Wednesday, June 25, 2008

SAKURA


















































































It's all about SAKURA.



Tak sah kalau bercerita pasal jepun tetapi takde cerita Sakura kan?? Kali ni aku bawak korang pasal Sakura punya cerita..

Pemandangan di atas hanya boleh dilihat setahun sekali sahaja di negara jepun ni dan masa yang sesuai untuk melihat bunga Sakura ni berkembang adalah pada :
hujung bulan Mac dan awal bulan April SAHAJA.
Kalau dah masuk pertengahan bulan April memang tak sempat laa nak tengok bunga-bunga ni.
Nama lain baginya adalah Cherry Blossom.
FYI, bunga Sakura ni terbahagi pada beberapa jenis yang tak dapat aku nak terangkan satu persatu sebabnya aku bukan 'Mat Bunga'!!
Try ler tanya mat-mat bunga yang ada disekitar anda manalah tau kot-kot ia boleh membantu anda.. wakakaka...

Bercerita pasal musim sakura,
pada time tu jugak ada sebahagian dari rakyat jepun yang sanggup amik cuti semata-mata nak melihat sendiri bunga sakura ni kembang secara dekat dan nak melepak bawah pokok sakura. Bukan senang nak 'booking' tempat di bawah pohon sakura yer?? Kalau sanggup, sediakan khemah dan bermalam di bawah pokok tu,
'confim' dapat!!
Ini bukan gurauan tau??
Memang jepun-jepun ni buat macam tu cuma aku jer yang tak sanggup nak ikut macam dorang-dorang tu!!

Giler!!


Slalunya, sakura ni betul-betul kembang dalam masa 2 minggu dah selepas tu gugur ke tanah di tiup angin... Cewahhh... Ayat bombastikkkk!!! Wakakaka....
Kalau dipegang pon memang Sakura ni jenis bunga yang soft dan fragile tapi takde laa selembut kuih apam yang dibeli di kedai pak mat dan di makan semasa panas-panas tuu!! Rindu betul kat 'apam' pak mat tu!!!

Lokasi yang sesuai untuk tengok Sakura??

Kalau nak tengok sakura, pegi jer kat taman-taman bunga yang terdapat dalam Tokyo ni especially Shinjuku Park, Yoyogi Park, Ueno Park dan sumtimes kita tak payah nak ke taman-taman yang aku sebutkan tadi kerana kat tepi-tepi jalan pon dah boleh nampak especially dalam Tokyo. Memang banyak pokok-pokok Sakura ditanam di kawasan bandar. Even kalau nak beli anak pokok Sakura pon ada dijual semasa musim Sakura ni. Bab hidup or tidak tu tak sure laa pulak?? Rasanya tak sesuai untuk di tanam di negara kita kot??

So, pada anda yang berminat untuk menyaksikan sendiri bunga sakura ini, adalah baik jika kiranya anda dapat berkunjung ke jepun sebelum akhir bulan Mac dan seawal bulan April...



Kalau terlambat jawabnya kena tunggu tahun depan jer laa.... hihi...


0 comments:

Post a Comment