Monday, June 16, 2008

LOUD PARK 2008













LOUD PARK FESTIVAL 2008



Dari gambar di atas for sure korang dah tau apa cerita yang akan aku sampaikan pula pada kali ini. Nampak tak tanduk yang panjang tu? Hahahaha...



Itulah 'Bapak setan' !!!



So how?? Sendiri laa buat penilaian yer?? Aku malas nak comment bebanyak sebabnya memang aku addicted dengan bende-bende yang berkaitan dengannya TETAPI aku tidak sekali-kali mengikut jejak langkahnya tau??



HARAP MAKLUM!!!



Yearghhhh !!! It' all about HEAVY METAL!!



Gambar diatas juga mewakili poster untuk LOUD PARK FESTIVAL pada tahun 2008 ini.



Buat pengetahuan korang, inilah concert yang aku tunggu-tunggu pada tahun ini. Korang pon tau yang Jepun adalah salah satu negara bebas yang 'pack' dengan concert sepanjang tahun. Semua jenis concert 'LEPAS BEBAS' dalam erti kata lain Lembaga Penapisan kat sini NOHALSS berbanding dengan negara aku yang penuh dengan sekatan!!


Huh!!



Anyway, ada baik dan buruk sesuatu bende tu cuma kita ni kenalah berfikiran POSITIF sikit!! Asyik SEKAT, SEKAT, SEKAT dan SEKAT camana nak maju beb!!




Huh!!




Itu tak boleh, ini tak boleh, itu salah dan ini salah camana??

Diorang jer laa yang betul!!



Tension siut!!!!!




Bagi aku,



"music are universal"



JANGAN DISEKAT!!



Ianya juga adalah salah satu cara pemuzik itu meluah dan melepaskan perasaan yang terpendam di dalam hatinya... Betul tak macam apa yang aku cakapkan tu??

Memang tak dinafikan muzik ada macam-macam kategori tapi pendengarnya laa yang harus menilai samaada bende tu baik atau pon buruk??
Tepuk dada tanya selera laa beb!!

Ikut mana yang baik sahaja kan??



Bagi aku pula, semua jenis muzik aku layan mahupon dangdut sehinggalah sekeras-sekerasnya muzik itu. Lagi sekali aku nak nyatakan di sini adalah



'music are universal'.



Kita lupakan sejenak pasal sekat menyekat tadi dan berbalik semula pada tajuk asal topic kita kali ini iyer?? Oh ya, macam-macam concert diadakan di jepun. Dalam tahun ni jer ada lebih dari 100 concert yang akan berlangsung dari januari hingga lah ke disember nanti. Contohnya Summer Sonic, Fuji Rock Festival dan juga Loud Park Festival. Concert yang lain tu ada jugak tapi ketiga-tiga concert yang aku sebutkan tadi adalah concert yang terbesar dan paling banyak mendapat tumpuan.



Pada tahun ini juga, aku akan cuba mendapatkan tiket concert Loud Park seawal mungkin. Last year tak dapat nak join pasal ticket dah SOLD OUT.. Rupanya sebulan sebelum concert diadakan, tiket dah habis dijual. Hampeh!!!

Punyalah FRUST giler!!! Mana tak nya, salah satu group yang menjadi pujaan aku,( Marilyn Manson ) turun ke jepun. Dah laa mini concert dia kat tokyo ni aku tak dapat layanz, concert besar pon aku boleh terlepas!! Frust gegiler masa tu!!

So pada tahun ni, aku akan cuba sedaya-upaya untuk mendapatkan tiket-tiket ni.. Ahaksss..



Bercerita pasal Loud Park Festival ni, ianya adalah sebuah concert untuk peminat-peminat Heavy Metal yang akan berlangsung selama 2 hari di Saitama Stadium. Last year sahaja lebih dari 20 band mengambil bahagian contohnya Marilyn Manson, Machine Head, Therion, Laguna Coil, Heaven and Hell dan macam-macam lagi yang aku tak berapa ingat. Tengok jer laa poster kat bawah ini...





Loud Park Festival 2007







Pada tahun 2008 ni, Slipknot, Carcass, Obituary, Meshuggah dan lain-lain lagi akan mengambil bahagian. Tunggu jer la cerita pasal concert ni pada blog yang akan datang?? Sekarang ni, nak cerita pon tak boleh sebab last year aku tak pegi dan tak tau apa yang ada kat sana?? Apa yang menarik dan apa-apa jer laaa... May be tis year ada story sikit pasal concert ni jika aku turun ke sana nanti...


TUNGGUUUUU !!!!


Antara kumpulan yang dijangka akan mengambil bahagian pada tahun ini,











Di bawah ni pula aku selitkan beberapa gambar yang di pinjam dari Loud Park Page untuk dikongsikan bersama. Layanzzz!!!







































Loud Park Festival 2008

dijangka akan berlangsung pada 18 dan 19 oktober 2008 di Saitama Stadium.



Tiket-tiket dijual pada harga :
13,000 Yen = RM 390 untuk sehari dan
24,000 Yen = RM 720 untuk dua hari berturut-turut.
Pada peminat-peminat Heavy Metal diluar sana, ada masa lagi untuk ke jepun menyaksikan Loud Park Festival 2008. Apa tunggu lagi??

P/S - 5th and 6th July 2008 ni

Children of Bodom pula turun Jepan... Besttt!!!



Kita layanzz Heavy... Yearghhhh!!!



"Long Live Heavy Metal"






6 comments:

Lab papa said...

Bro..aku die hard fan Carcass!!! iskkkkk..jauh la pulakkkk

Bila children of bodom nak turun jepung ni

Rockaholic said...

Carcass?? hahaha.. band masa zaman aku sekolah menengah lagi tuu...

Children Of Bodom?? Ko pon layan jugak?? Hehehe... COB ni salaha satu jugak band yg aku giler psl muziknyer yang FAST.. dorang buat concert pd 5 dan 6 july at studio coast shin kiba.. tu yg aku tengah suruh member jepun guide camana nak ke tempat tu... kalau dia dah guide aku baru laa boleh beli tiket bro...

Lab papa said...

huhuhu, nampak tenang luaran tapi sebenarnya kepala kambing ni bro hahahah..betul ker COB nak turun july..aiseh kali ni lepas la...cuma sejak 2 menjak COb punya lagu ada masuk industrial sket...green album stil the best!!!

Old school bro Carcass..lirik best giler guna term medic tu hahaha..

Lab papa said...

tambah lagi hahaha..since ko dah bukak tajuk metal ni memang besh..apocaliptica pon layan bro..banging pusing 380 sambil layan celo..pergh

Rockaholic said...

hahaha... wahh, dah layan kepala nampak?? teringat kembali zaman muda-muda ker?? hahaha...

pasal 'COB' tu mmg betul dorang turun jepun mcm aku bgtau kat blog tu.. last year pon dorang datang sini jugak.. rajin betul dorang turun sini.. aku tgh tunggu lagi satu group dari finland (LORDI), tak sure dorang turun tak pada tahun ni sbb last year dorang ada buat concert kat shibuya.. best seyyy...

Lab papa said...

perg hahaha pemenang eurovision tu lordi..death metal bro...

eh bila nak masuk chat box ni huhuhu

Post a Comment