Monday, February 23, 2009

Laser Z beam


Kalau ditengok dari tajuk kat atas pon sure korang dapat agak apakah cerita yang aku nak sampaikan pada kali ini. Yezza, lain dan tak bukan adalah pasal Gavan or Gaban. Bende ni aku terjumpa last month masa sibuk carik haul yang baru. Nak cari bende lain, bende lain plak yang aku jumpa. As a Gavan Diehard Fans, apa-apa bende yang berkaitan dengannya memang takkan aku lepaskan ler kalau terjumpa.
Pada pandangan aku, buku ni lebih hebat dari
Kamus Oxford ataupon Kamus Dewan Bahasa.
Wahahahaha.

Dan rasanya jugak bende ni dikuarkan pada tahun 80an sebabnya kertas yang digunakan keras. Buku-buku yang ada skarang ni manader nak kuar kertas keras lagi?? Sumernya dah makin nipis dan makin tak berkualiti. Sebab tu laa walaupon usia buku ni dah menjangkau 10 tahun or lebih, ianya masih lagi nampak cantik dan hensem. Btw, ada lebih kurang 15 pages kat dalam buku ni dan setiap muka surat mengandungi gambar-gambar dan sedikit cerita di dalamnya. ( aku tengok gambar jer laa, nihongo wakarimasen... )



Book cover


1st page
( May be diterangkan asal usul Gavan kat dalam ni tapi aku tak paham. )



2

( ada gambar jip yang slalu Gavan gunakan untuk membawa Mimi makan angin )

Mimi tu sapa??

Alah, minah tu kan anak pada Commander Qom. Mimi jugak laa yang bley transform jadi burung dalam citer Gavan. Itu pon kalau korang ingat lagi laa.

Commander Qom tu plak sapa??
Commander Qom tu laa bapak si Mimi. Banyak tanya plak?? Google laa dalam net kalau nak tau?? Wahaha..



3

( Tak tau laa amende yang diorang tulis kat situ. )



4
( aksi-aksi separa ganas )



5
( Dol giran - Naga + space ship )




Six
( Gambar-gambar vehicles yang Gavan gunakan dalam cerita ni. )




7
( Dol - Naga Gavan , bukan SAMDOL tau?? )




8
( Ntah apa nama space ship ni?? )




9
Makku Empire
Don Horror - Leader ( yang ada byk tangan tu.. )
Horror girl - Tuan penasihat ( aweks ) yang pakai costume kepala burung dan tak byk bercakap cuma menjerit jer keje dia.





10
Gavan Enemy
Hunter Killer - Mamat ni lah yg betrayed Gavan ( alah, dia ni yang pakai topeng, nampak mata sebelah jer tuu.. )
Crushers - Askar Makku ( slalu pakai costume kaler hitam )
Nama-nama menatang yang turut berada diatas ni aku tak tau..




11
( Don Horror, Horror Girl dan penyangak-penyangak lain.. )




12
Double Man - Makku General ( mamat yang tengah berlawan dengan Gavan )



13 & 14
( aksi-aksi tak ganas langsung. )




Last Page
Tamat dahhh..


Kesimpulan yang dapat aku berikan :
Best..
1 - Wajib beli for collector items..
2 - Menarik walaupon tak tebal mana..
3 - Kalau ada free poster lagi best..
4 - Gambar-gambar pon bley tahan..

dan yang tak best..
1 - Haram jadah satu bende tak paham!!
2 - Nak kena hantar translate..
3 - Buku lama, rege mahal!! Demm!!

ADIOS.....





Read more >>

Friday, February 20, 2009

Sao Feng

Hurm,
kali ni takde apa-apa bende yang nak distorykan cuma share gambar-gambar
Sao Feng yang sempat aku snap sebentar tadi. Itu pon pasal ada member request, kalau idak aku just post kat Flickr jer, malas nak post kat blog. Tau jer laa, nak menaip blog satu hals, nak masukkan gambar lak satu hals.

Tak banyak gambar yang dapat aku amik, sebab tahap kesejukan yang melanda diri.
Jepun sejuk weiiiii!!!
Heater 24 seven pon aku rasa dah takleh nak tampung lagi.
Arghhh, cepat-cepatlah habis Winter.
Tak tahan dah ni!!!!

Btw, aku still lagi dahagakan haul yang baru. Adakah ini penyakit biasa bagi seorang Collector?? Or, im just a "greedy bastard"??

Entahlaaa.. Apa-apa pon, Layanzzzz...
































Read more >>

Thursday, February 19, 2009

Nu haul



Gambar kat atas ni adalah hauls yang aku beli pada bulan Februari ni. Masa untuk bercuti pon dah berlalu, so aku kembali semula ke dunia toys laa. Apalagi kan?? Hahahaha..
RAH X-Worst dan HT Sao Feng. Completed jugak akhirnya version lanun-lanun dalam series Pirates of the carribean. Yehaaa..
Gambar??
Blom ada masa lagi nak post gambar Sao Feng dan RAH X-Worst. Btw, alah bende ni pon dah basi. Korang surf jer laa kat dalam net untuk tengok gambar-gambar diorang ni.. Incase kalau ada request, baru aku bukak satu topic pasal gambar-gambar diorang ni plak. Nohals..
Cuma satu jer dalam kepala otak ni, kat mana aku nak sumbat diorang ni?? Arghhh!!!








Read more >>

Wednesday, February 18, 2009

Tokyo Anime Fair 2009


Yezza, acara tahunan yang ditunggu-tunggu sudah kembali lagi pada tahun ini. Kali ni ianya akan berlangsung di 'port' yang sama seperti tahun-tahun yang lepas. Dibuka untuk PUBLIC bermula dari 20 dan 21 Mac 2009. Time ni laa sykt-sykt gergasi dan ternama dalam pembuatan mainan seperti Bandai, Cospa, Fanworks Inc, Good Smile Company, Namco, Toei dan lain-lain lagi mempamerkan produk-produk terbaru diorang sambil meracun minda orang-orang yang melawat pameran ni. Stand by jer laa JAPANESE YEN bebanyak coz anda pasti akan teracun... ( Gundam PG Astray Red Frame akan di kuarkan buat tatapan umum time ni laa weiiii.. mamposss!! )

Oh tidakkkkk..


Cuma satu jer aku harap, hopefully tahun ni aku tak kena beratur selama 2 jam lagi macam tahun lepas semata-mata nak beli tiket jer. Arghhhh..

Nak tau lebih lanjut pasal expo ni, korang bley laa layari laman web berikut : http://www.tokyoanime.jp/en/




Read more >>

Monday, February 16, 2009

FUCKED UP!!


Belek punya belek last-last aku jumpa semula gambar-gambar kenari yang aku beli pada tahun 2004. Banyak gak aku dah perabis duit, tukar itu ini semata-mata nak kasi cantik dan kepuasan untuk diri sendiri. Apa-apa pon, ini sumer tinggal kenangan. Kete ni jugak aku dah jual sebelum berhijrah ke Japan. TETAPI, panas tak sampai ke petang rupanya, aku dah diKENCING oleh BROKER-BROKER LAKHNAT aka ANAK HARAM!! Memang SIAL betul diorang ni, mengambil kesempatan bila aku dah takde kat negara asal.
DAMN IT!!
Aku dapat tau yang diri ini di kencing pon selepas 4 bulan di Japan dan apabila pihak bank menghubungi keluarga disana yang mengatakan roadtax dan insuran kenderaan masih tidak dijelaskan lagi. DAMN IT!! Citer banyak pon dah tak guna coz bende ni dah almost 2 years berlaku dan buat aku PANAS adalah selama 2 tahun ni jugak aku bayar buta-buta jer kat kete ni tapi ANAK HARAM mana tah yang sedap-sedap pakai!!
Incase kalau ada member-member yang terjumpa kete ni, PLEASE LET ME KNOW!!


Model : Kenari GSX
Plet kenderaan : PUTRAJAYA 7751
Tahun keluaran : 2004
Warna : Ebony Black













* Pada BROKER-BROKER SIAL aka ANAK HARAM ni, MAMPOS laa korang hendaknya!!

DAMN!!





Read more >>

Friday, February 13, 2009

Tyrus (Elite Ballistics Support) by Triad Toys

Rasa-rasanya baru jer masuk 2 bulan tahun 2009 bermula tetapi dalam tempoh 2 bulan ni, banyak betul sykt toys berlumba-lumba mengeluarkan produk memasing. Itu tak campur lagi dengan toys yang diorang delayed dari tahun lepas lagi?? Kalau iyer pon diorang ni, sabo-sabo laa sikit iyer tak?? Baru awal tahun laa beb, camana laa nak survive sampai ke hujung tahun camni?? Demmit!! Pandai betul dorang ni koyakkan poket para Collectors. Hahahaha..


Salah satu produk yang membuatkan hidungku berdarah adalah Tyrus (Elite Ballistics Support) by Triad Toys. Demm!! Tak tahannnnn!!!
Teruja betul bila tengok mamat ni punya figure, especially tang rambut + other accessories.
Cool!!!
Korang view jer laa gambar2 kat bawah ni :


















( CLICK gambar untuk besarkan lagi sizenyer iyer?? )



Antara aksesori tambahan yang diberikan adalah :

・Chrome Blue Tactical Sunglasses
・Black Sleeveless Shirt
・Blue BDU Pants
・Pair Tactical Knee Pads
・Pair Tactical Boots
・Pair Tactical Gloved Hands
・Tactical Pants Belt
・Pair Tactical Shoulder Armor with Flexi-Grip Pads
・Tactical Elbow Armor with Flexi-Grip Pads
・Tactical Knife and Arm Holster
・G4H Custom Pistol with Side Leg Holster
・Left Leg Drop Pouch with Functional Pockets and Buckle Straps
・Modular Weapons Vest with Removable Pouches
・Bluetooth Tactical Communications Headset
・ATAC Modular Submachine Gun
・Ballistics Face Mask


So?? Apa pendapat anda?? Patut or tak patut GRAB bende ni?? AHaksss...
apa-apa pon,


Long live Toysss!!!




Read more >>

AT-AT for sale.


Item : New AT-AT for SALE.
Condition : Superb new
Price : RM 750 NEGO + Shipping to Malaysia
Location : JAPAN
Shipment : By EMS ( 3-4 days )
Description : Item tak pernah display or main dan still dalam keadaan baru cuma aku dah bukak kotak untuk keluarkan bateri asal yang ada kat AT-AT dari mengelakkan damage pada barang ni. Yang lelain sumer aku tak usik iyer??
Mahal??
Aku gunakan EMS untuk shipping barang ke Malaysia. Berat dan saiz bende ni korang paham kan?? SO, kalau still rasa bende ni mahal dan membazir untuk dibeli, jangan komen banyak-banyak, cuma satu jerk,
"take it or leave it !!"
Serious buyer ONLY !! Jangan buang masa aku!!
Berminat?? Boleh kautim rege lagi. Nohalss.




Read more >>

Tuesday, February 10, 2009

Please help ALYA



Calling for Little donation for little Alya!

Dearest friends, As the sun isn't always shine, and ups &downs is all life's about,my dear buddy, our dear friend : Fara Nurwati needed our help to collect some donation for her 5yrs old little Alya Nurmaisara bt Mohd Yusni's ( BT SHAN & HEART CORRECTION SURGERY ) ASAP!!
due to her 'hole in the heart' condition.
The surgery will be perform by glenneagles intan specialist surgeon anytime, soon they manage to collect the RM50k fund.

To generous friends out there.. if u wish to help something... or might need further information on this, you may please,
call/sms to : Fara Nurwati bt Ahmad Puad
hp number : 0176773871
or email her at : faranur_77@yahoo.com or
bank in your donation to her CIMB acc : 1415-0027940-520
or feel free to sd me messages tru my fb or email me at: juliadanishhanizam@yahoo.com

Lastly, we would also appreciates if you could pass this on to everybody who knows fara nurwati and anybody whom might concern.
Thank you so much for your kind attention and generous consideration.sincerely,juliana ariff on behalf of fara nurwati ahmad puad.

P/s - Dear all, alya wil hv 2 undergo her surgery today 10feb. In need of at least RM15k deposits. Collection up to date is RM1100, still a long way 2go.


Pls help raising this number up!






Read more >>

Sunday, February 8, 2009

Holiday Time..

Kali ni aku nak stop dari bercerita tentang toys sebabnya aku baru jer balik dari bercuti ke Guam. Memang jarang sekali aku akan plan utk ke sana or ke sini berholiday. Rasa-rasa nak pegi jer, we all pegi. Dan boleh kata jugak, sumer holiday yang we all pergi takde plan apa-apa. Sumer main "last mins" jerk sebabnya aku memang tak suka nak plan apa-apa.

Perjalanan dari Tokyo ke Guam mengambil masa selama 3 jam setengah by flight. Takde laa lama mana, cuma aku rasa macam tak sanggup jer nak duduk lelama dalam flight. Bosan!! 4 ur info, Guam adalah salah satu pulau dibawah jajahan U.S cuma ianya terletak di antara Jepun dan Filipina. Tak silap aku juga, Guam penah dijajah oleh SPAIN dan JEPUN tapi last-last U.S jugak yang dapat. Hurmm, may be Jepun malas nak berebut kot?? Okay laa, berbalik pada story tadi, tepat jam 9.45 p.m we all landed di A.B Won Pat International Airport, Guam. PEMBERITAHUAN : pengunjung Malaysia tidak perlu VISA untuk memasuki Guam. Kira macam ada pengecualian dari segi VISA untuk pengunjung dari MALAYSIA dan beberapa negara kat dalam dunia ni untuk memasuki pulau di U.S ni. Hawaii or lelain kawasan dalam U.S memerlukan VISA yer?? GUAM SAHAJA tak perlu VISA.

Itu ini, itu ini, lebih kurang 10 p.m baru kuar dari airport. Alhamdulillah, kastam U.S pon tak banyak songeh. Senang dan lancar jer perjalanan kitaorg. Mamat yang nak pickup we all ke hotel pon dah terpacak kat luar airport. Bagussss.
Penat + lapar.
Dalam flight tadi pon makanan macam hampeh!! Itu jer laa yang aku bley bagitau. Hahaha. Sampai jer hotel, we all terus carik restaurant. Tapi nasib tak menyebelahi kitaorang sebabnya dah tutup. DEMM!! Cepat betullll diorang ni tutup kedai!! Haramssss betullll!!! Nasib baik ada convinient shop kat bawah hotel ni, atleast bley laa jugak carik junk food or mee segera sementara nak tunggu esok. Nak berjalan jauh or keluar dari kawasan hotel dah tak larat dah malam-malam camni. Badan penat + mata ngantukkkk. Nak layan tido jer dalam kepala otak aku ni. ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ.


Day 2,
Cuaca ari ni memang sesuai untuk sessi bergambar. Pantai + air laut yang biru di Tumon Bay membuatkan hati ni tenang jer. Target ari ni bukan untuk mandi-manda tapi lebih pada melawat + window shopping dan carik port-port yang menarik untuk snap gambar. Perjalanan dari satu tempat ke satu tempat yang lain memang mudah disebabkan sistem pengangkutan awam disini banyak. Boleh kata setiap 10mins, ada jer bas yang akan lalu. Dan yang paling best adalah "Trolley Bus" diorang. Hahaha. Interior sumer kayu + takde tingkap. Memang macam dok kat dalam trolley jugak laa. 1 way = 3 dollar, 1 day trip = 9 dollar and 1 week trip = 15 dollar. Kira murah kalau amik 1 day or 1 week trip sebabnya bley naik bas tu sampai muntah. Wakakaka..
Trip yang pertama adalah Hard Rock Cafe Guam. Dah settle baru laa jalan-jalan di DFS Galleria. Nak tau apa yang ada kat sini?? Burberry, Bvlgari, Chanel, Dior, Gucci, LV dan seangkatan dengan brand-brand camni ada kat sini. Sediakan jer laa U.S Dollar bebanyak iyer?? Tapi sumer branded items yang aku sebutkan tadi still murah compared to Japan. No wonder laa Jepun-jepun yang datang sini shopping + jolly sakan?? Kiri kanan diorang pegang paper beg berjenama. Giler ahh!! Hurmmm. Aku?? Shopping?? Takde ahh!! Sikittttttttttttttttt jer..
Selepas DFS Galleria, kitaorg menuju ke K-Mart. Ianya juga adalah salah satu Mart yang terbesar di dalam U.S. Barang-barang keperluan dijual dengan harga yang berpatutan dan yang pastinya barang branded macam di DFS takde kat dalam ni. Hehe.
Makanan untuk dilantak kat hotel dan bende-bende yang member kirim pon dah dibeli, so kitaorg decide balik semula ke hotel untuk menjejakkan kaki ke pantai.. Baru laa dapat merasa mandi laut. Layanzzz wooooo sebebnya dah lama sangat aku tak mandi laut ni. Hahaha.
Malam hari No XTVT. Just lepak layan movies jerk.


Day 3,
Pepagi lagi, sumer dah bangun sebab ari ni adalah hari last untuk mandi-mandi + merayau + window shopping. Esok kitaorg dah nak balik semula ke Tokyo. So, segala urusan yang blom dibuat perlu disettlekan hari ni sebab takut tak sempat. Apa-apa pon, pepagi ni kena bawak bebudak mandi laut sebabnya smalam diorang dapat layanz sekejap jer. Bebudak ni pulak, kalau dah jumpa air mana ingat nak naik dah. Terpaksa laa pujuk. Skali lagi kitaorg menjejakkan kaki ke shopping mall yang tak sempat nak singgah smalam. Hehehe.. Shop..shop..shop.. ping..ping..ping.. Kali ni adalah Guam Factory Outlet. Kalau compared wif Jepun punya factory outlet, memang OUT betul laa Guam punya outlet. Indah kabar dari rupa. Tempat ni tak menampakkan langsung ciri-ciri kestandardan diorang ni. Macam shopping mall cap ayam brand jer!! 2/10 jer markah yang boleh aku bagi kat Mall ni.
HUH!! nyesal pegi!!!
Dalam sejam jer dok kat dalam sebab bosannnn dan pastu terus gerak ke Two Lovers Point. Two Lovers Point adalah salah satu tarikan di Tumon Bay, Guam. Actually takde apa bende pon kat sini, cuma bagi aku yang minat kat pemandangan dan bergambar, tak sah laa kalau tak gi kat tempat ni. Wujudnya Two Lovers Point ni diambil dari kisah sepasang kekasih pada zaman dahulu kala yang cintanya terhalang oleh kedua family dan mengambil keputusan melompat dari kecerunan tebing yang berketinggian 378 kaki dari paras laut dengan mengikat rambut kedua-duanya to each other. Kiranya macam story "U JUMP, I JUMP" jugak laa citer ni cuma diorg ikat rambut pada each other utk menunjukkan betapa kuatnya cintan cintun diorang tu sambil says "Hye Hye Bye Bye" pada DUNIA.. Hurmmm. Lantak korang laaa. Hahaha..
Dari atas tebing Two Lovers Point ni kita bley lihat pemandangan laut dan kawasan di sekitar Tumon Bay. Memang layanzzz.

Skali lagi, dah lepas puas bergambar di Two Lovers Point, lokasi seterusnya adalah Micronesia Mall. Shop..shop..shop.. Aku memang suggest kat sesapa yang nak ke Guam HARUS turun ke Micronesia Mall sebabnya shopping di sini memangggggggggg bestttttt.. Harga pon REASONABLE giler dan yang pasti banyak branded items yang boleh di borong. Cuma DOLLAR aku jer yang tak berapa nak mengizinkan. DEMM!!! Nyesal tak turun sini awal-awal.. Warghhhhh!!! Banyak kedai-kedai kat dalam Mall ni tak sempat nak jelajah sebabnya dah berjanji dengan Syasya untuk mandi laut dan menempah makan malam di hotel.

Sampai jer hotel, kasi diorang mandi puas-puas dan we all decided tak jadi nak dinner kat hotel sebabnya nak jalan lagi di town sambil menyaksikan nite life di sini. Memang happening dan pening. Majoriti yang melepak pon adalah Japanese. DEMM!! Ibarat macam melancung kat dalam Jepun gak. Mana taknya, orang jepun jer bersepah. Aku dah bley gelar GUAM = JAPAN NO 2. Around 11 p.m baru laa balik semula ke bilik hotel. Bebudak 2 orang ni pon aku tengok dah LEMBIK. Mana tak nya, berjalan sehari suntuk dari pagi sampai tengah malam. Takpe-takpe, kasi exposed skit diorang ni. Yezza.


Day 4,
Hari terakhir di Guam. Tak banyak xtvt yang boleh dibuat sebabnya kitaorg akan berangkat ke Narita pada 12p.m. So, ADIOS Guam dan insyaallah kalau takde apa-apa hal, hujung tahun turun lagi sebab banyak lagi tempat-tempat yang menarik we all tak dapat pegi dan shoppppinggggg..
Apa-apa pon, GUAM memang BESTTTTTT!!! Tak caya surf laa kat dalam net about GUAM U.S.A.
Kali ni aku malas nak upload gambar kat blog sebab terlalu banyak. So, korang rajin-rajin laa click kat flickr aku di sini iyer : http://www.flickr.com/photos/syasya_akemi/sets/72157613506352916/




CIAO..




Read more >>

Friday, January 30, 2009

Demon Doll


Hari ini aku bosan. Suhu lak cecah 1 darjah celcius kot?? Ntah-ntah dah zero celcius kat luar tu ditambah plak musim hujan skarang ni.. Brrrrrr.. Sejukkkk..

Tis time aku upload story pasal haul 'basi'. Ada 3 sebab kenapa aku upload citer-citer dan gambar-gambar 'basi' yer?? Sebab yang utama adalah, aku ketandusan new haul. 'Patah kaki' beb takde kenderaan nak gi hauling. Kedai toys yang aku slalu rayau bukannya dekat-dekat sumtimes kena tukar-tukar train dan paling kurang pon dalam 15-20 station dari umah aku. Itu blom campur kalau kena tukar-tukar or lompat-lompat train lagi?? Takkan nak gunakan 'blalang tempur' lagi kot?? Tak dapek laaa.. Cukup laa sekali dan terakhir.. Sebab tu aku lebih prefer menggunakan kenderaan sendiri.. Tapi biasa jugak laa, nak keluar dari pintu umah perlukan Yen.. Hidup kat Jepun ni sumernya $$$$$$.. Takde duit, jangan ler keluar merayap.. Nasihatttt.


Sebabnya yang kedua adalah aku nak spend sum money for my vacation.. Tak lama dah, next week jerk.. Holidayyyy time.. Lama betul rasanya we all satu family tak gi holiday. Last skali pon masa last year, jalan-jalan ke Osaka. Tis time, insyaallah we all sekeluarga akan keluar dari Jepun for a few days.. Location diRAHSIAkan.. Tunggu jer laa story pasal our vacation tak lama lagi.. Tak sabar dah ni.. Ahakss.. Aku plak nak cuba try test berpuasa dari menghaul buat sementara waktu.. Tak tau ler boleh ker idak ni?? Banyak sangat godaan dan cabaran kat sini.. Hihihihi..


Dan sebab yang terakhir adalah aku memang dah lama carik bende ni sejak kat Msia lagi dan memang teruja bila tengok haul ganaz macam dia ni.. Dan yang pasti, dalam banyak-banyak toys yang aku ada, aku rasa dia ni laa yang paling ganaz. Muka pecah-pecah tak hengat, memang samseng giler mamat ni.. Tak tau laa dia ni sama kuat dengan Samseng Kg Pinang Sebatang ke idak??
Ini baru scale 1/6, kalau korang tengok 1/1 scale lagi laa meleleh. Sama tinggi dengan anak aku yang besar tu...
Perghhh!! Memang superb!!
Tapi takde laa aku nak beli pasal takut malam karang dia berjalan plak lagi ler naya.. Tak pasal-pasal jerkkk.. Erkk!!
Serammm!!


Figure ni bukan under Sideshow tetapi di bawah Sykt DREAM RUSH INC. Lokasinya juga adalah di Jepun. Aku tak sure plak samaada diorang ni penah kuarkan toys yang lain?? Aksesori tambahan adalah sebiji pistol dan sebilah pisau untuk si Chucky manakala si Tiffany plak sebilah pisau dan sehelai jacket. Anyway, tahap keganasan Chucky Dream Rush lebih dari Chucky Sideshow. Kiranya, Sideshow tak cukup ganas untuk membuatkan aku beli Chucky diorang tu. Tak caya korang googgle laa kat dalam net untuk comparison.


Layanzzz..






























Lastly, sorry laa guys sebab tak banyak gambar Tiffany kat sini pasal si Tiffany ni tak cukup ganas macam Chucky, so aku malas nak snap lelebih..
Hahaha..
Long live Demon Doll.. yehaaa..





Read more >>

Tuesday, January 27, 2009

Demon Barber



Tis is my new haul for today, RAH Sweeney Todd.

Yang ditunggu-tunggu akhirnya sudah berada ditangan aku. Yehaaa.. Seronok tak terhingga..

Memang Superbbb..

Muka Johny Depp pon sejibik macam kat dalam movie.. Macam biasa jugak laa, aksesori Medicom memang tak banyak compared to Hottoys, D.I.D toys or watever toys laa. Hanya 2 biji pisau cukur jer yang dia bagi?? Bukan Gillette or cap crocodile iyer?? Hahaha..
Yang pasti, Medicom memang kedekut bab nak bagi xtra aksesori!! DEMM!! ( Jepun memang KEDEKUT pon kalau korang nak tau?? Satu sen pon diorang berkira tau?? Seriously tak tipu!! )
Tapi sumer tu nohals dan tarak hals laaa.. Yang pentingnya, aku puas ati dengan produk yang diorang kuarkan ni ..

Medicomtoy RAWKK!!!

Lain-lain comment, rasanya takde kot?? Sebab RAH Sweeney Todd ni memang puas ati dan detail giler especially muka mamat Johny Depp tu.... I LAP U laaa..

Apa lagi kengkawan?? Dapatkannya di pasaran laa.. Hahahaha..




















ADIOS..... :P






Read more >>