Thursday, December 31, 2009

Kitbashing??

Entri dan haul yang nak diupdate kali ini adalah yang terakhir buat tahun 2009. Esok akan bermulanya tahun 2010 dan seperti juga jumlah tahun yang meningkat naik, begitu jugalah toys yang aku dah beli ( ikut tahun gak kot?? )
Latest haul yang aku rembat kali ni lebih pada aksesori kecil-kecilan sahaja iaitu majalah, kerusi dan beberapa lagi barang 1/6 scale yang bertujuan untuk di kitbashkan nanti. Minat untuk menceburi arena kitbash ni sebenarnya dah lama timbul tetapi terpaksa dilupakan kerana terlalu sukar nak mencari barang-barang kitbash di kedai toys kat dalam Tokyo ni (box figure banyak ler diorang jual.. )

Cuma baru-baru ni jer aku dah terjumpa satu kedai yang menjual barang-barang untuk dikitbash kat area Tokyo. Tapi nak ke kedai ni jer ambil masa jugak kerana terletak diluar Tokyo sedikit. Itu salah satu sebab dan salah satu lagi sebab adalah kerana setiap hari juga aku diracun dengan gambar-gambar kitbash kengkawan didalam forum. Secara tak langsung, racun kitbash slowly menular di dalam badan. Ini sumer bebudak kitbash punya pasal laa ni!! Hahaha..

Hurm, selepas dicalculate, rege kits yang aku beli tempohari kalau ditambah lagi dalam 2-3k yen dah bley dapat box figure. Bley tahan mahal jugak rege barang-barang kitbashing ni yer?? Mungkin KEPUASAN dari 1/6 scale yang telah dikitbash sendiri melebihi dari 1/6 scale yang dah siap pasang kot?? May be laa.. ( tak caya bley refer kawan-kawan yang penah buat kitbashing ni.. )
Tak gitu Mental??

Sorry guys, sebenarnya tajuk diatas takde kena mengena dengan gambar-gambar dibawah ini cuma aku nak bagitau korang yang aku dah tertarik dengan kitbashing especially yang telah dibuat oleh kengkawan dalam forum Sembangtoys.
Gambar 1/6 scale yang dah aku kitbash sendiri??
Blom lagi daaa.. Banyak lagi bende yang perlu aku carik untuk menyiapkannya..
Masih dalam pembikinan. Mungkin 2010 siap kot?? Tak pon 2011.. Tunggu jer laaa.. Hahahaha..
Anyway, tks to otai-otai kitbashing Sembangtoys kerana telah berjaya meracuni pemikiran ku!! .
( figure-figure dibawah ni haul lama, aku reshoot semula dengan majalah & kerusi 1/6 scale yang baru aku beli merangkap aksesori kitbashing.. ) Terjebak..terjebak..
Skali lagi, Happy Nu Year all...

























4 comments:

The Rebel said...

Cool bro! Boleh aku tanya sikit tak? Dari segi teknik photography, base (lantai) tu hg pakai apa? Mmg lantai rumah hg ke? How about the background?

Rockaholic said...

Tks bro. Actually base dgn background tu aku guna kain kaler dark brown. ( Jangan bgtau sesapa, kain tu jugak merangkap langsir yg dah lama bini aku tak pasang kat umah.. kalau bini aku tau naya jerk ). Hahahaha.. Teknik paling simple jer bro. Pastu guna table lamp kasi tembak terus kat figure tu.. Try bro, senang + modal tak byk..

Anonymous said...

mantap laaa broooo...t-beck yg cun giler...

k said...

x saba nk tgk kb dari bro nih.... huhu....

Post a Comment