Wednesday, June 11, 2008

ASAKUSA




Sebelum ni kita dah dengar cerita pasal Tobu World Square, kali ni aku mengajak korang dengar pasal ASAKUSA pula. Bercerita pasal ASAKUSA, ianya adalah salah satu 'spot' yang kerap kali dikunjungi oleh pelancong dari luar mahu pon dalam negeri. Boleh kata every weekend tempat ni sesak dengan pelancong. Tengok jer laa macam gambar kat atas tu.. Punyerlah ramai orang!!


Part yang paling bestnyer setiap bulan May, diorang akan menyambut Matsuri festival. Bukan Mahsuri tau? Ini Matsuri.. Jangan confused plak nanti? Japanese tak menyambut chinese new year so pada kaum yang beragama buddha tu, ini kiranya macam sambut raya jugak laa.


So, kalau nak tau lebih lanjut tentang Matsuri adalah leih baik kiranya anda rajin-rajin ler google dalam net yer? Kalau nak citer pasal Matsuri jer mau 10 pages. Anyway, aku pon bukan nak citer pasal Matsuri kat sini. Insyaallah kalau ada masa nanti kita bercerita pasal Matsuri Festival pula..





Apa yang menarik di ASAKUSA?




Wooooo, macam-macam bende yang menarik di sini especially pada yang tengah pening kepala memikirkan souvenir untuk kengkawan mahupon keluarga untuk dibawa pulang ke tanahair. Yelah, berjalan gi holiday ke luar negara takkan balik tangan kosong jer? Orang kat tanahair tu menunggu jer bila korang nak balik pass souviner. Huhuhu. Betul tak?? Atleast, key chain pon jadik ler dari takde paper langsung. Hurm, kat sini juga korang dah tak payah nak pening-pening kepala pikir mana nak cari souvenir kat dalam tokyo. Sumtimes tak semua kedai kat dalam tokyo ni ada jual souviner. Takkan anda nak bagi postcard jer kot? Alamat menyumpah ler kawan-kawan or sanak sedara tu nanti. Hahahaha..

Di ASAKUSA ni segala souviner yang berkenaan dengan negara jepun ada di sini. Pilihan pon banyak beb. Kimono, Yukata, pedang samurai, key chain, ultraman, doraemon, kipas jepun, tshirt, 'pinggan mang' sumer ada... Pinggan mang??


Amende 'pinggan mang' tu???

Di jepun nih takleh sebut 'mangkuk'. Sebab tu ler aku dah terbiasa bila bercakap wif orang-orang malaysia di sini just sebut 'pinggan mang' jer. Sebab utamanya 'mangkuk' adalah sebutan untuk anu pompuan.. hihihi.. Manakala 'cincin' plak sebutan untuk anu lelaki dalam bahasa jepun. Jangan ler bila korang dah sampai sini main selamba jer menyebut perkataan-perkataan tu depan orang-orang jepun. For sure dorang usyar semacam jer. Mana taknya? Itu dah dikira mencarut.. Hahaha..Masa memula di jepun pon aku slalu gak terbabas menyebut perkataan-perkataan tu.. But now dah okay... Wakakaka...



Selain dari souviner, ASAKUSA ni juga menempatkan beberapa buah 'temple' bagi penganut yang menganut agama buddha. Salah satunya adalah Kannondo temple. Boleh kata quite unique jugak laa temple-temple disini. Senibinanya memang ala-ala zaman dahulu aka era zaman Samurai dan Shogun.



Apa kata kita layanz dulu gambar-gambar dibawah ni yer??

Apa diorang buat ni?
Kalau nak tau ni ler dia 'mandi asap'. Menurut 'diorang' tu, kalau sapu asap dari bekas tu ke badan mahupun muka, kita boleh jadi 'baik'. Hilang laa semua penyakit-penyakit chronic mahupon kurang chronic. Itu menurut kata 'diorang' ler, aku tak berani nak try bende ni... Takuttttt seyyy!!! Kalau korang rasa-rasa nak buang penyakit chronic yang dah lama tersimpan kat dalam badan tu boleh laa mencuba bende ni... Try ler dulu... Mana tau kot-kot sembuh?? or lagi teruk?? Hihi..






Yang ini pula pintu gerbang menuju ke Kannando temple. Di kiri dan kanan pintu masuk tu terletaknya dua patung dewa yang kononnya menjaga pintu masuk ke temple ni. Kiranya dah macam security guard jugak laa. Bab nama dua-dua patung dewa tu aku tak berapa sure. Lupa plak nak tanya 'dia'. Hihihi.








Yang ini pula gambar Kannando temple macam yang aku ceritakan di atas tadi.






Upacara sembahyang untuk kaum buddha. Gambar ni pula diambil di dalam temple. Tak silap aku, diorang ada jugak 'membaling' duit syiling ke dalam kotak yang terletak dihadapan tu. Mungkin bersedekah sambil berdoa meminta sesuatu?







'Omikuji stall'

Gerai ni pula bukannya gerai burger tau? Tempat ni digunakan untuk membuat 'wishing'. Kalau diorang rasa nak mintak sesuatu contohnya kahwin awal, sihat tubuh badan, murah rezeki or apa-apa, dorang lakukan disini. Details tak baper sure sangat pasal bende ni. Tetapi yang aku tau, 'pemohon-pemohon' kena letak 100 yen untuk melakukan perkara tadi. Duit yang diberi tu kira macam sedekah jugak laa.






Tanglung, tapi yang ini tak berapa sure tentang details nya.







Fuujin - God of Wind
Salah satu 'dewa' yang menjaga pintu masuk ke Asakusa Shrine.






The Chochin.
Tanglung ini digantung pada pintu masuk ke ASAKUSA. Beratnya sahaja 670kg dan ketinggiannya 4m serta lebar 3.4m. Bukan tinggi 7 kaki lebar 3 kaki tau?



Itu 'bende' lain... Takutttt...




Wariji

Ini bukan calang-calang punya selipar jepun tau? Kena kepala hapa tak dapat!!Beratnya sahaja dah 400kg. Panjang 4.5m dan lebar 1.5m. Ianya diletakkan di belakang pintu gerbang yang menuju ke Kannando temple. Tujuan meletakkan selipar ini dibelakang pintu gerbang tadi tak diketahui asal usulnya. Adalah sebab tu? Takkan sesuka nak letak kat situ? Iyer tak?






Water fountain
Air pancut ini digunakan untuk membasuh kekotoran sebelum masuk ke Kannando temple. Kira macam ambil air sembahyang jugak laa lebih kurang dalam erti kata lain mensucikan diri dulu sebelum melakukan ibadat.







Di pintu gerbang ini laa terletaknya selipar gergasi tadi.




Kubur...
Yang ini baru betul-betul 7 kaki dalam dan 3 kaki lebar... hahaha...






Selain dari temple-temple dan juga shopping spot, pelancong juga boleh menikmati udara yang segar sambil bersantai di atas cruise melalui Sumida river. Pelbagai pilihan cruise ada disediakan disini. Tak silap aku ada 7 or 8 jenis cruise yang boleh dipilih. Cruise akan melalui lebih dari 13 jambatan dan setiap jambatan ada sejarah masing-masing. Cuma aku jer yang tak sempat nak ambil tau pasal semua jambatan-jambatan tu. Mana taknya, leka dengan pemandangan di sepanjang perjalanan.

Best seyyyy... Hehehe... View gambar-gambar dibawah nih...













Pada yang berkesempatan melawat ke Jepun nanti, jangan lupa singgah ke ASAKUSA. Perjalanan dari Tokyo ke sini lebih kurang dalam 1 jam menaiki train. Sama juga caranya macam nak ke Tobu World Square cuma ASAKUSA ni lagi dekat disebabkan ianya terletak di dalam Tokyo jerr.. Selamat bercuti...

Anyway, terima kasih sekali lagi aku ucapkan kerana rajin menjengah blog ini...

P/s - Rajin-rajin ler singgah sebab banyak lagi cerita nak di update selepas ini... Ciao.....

















2 comments:

Anonymous said...

blog ni ala2 mcm travel guide to tokyo la huh!.. I LIKE.

Rockaholic said...

Tks pia, sebenarnya tujuan blog ni dibuat pon untuk memperkenalkan Jepun dan Tokyo pada member-member di M'sia.. :)

Post a Comment