Sunday, February 8, 2009

Holiday Time..

Kali ni aku nak stop dari bercerita tentang toys sebabnya aku baru jer balik dari bercuti ke Guam. Memang jarang sekali aku akan plan utk ke sana or ke sini berholiday. Rasa-rasa nak pegi jer, we all pegi. Dan boleh kata jugak, sumer holiday yang we all pergi takde plan apa-apa. Sumer main "last mins" jerk sebabnya aku memang tak suka nak plan apa-apa.

Perjalanan dari Tokyo ke Guam mengambil masa selama 3 jam setengah by flight. Takde laa lama mana, cuma aku rasa macam tak sanggup jer nak duduk lelama dalam flight. Bosan!! 4 ur info, Guam adalah salah satu pulau dibawah jajahan U.S cuma ianya terletak di antara Jepun dan Filipina. Tak silap aku juga, Guam penah dijajah oleh SPAIN dan JEPUN tapi last-last U.S jugak yang dapat. Hurmm, may be Jepun malas nak berebut kot?? Okay laa, berbalik pada story tadi, tepat jam 9.45 p.m we all landed di A.B Won Pat International Airport, Guam. PEMBERITAHUAN : pengunjung Malaysia tidak perlu VISA untuk memasuki Guam. Kira macam ada pengecualian dari segi VISA untuk pengunjung dari MALAYSIA dan beberapa negara kat dalam dunia ni untuk memasuki pulau di U.S ni. Hawaii or lelain kawasan dalam U.S memerlukan VISA yer?? GUAM SAHAJA tak perlu VISA.

Itu ini, itu ini, lebih kurang 10 p.m baru kuar dari airport. Alhamdulillah, kastam U.S pon tak banyak songeh. Senang dan lancar jer perjalanan kitaorg. Mamat yang nak pickup we all ke hotel pon dah terpacak kat luar airport. Bagussss.
Penat + lapar.
Dalam flight tadi pon makanan macam hampeh!! Itu jer laa yang aku bley bagitau. Hahaha. Sampai jer hotel, we all terus carik restaurant. Tapi nasib tak menyebelahi kitaorang sebabnya dah tutup. DEMM!! Cepat betullll diorang ni tutup kedai!! Haramssss betullll!!! Nasib baik ada convinient shop kat bawah hotel ni, atleast bley laa jugak carik junk food or mee segera sementara nak tunggu esok. Nak berjalan jauh or keluar dari kawasan hotel dah tak larat dah malam-malam camni. Badan penat + mata ngantukkkk. Nak layan tido jer dalam kepala otak aku ni. ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ.


Day 2,
Cuaca ari ni memang sesuai untuk sessi bergambar. Pantai + air laut yang biru di Tumon Bay membuatkan hati ni tenang jer. Target ari ni bukan untuk mandi-manda tapi lebih pada melawat + window shopping dan carik port-port yang menarik untuk snap gambar. Perjalanan dari satu tempat ke satu tempat yang lain memang mudah disebabkan sistem pengangkutan awam disini banyak. Boleh kata setiap 10mins, ada jer bas yang akan lalu. Dan yang paling best adalah "Trolley Bus" diorang. Hahaha. Interior sumer kayu + takde tingkap. Memang macam dok kat dalam trolley jugak laa. 1 way = 3 dollar, 1 day trip = 9 dollar and 1 week trip = 15 dollar. Kira murah kalau amik 1 day or 1 week trip sebabnya bley naik bas tu sampai muntah. Wakakaka..
Trip yang pertama adalah Hard Rock Cafe Guam. Dah settle baru laa jalan-jalan di DFS Galleria. Nak tau apa yang ada kat sini?? Burberry, Bvlgari, Chanel, Dior, Gucci, LV dan seangkatan dengan brand-brand camni ada kat sini. Sediakan jer laa U.S Dollar bebanyak iyer?? Tapi sumer branded items yang aku sebutkan tadi still murah compared to Japan. No wonder laa Jepun-jepun yang datang sini shopping + jolly sakan?? Kiri kanan diorang pegang paper beg berjenama. Giler ahh!! Hurmmm. Aku?? Shopping?? Takde ahh!! Sikittttttttttttttttt jer..
Selepas DFS Galleria, kitaorg menuju ke K-Mart. Ianya juga adalah salah satu Mart yang terbesar di dalam U.S. Barang-barang keperluan dijual dengan harga yang berpatutan dan yang pastinya barang branded macam di DFS takde kat dalam ni. Hehe.
Makanan untuk dilantak kat hotel dan bende-bende yang member kirim pon dah dibeli, so kitaorg decide balik semula ke hotel untuk menjejakkan kaki ke pantai.. Baru laa dapat merasa mandi laut. Layanzzz wooooo sebebnya dah lama sangat aku tak mandi laut ni. Hahaha.
Malam hari No XTVT. Just lepak layan movies jerk.


Day 3,
Pepagi lagi, sumer dah bangun sebab ari ni adalah hari last untuk mandi-mandi + merayau + window shopping. Esok kitaorg dah nak balik semula ke Tokyo. So, segala urusan yang blom dibuat perlu disettlekan hari ni sebab takut tak sempat. Apa-apa pon, pepagi ni kena bawak bebudak mandi laut sebabnya smalam diorang dapat layanz sekejap jer. Bebudak ni pulak, kalau dah jumpa air mana ingat nak naik dah. Terpaksa laa pujuk. Skali lagi kitaorg menjejakkan kaki ke shopping mall yang tak sempat nak singgah smalam. Hehehe.. Shop..shop..shop.. ping..ping..ping.. Kali ni adalah Guam Factory Outlet. Kalau compared wif Jepun punya factory outlet, memang OUT betul laa Guam punya outlet. Indah kabar dari rupa. Tempat ni tak menampakkan langsung ciri-ciri kestandardan diorang ni. Macam shopping mall cap ayam brand jer!! 2/10 jer markah yang boleh aku bagi kat Mall ni.
HUH!! nyesal pegi!!!
Dalam sejam jer dok kat dalam sebab bosannnn dan pastu terus gerak ke Two Lovers Point. Two Lovers Point adalah salah satu tarikan di Tumon Bay, Guam. Actually takde apa bende pon kat sini, cuma bagi aku yang minat kat pemandangan dan bergambar, tak sah laa kalau tak gi kat tempat ni. Wujudnya Two Lovers Point ni diambil dari kisah sepasang kekasih pada zaman dahulu kala yang cintanya terhalang oleh kedua family dan mengambil keputusan melompat dari kecerunan tebing yang berketinggian 378 kaki dari paras laut dengan mengikat rambut kedua-duanya to each other. Kiranya macam story "U JUMP, I JUMP" jugak laa citer ni cuma diorg ikat rambut pada each other utk menunjukkan betapa kuatnya cintan cintun diorang tu sambil says "Hye Hye Bye Bye" pada DUNIA.. Hurmmm. Lantak korang laaa. Hahaha..
Dari atas tebing Two Lovers Point ni kita bley lihat pemandangan laut dan kawasan di sekitar Tumon Bay. Memang layanzzz.

Skali lagi, dah lepas puas bergambar di Two Lovers Point, lokasi seterusnya adalah Micronesia Mall. Shop..shop..shop.. Aku memang suggest kat sesapa yang nak ke Guam HARUS turun ke Micronesia Mall sebabnya shopping di sini memangggggggggg bestttttt.. Harga pon REASONABLE giler dan yang pasti banyak branded items yang boleh di borong. Cuma DOLLAR aku jer yang tak berapa nak mengizinkan. DEMM!!! Nyesal tak turun sini awal-awal.. Warghhhhh!!! Banyak kedai-kedai kat dalam Mall ni tak sempat nak jelajah sebabnya dah berjanji dengan Syasya untuk mandi laut dan menempah makan malam di hotel.

Sampai jer hotel, kasi diorang mandi puas-puas dan we all decided tak jadi nak dinner kat hotel sebabnya nak jalan lagi di town sambil menyaksikan nite life di sini. Memang happening dan pening. Majoriti yang melepak pon adalah Japanese. DEMM!! Ibarat macam melancung kat dalam Jepun gak. Mana taknya, orang jepun jer bersepah. Aku dah bley gelar GUAM = JAPAN NO 2. Around 11 p.m baru laa balik semula ke bilik hotel. Bebudak 2 orang ni pon aku tengok dah LEMBIK. Mana tak nya, berjalan sehari suntuk dari pagi sampai tengah malam. Takpe-takpe, kasi exposed skit diorang ni. Yezza.


Day 4,
Hari terakhir di Guam. Tak banyak xtvt yang boleh dibuat sebabnya kitaorg akan berangkat ke Narita pada 12p.m. So, ADIOS Guam dan insyaallah kalau takde apa-apa hal, hujung tahun turun lagi sebab banyak lagi tempat-tempat yang menarik we all tak dapat pegi dan shoppppinggggg..
Apa-apa pon, GUAM memang BESTTTTTT!!! Tak caya surf laa kat dalam net about GUAM U.S.A.
Kali ni aku malas nak upload gambar kat blog sebab terlalu banyak. So, korang rajin-rajin laa click kat flickr aku di sini iyer : http://www.flickr.com/photos/syasya_akemi/sets/72157613506352916/




CIAO..




6 comments:

Asmade Salam said...

Cantik seh GUAM..

Gambar2 tu aku dah view dah...

dugong pun ada... hehe...

Rockaholic said...

Tks bro sebab drop by.. hehe..
dugong mat saleh tak byk, japanese jer yg ramai tapi kurengggggggg.. :)

darthmental said...

dugong jepun kureng ka? haha. :P

tapi memang berbaloi la ko bercuti kat sana bro. dari gambar ko pun dah puas ati aku tengok.

Rockaholic said...

dugong jepun kureng mengancam jiwa laa bro.. flattttttttt.. hahahaha..
btw, memang puas ati pon bercuti kat sini dari bercuti kat jepun sendiri.. bercuti di jepun = costing.. :)

Anonymous said...

besh nyerrrr.. cantik giler tampat die.

Rockaholic said...

Nad : haah, memang besh dan sesuai untuk honeymoon.. hehe..

Post a Comment