1..2..3 start ler membaca
Hye all, big thanks aku ucapkan kerana sudi meluangkan sedikit masa yang terluang untuk melayari blog yang tak seberapa ini ( ayat skema ). Perghhhhh, barulah aku tau betapa susah payahnya seseorang tu nak meng'create' website sendiri.
Nak mencari idea satu hal, nak create blog pon satu hal jugak. Susah bebbb!! Banyak gak laa habiskan masa nak buat bende-bende nih. Kalau yang dah slalu buat blog tu lain ler? Nampak jer senang, banyak keje rupanya nak buat walaupon feature-feature dah dibagi free kat dalam tuuu. Hehehe...
Buat permulaan ni mungkin blog aku terlalu simple dari segi layout dan jalan penceritaan. Sapa tau entah esok or lusa blog nih boleh jadi grand segrand-grandnyer? Who knows? Anyway, blog ni lagi sedap dibaca sambil menikmati music kan??.
Bout tis blog, aku prefer ayat yang simple, mudah dibaca dan difahami. Ayat belit-belit or bunga-bunga tak main laa!! Wa ROCK laa beb, bukan jiwangs tau? Simple is nice rite? Anyway, aku tak nak pembaca bosan membacanya...
Nolah, 'Tis is just the starting'.
Camana timbul rasa hati nak buat blog? Timbul rasa hati untuk create blog adalah atas desakan dan dorongan member-member dan adik beradik.
Thanks all of you. Pasal korang laa lahirnya blog ini.
Tahniah sekali lagi diucapkan pada diri sendiri.
Buat permulaan nih aku hanya ingin berkongsi pengalaman dan gambar-gambar yang diambil dari camera sendiri tau? Bukan apa, aku tak nak digelar 'perampok' gambar-gambar orang. Identiti dan maruah kena jaga beb ( padahal nak bagitau gambar-gambar tu aku amik sendiri..huhuhu.. )
Back to da topic,
Korang,
jangan tak tau, Jepun adalah salah satu negara didalam dunia ni yang paling banyak tempat-tempat riadah dan bersejarah. Bukan riadah dan sejarah jer, macam macam adaaaa especially tempat shopping ( heaven for kaki shopping ) . So kali ni aku share tempat-tempat yang mungkin jarang didengar tetapi terdapat di dalam Jepun ( bukan tempat shopping tau? ). Tempat-tempat riadah ni memang terkenal di Jepun cuma publisitinya kureng or kurang mendapat lebih perhatian..
Sama juga la macam penyanyi, kalau kureng publisiti, kureng jugak la lakunya album diorang tu.. Berbalik pada citer tadi,
kita nih asyik-asyik berjalan atau melawat ke tempat yang sama jer kan? Tak bosan ker?
Even kalau ditanya member-member atau sedara mara yang dah penah bercuti kat Jepun nih, apa kata diorang? Cuba laa try test tanya dorang tu?
Mana dorang makan angin sepanjang bercuti di Jepun?
DISNEYLAND... DISNEYLAND dan DISNEYLAND..
Betul tak?? ( dah agak dah)
Bagi aku yang dah stayed kat Jepun ni hampir 2 tahun, DISNEYLAND cuma 'GAH' pada kehebatan watak-watak kartunnya jer. Kalau takde watak-watak kartun kat DISNEY tu memang dah lama dah dorang ni 'BUNGKUS'. Serious beb!!
Bukan aku nak 'kondem' tapi kenyataan. Permainan kat dalam tu pon bukannya best sesangat. Just biasa-biasa jerk. Anyway, DISNEY sesuai untuk kanak-kanak..
Kalau anda berminat pada games yang XTREME, boleh lah ke Fuji Q. The fastest, the tallest and the longest rollercoaster ada kat situ. Barulah XTREME..
Yang berminat dengan Hello Kitty pula, boleh laa ke Sanrio Puroland dan pada golongan yang tak minat apa-apa boleh laa duduk diam-diam kat umah yer? Hihihihi..
Okaylah, berbalik pada tajuk di atas, Tobu World Square adalah salah satu tempat yang boleh dikatakan menarik untuk dilawati selain dari taman-taman tema lain yang terdapat di jepun.. Memang best GILER tempat ni. Lain dari yang lain.
Ia memerlukan 5 tahun untuk menyiapkan keseluruhan taman ini. Satu jangka masa yang panjang tu beb.. Bukannya sikit masa digunakan untuk buat taman ni..
Apa yang menarik Giler?
Ia adalah sebuah taman yang memuatkan bangunan-bangunan yang hebat dari segi rekaan kat dalam dunia ni.
Semua tempat? Yup, semuaaaa... Boleh kata semua tempat yang menarik kat dalam dunia ni ada di Tobu World Square. Cakap jer mana nak pegi? Paris? Egypt? China? US? London? Rome? Semua bangunan yang terdapat di negara-negara tersebut ada kat dalam taman ni. Ibarat around da world in 1 hour laa..
TETAPI!!!!
Ada tapi nyer, kesemua bangunan-bangunan ini di kecilkan menjadi miniature. Hehe..
Miniature?
Yup.. Size sebenar bangunan-bangunan ini di kecilkan menjadi miniature. Kalau tak dikecilkan mana nak muat satu taman ni? Skala untuk setiap miniature adalah 1/25 dari saiz sebenar. Boleh dikatakan semua miniature yang terdapat disini ditiru sebiji-sebiji dari bangunan yang asal. Macamana bentuk asal bangunan tu, macam tu jugaklah miniature-miniature nih. Bukan bangunan jer tau? Malah 'orang-orang' pon sama, ditiru bulat-bulat. Tapi 'orang-orang' ni takde laa muka macam cristiano ronaldo, micheal jackson, harisson ford or mahupon sammy vellu. Muka still macam patung jugak laa.. Melampau laa kalau muka 'orang-orang' kat dalam ni pon nak ditiru bulat-bulat? Hahaha..
Dan jugak 'orang-orang' yang terdapat disini di buat tidak sama dari satu sama lain. Dalam erti kata lain, korang takkan boleh lihat 'orang-orang' ni dalam bentuk atau 'berposing' dengan cara yang sama. Sebanyak 140 ribu semuanya. Giler ahh!!! Dah ler sumer 'pose' lain-lain!! Camana lah dorang boleh terfikir nak create taman nih?? Kalau difikir-fikir memang 'giler punya keje'. Respect wif those japanese yang creative nih. Aku tak nafikan Japanese memang suka jadi PIONEER dalam semua bidang. Jenama Pioneer pon dorang jugak kan? 2 thumbs up!!
Rasanya ilham timbul dari cerita Ultraman kot?? Tak caya gi tengok gambar-gambar kat bawah nih.. Keluasan taman ni tak baper nak sure tapi memang penat gak laa berjalan kaki dari satu miniature ke satu miniature yang lain.
Yokohama Bay
The Colloseum - Italy
Tower of Pisa
St Peter's Basilicam - Vatican
Buckingham Palace - England
Eiffel Tower - Paris
Angkor Watt
Angkor Watt
The Great Wall of China
House of Parliament - Tokyo
Tokyo station
Not sure bout tis.
Empire state - US
The Great Temple of Abusimbel - Egypt
Amacam? Best? Kita lihat dulu kemudahan yang terdapat disini. Kemudahan paling penting jika nak kemana-mana kan?
Kemudahan?
Kemudahan yang terdapat disini selain dari tandas dan restaurant untuk menjamu perut, binocular serta portable guide voice device juga boleh disewa untuk melihat sendiri secara dekat betapa halus pembuatan setiap miniature serta mendengar penjelasan bagi setiap rekabentuk itu. Siap boleh dengar music lagi beb. Lagu melayu takde laa, jangan plak mintak lagu melayu kat sini yer? Kerusi roda untuk golongan yang kurang upaya serta baby stroller juga disediakan secara percuma pada pengunjung. FOC jer tau? Tak payah nak sewa-sewa. Bagus betul laa dorang nih. Pada yang berupaya tu jalan ler kaki sendiri.
Masa melawat :
Dibuka sepanjang tahun dari 9.00 pagi - 5.00 petang, manakala pada 11 November - 19 Mac waktu dipendekkan pada 9.00 pagi - 4.00 petang.
Admission fee :
Dewasa : 2500 yen ( RM 75.00 )
Kanak-kanak : 1200 yen ( RM 36.00 )
Parking fare : 500 yen ( RM 15.00 )
Bagaimana nak kesana?
Kereta :
Bagi yang menggunakan kenderaan sendiri, biasanya kereta-kereta di Jepun semuanya dilengkapi dengan teknologi terkini ( NAVI SYSTEM ). Tekan jer lah number telefon kat NAVI SYSTEM, sampailah nanti ke tempat yang nak dituju. Rasanya tiada masalah sebab SYSTEM NAVIGATION disini boleh kata PERFECT. Kebarangkalian untuk SESAT dalam 80%. Kalau sesat tu pon pasal tertekan number lain jer la. Maklum ler excited nak gi jenjalan. Sama gak macam yang selalu terjadi kat diri aku ni.. Ahaks...
Perjalanan pula mengambil masa lebih kurang 3 - 4 jam dari bandar Tokyo. Pemanduan di lebuhraya Jepun memang menyeronokkan cuma 'TOLL' jer laa yang tak seronok. Nak sebut rege tak berani sebab takut nanti korang tak jadi nak melawat tempat ni plak. Hahaha. No telefon Tobu World Square juga ada disediakan disini. Rasanya takde apa-apa masalah kot?? Ada masalah lagi?? Takde kereta?? Sewa kereta mahal?? NO worries, Train ada.....
Takde kenderaan sendiri anda masih boleh menggunakan public transport tapi kalau takde $$$ takleh nak tolong laa beb!!
Tobu World Square : 0288-77-1055
Train ( Densha in japanese ) :
Bagi yang memilih untuk menaiki public transport especially train, anda kena tukar-tukar train tapi pengalamannya lagi seronok dari memandu kereta. Barulah Thrill namanya.. Susah?? Kalau tak susah takde laa keseronokan dalam hidup. Nak makan pon susah tau? Kena kunyah, gigit dan lepas tu baru telan. Betul tak? Camana nak menaiki train??? Okay, here's the details.
Dari TOKYO Station, gunakan train yang berwarna HIJAU ( YAMANOTE LINE ) untuk ke SHIBUYA station.
Berhenti di SHIBUYA station dan tukar pada train yang berwarna OREN ( GINZA LINE ) untuk ke ASAKUSA.
Dari ASAKUSA pula tukar kepada Tobu Super Express Train “SPACIA” untuk ke Tobu World Square. Bertukar-tukar train laa sikit yer??? Perjalanan dari ASAKUSA station ke Tobu World Square mengambil masa 2 jam perjalanan dan berhenti di KINUGAWA ONSEN STATION. Dari station nih pula untuk ke Tobu World Square mengambil masa 5 minit. Jangan risau sebab bas untuk ke Tobu World Square ada disediakan disitu. Public transport di Jepun TEPAT pada masanya.
Tak payah ler risau yer cik abang dan kakak-kakak?? Kalau dia kata 1 mins tu tunggu jer laa.. Kalau kat negara kita, kata seminit sampainya sejam kemudian. Hampesss...
ini memang kenyataan dan selalu berlaku...
P/s - Pada yang rasa-rasa stamina masih kuat lagi, boleh laa berjalan kaki ke Tobu World Square.. hehe.. Kalau nak balik, ikut semula cara-cara bagaimana nak ke Tobu World Square tadi. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi anda boleh lah melayari laman web di bawah ini.
Akhir kata, SELAMAT BERCUTI dan ribuan terima kasih sekali lagi aku ucapkan kerana sudi menghabiskan 5-10 mins masa yang anda ada untuk membaca blog ini.
insyaallah i will keep update my blog.. tungguuuu..
" Jauh perjalanan luas pengetahuan "
0 comments:
Post a Comment