly memang tak terniat nak beli pon sebabnya aku dah ada plan untuk menyambar bende lain. ( Tak bley laa nak bagitau apa dia?? ) Ini RAHSIA.. hahaha..
Lepas dah sampai umah, perasaan menyesal tak sudah kerana tak menyambar Cyclone, mula menghantui jiwa..
DEMM!!
Aku dah termakan racun Cyclone.. Arghhhh!!
Masuk hari kedua, perasaan tu still tak hilang-hilang.. Memang haram btul laa Cyclone ni sampai boleh mengganggu-gugat hari-hari aku.. Serious beb, ini kenyataan yang berlaku pada diri aku ni.. Bukan aku berbohong or saja buat-buat citer.. Ini kenyataan.. Arghhh!!!
Hari ni adalah hari ketiga, tersiksa jiwa dan batin aku ni disebabkan Cyclone. Perasaan ni mula laa meluap-luap untuk mendapatkan Cyclone. Memang harams betul laa 'dia' ni!!
Masa yang diberikan untuk mendapatkan bende ni cuma sejam. Kenapa agaknya yer?? Sebabnya aku terpaksa menumpangkan anak-anak aku kat umah jiran dan jiran tu plak nak kuar pasal ada hal yang tak dapat dielakkan.. Adusss!!
Berat betul cabaran yang aku tempohi ni!!
Nak naik kete pon tak bley disebabkan kete aku plak dah dihantar servis, tetapi kalau aku gunakan khidmat bas awam, 4 sure amik masa yang lebih lama. Huh!!
Kedai menan yang aku nak pegi tu nak kata dekat tak dekat dan nak kata jauh takde laa jauh mana. Aku bagi contoh jer laa jarak kedai tu dari umah aku yer?? Jarak ke kedai tu dari umah aku ni sama jarak antara Presint 8 Putrajaya nak pergi ke Shopping Complex Alamanda Putrajaya.
Kedai menan yang aku nak pegi tu nak kata dekat tak dekat dan nak kata jauh takde laa jauh mana. Aku bagi contoh jer laa jarak kedai tu dari umah aku yer?? Jarak ke kedai tu dari umah aku ni sama jarak antara Presint 8 Putrajaya nak pergi ke Shopping Complex Alamanda Putrajaya.
So amacam??
Memang kalau aku gunakan khidmat bas awam, 4 sure lambat sebabnya bas banyak persinggahan dan banyak plak tempat nak berenti.
Akhirnya, aku nekad. Nak tak nak, aku kena dapatkan bende ni hari ni jugak sebelum lesap dari pandangan mata aka berputih mata. So, aku terpaksa gunakan khidmat 'belalang tempur' untuk haul Cyclone. Punya laa penat mengayuh 'belalang tempur' turun naik bukit, jalan raya yang sibuk dengan kenderaan yang tak putus-putus, cuaca yang mencapai tahap 2 darjah celcius dan mencilok orang ramai yang lalu lalang. ( 'Belalang tempur' aku ni plak takde GEAR, kena guna MANUAL ).
ARGHHHH!!
Akhirnya, sampai gak aku kat kedai menan. Alhamdulillah, ada lagi bende ni rupanya?? Kalau dah kena kebas, mau aku bakar jer kedai yang jual menan nih. Penat seyyy!! Bila dah dapat Cyclone apa lagi?? Terus cabut balik umah ler, takde singgah-singgah dah. Straight sampai umah. Skali lagi terpaksa mengayuh bende ni merempuhi rintangan-rintangan yang aku tempoh tadi. Adusss!!
SUPERBBB...
Aku bertolak dari umah ke kedai menan pukul 12:07 tghari dan sampai di rumah tepat 12:37 tghari. Tak tipu beb!!
1/2 jam jer masa aku habiskan pegi balik siap beli menan lagik. Tetapi kalau korang tengok muka aku time tu, memang dah macam tikus tak cukup air. MENCUNGAP, tekak kering disebabkan cuaca sejuk + kaki aku KREMM!!!
DEMM!!
Giler punya keje!!
Kalau korang nak tau camana rupa 'Belalang Tempur' aku, tuu diaa kat bawah ni.. Korang pikir-pikirkan laa yer??
Betul kata pepatah, nak 1000 daya, tak nak 1000 dalih.
Lawa kan Belalang Tempur aku ni?? Syabas Belalang!!
Kau membuatkan aku bangga hari ni.
HENSHIN !!!!
16 comments:
salute bro! skang baru aku tau. rupanya KR the 1st tu bukanlah yang btul2 1st. sebenarnya.. ko lah KR the 1st! henshin! :P
Gila Ah Ding Dong belalang tempur mu yang kat belakang tu. Siap ada kerusi malas untuk anak. Muahaha... Kaler biru lagi.
Mencabar betul nak dapatkan cyclon ni yek?
hahahaha..
Suspect la dgn ko epul..
Betul tu..nak seribu daya..
X nak seribu dalih..
Gambatte Kudasai!!!
Mental : Aku lah rider yg sebenar-benarnya.. wakakaka..
Nizam : Kalau ikut rider betul, kaler hijau tapi blalang aku ni spesel pasal kaler dia biru and yg bestnya bley bwak anak aku jenjalan. kalau motor utk real blalang mana bley bwak anak jenjalan? hahaha..
memang mencabar.. seriously ini betul berlaku.. tarak tipu dan tarak tambah...
Made : Tks bro, aku kalau dah desperate sesangat, memang sanggup buat apa jer.. hahaha..
wakahkahkah..superb cerita ko ni bro..superb.
Nasib ko dok Tokyo, kalo dok tempat aku ni, seat belakang belakang tempur ko mesti penuh time balik umah hahahaha
anyways, SYABAS
Lab Papa : napsu kalau dah meluak-luak jadik camni laa bro.. apa pon sanggup.. wakakaka...
adoyaiii tak tahan bab belalang tempur tu...mula baca pun tak sabar nak tgk ada tak ko letak pic belalang tempur tu..haha last skali ada gak....sanggup seh...klau dh minat giler ngan menan gitu ler kahkah..
ps: memula baca ape la 'menan' tu (aku salah pronounce), skali mainan daa haha..
Ida : minat mengatasi segala-galanya.. apa pon sangguppppp.. :P
abg rock yg power!!! teringat plak keje gile aku masa form 3 dulu, naik mountain bike dr melawati ke alpha angle (wangsa maju) semata-mata nak beli kaset! naik bukit, turun bukit...perghh! dah la panas! nasib baik kat jepun skang ni sejuk....brrrrr (cuba utk menggigilkan diri)
Amuro : Tu laa pasal bro, kalau kita nakkan sgt bende tu camana susah pon still ada jer cara nak mendapatkannya. Aku pon sama jer mcm ko.. hehe..
baby seat tu dijual berasingan x?
sorry laa ah chong, dua-dua tu x dijual berasingan. harap maklum. :)
huahuahua belang tempur ko buat aku tak kering gusi!dem kira cyclone tu berhantu jugok la eh sampai jadi gitu epic lu punye jorney to get it.
congratz abe rock!
jinrai : memang aku akan ingat sampai bila-bila bende ni.. hahaha.. ingat cyclone, ingat 'blalang tempur' aku.. ada story disebalik cyclone.. :D
Post a Comment