Macam biasalah, haul..haul..haul.. Kali ni, aku update haul yang boleh dikatakan terbaru jugak laa. Figurines ni diadaptasi dari MANGA.
Biasalah jepun, kebanyakkan figurines yang diorang kuarkan majoritinya pon dari manga. Itu salah cara yang diorang bley buat money.
Dan yang pastinya, memang ada peminat yang akan membeli produk tu.
Diorang, apa ada hal??
Manga bukanlah membawa maksud buah kaler kuning yang sedang masak ranum or yang korang makan semasa buah ni masih muda dan bergetah, serta sedap juga dicicah dengan cili api campur gula dan kicap tu tau?? ( terliur plak ngan manga muda ni!! )
Itu manga Malaysia?? Tak pon manga Siam??
Manga Jepun lain wooooooooo!!
Manga jepun membawa maksud " komik ".
Kalau "manga" orang-orang jepun, lagi ler lain maksudnya. :P
Banyak maksud rupanya Manga ni yer??
kui kui kui.
Dah-dah, kalau nak citer Manga dan "manga", sampai esok tak abis. Aku bukan nak citer pasal mende tu, aku nak citer pasal haul yang aku beli ni.
Demm!!
Haul kali ni lebih pada watak-watak gangster jepun. Muka sekor-sekor pon dah ala-ala Yakuza. Nampak ganas dan macho bukan macho tapi hancur tau??
Actually, banyak jugak produk dari manga X-worst ni. Dari komik, sampai laa ke t-shirt, mug, key chain dll.
Jaket kulit pon aku penah tengok tapi rege riban-riban. Arkkkk.
Aku memang tak penah baca ataupon terbaca komik X-Worst ni cuma berminat pada karektor, pakaian dan aksesori diorang guna. Nampak STYLO MYLO..
RAH MEDICOM ada kuarkan 15 jenis figure berkaitan dengan X-WORST.
Nak collect sumer memang tak dapat laa.
huhuhuhu.
Apa-apa pon, korang layanzzz ler gambar...
Rasanya, dah takde apa lagi yang nak diciterkan pasal diorang kat atas ni sebabnya, ada lagi haul terbaru yang aku nak review.
Akan menyusul tak lama lagi.
Sabo jer laaa.. hehehe...
Long live action figure...
2 comments:
memang stylo & detail bro. gambar blakang jaket siap jahit lagi tu!
ko tak nak beli jaket tu ker?? bley jadi gangster jugak bila pakai.. hahaha..
Post a Comment