Wednesday, June 11, 2008

YOKOHAMA COSMOWORLD
















Amacam? Best tak pemandangan dari gambar-gambar diatas? Location kali ni pula aku nak bawa korang ke Yokohama. Yokohama memang terkenal dengan pelabuhannya sejak dahulu lagi. Kapal-kapal besar boleh kita lihat berlabuh di Yokohama Bay. Yokohama Bay juga adalah salah satu pelabuhan yang terkemuka di dalam dunia. Jangan tak tau yer?? Tayar yang berjenama 'yokohama' pon famous gak kan?? Hihihi.

Bercerita pasal bandar Yokohama, ianya tidaklah se'crowded' bandar Tokyo. Kalau di sini, 'tenang' sikit jiwa dan perasaan. Hidup dalam Tokyo tu memeningkan kepala!! Traffic jammed pon tidaklah seteruk Tokyo. Kalau Tokyo tu boleh kata siang malam jammed. Aku pon jadi 'jammed' jugak. Huh!! Tension..tension.. Tapi apa nak buat? Kita terpaksa lah tempoh semua ni.

Berbalik pada cerita Yokohama tadi, sebenarnya Yokohama ni tidak laa jauh sangat dari bandar Tokyo. Kalau menggunakan train, perjalanan cuma mengambil masa 1 jam lebih dari bandar Tokyo. Sorry laa, kali ni aku tak dapat nak describe bagaimana caranya untuk kita ke Yokohama menggunakan public transport seperti train. Memang aku pernah naik train ke Yokohama sebelum ni tapi dah lupa ahh. Itu pon masa setahun lepas.. Ingat-ingat lupa jer nih.. Maklum jer laa sejak berkereta nih aku lebih suka kemana-mana menggunakan transport sendiri. Lebih effisyen kata orang. Hehehe.

Apa yang best di Yokohama?

Salah satunya adalah bandarnya yang aku rasa tak baper 'bz' macam Tokyo. Itu cuma pandangan dari aku jer? Sebab aku tinggal di kawasan yang 'bz', so aku rasa Yokohama nih takde ler 'bz' sesangat...

Keduanya, kalau anda jenis yang suka menikmati keindahan laut. Bukannya keindahan pantai tau? Yokohama laa tempatnya. Disini juga disediakan 'cruise' untuk menikmati keindahan di bandaraya Yokohama. Bab 'price' aku tak sure sebab aku pon tak penah try lagi ber'cruising' di Yokohama ni. Anyway, kalau hidup dalam bandar metropolis ni memang susah lah nak mandi-manda di pantai macam di negara sendiri. Salah satu sebab mungkin pantainya yang kurang sesuai untuk dijadikan tempat perkelahan. Kalau rasa nak mandi pantai, kena laa keluar dari kota metropolis ni. Actually, aku sendiri pon blom penah try lagi mandi laut sepanjang stay kat jepun.. Dan disebabkan itu la juga banyak 'pantai-pantai' tiruan dibina di dalam bandaraya yang serba mencabar ni. 'Indoor Pantai' orang sini panggil. Kalau dalam bahasa melayunya 'pantai di dalam bangunan'. Bukan Pantai Dalam kat KL tu tau?? Hehehe. Sumernyer dalam bangunan.. Semua? Iyer... Semua... Kalau kat pantai ada pasir laut, kat situ pon ada.. Cuma takde pokok kelapa jer... Amacam??

Ketiganya dan lain dan tak bukan adalah Yokohama Cosmoworld. Hehehe. Part ni lah yang paling aku suka!!

For ur info guys, aku sebenarnya lebih suka beriadah di tempat-tempat macam ni. Taman Tema adalah Heaven untuk diri aku. Mana sahaja ada taman tema kat dalam jepun, disitu juga la aku akan pergi. Yokohama Cosmoworld ni jer adalah salah satu taman tema yang termasuk dalam senarai taman-taman tema yang dah aku lawati. Kalau dihitung, rasanya nak dekat 10 taman tema dah aku lawati sepanjang stay kat jepun ni. Anyway, banyak lagi tak pegi nih. Insyaallah sebelum aku balik, semua taman tema kat jepun ni aku nak jelajah. Ahaks...

Di dalam Yokohama Cosmoworld ni sahaja lebih dari 10 jenis permainan terdapat di dalamnya. Salah satunya adalah rollercoaster. Rollercoaster juga adalah permainan wajib aku bila 'menziarah' setiap taman tema. I luv Xtreme games... Tak Xtreme tak Thrill laa bro!!!

Selain dari kehebatan rollercoaster di taman tema ni, Ferris wheel kat sini juga menarik perhatian aku. Ianya di gelar 'Cosmo Clock 21'. Tak tau ler pulak kenapa ia digelar sedemikian?? Tapi apa yang aku tau adalah setiap 15 mins, lampu-lampu neon yang ada di Ferris wheel ini akan bertukar color. Kalau anda perasan, cuba tengok gambar-gambar diatas.

Lain-lain bende yang menarik di Yokohama ni aku kurang pasti sebab masa terlalu suntuk untuk meng'explore' sumer bende dalam satu hari yang singkat.

Di sebabkan terlampau sibuk sangat 'main' kat dalam Yokohama Cosmoworld tu menyebabkan aku sekeluarga terpaksa menginap di hotel berhadapan taman tema ni. Harga semalam memang kalau di calculate pada Ringgit Malaysia tak mampu nak digambarkan. Nasib baik laa ada cik 'CT'. 'SWAP' sahaja, cukup bulan bayar!! Huhuhuhu. Anyway memang berbaloi rasanya dapat menginap di hotel 5 bintang. Pemandangan bilik hotel yang we all stayed pula mengadap taman tema. Bestttttt seyyyy.....

Di bawah ni view dalam bilik hotel yang we all stayed..


http://senyo.co.jp/cosmo/index.htm

Rasanya ini sahaja cerita pasal Yokohama dan Yokohama Cosmoworld buat masa ni. Kalau aku ter'sesat' lagi ke Yokohama, aku akan buat sambungan cerita pasal Yokohama ni di episode yang akan datang. Dun worry, banyak lagi tempat-tempat yang perlu aku jelajahi. Semuanya akan di update dari masa ke semasa.

Tunggu jer laa yer??

Terima kasih sekali lagi aku ucapkan kerana sudi membaca blog ini

SELAMAT BERCUTI....

0 comments:

Post a Comment