MOBILE ELECTRONICS SHOW
M.E.S ini di adakan di Makuhari Messe sekali pada setiap tahun.
Memang menjadi kemestian pada diri aku untuk hadir ke sini setiap kali berlangsungnya M.E.S dan pada tahun ini ianya diadakan pada 21 dan 22 Jun 2008 bersamaan sabtu dan ahad lepas.
Sabtu, jam 7.10 pagi lagi aku dah terpacak di stesen Shibuya walaupon hujan lebat..
Hujan lebat tidak sedikit pon mematahkan semangat aku tau? Kalau banjir tu mungkin patah semangat gak laa? Hihi..
Dan pada jam 7.50, aku sampai di Tokyo stesen. Tokyo stesen adalah salah satu stesen yang terbesar di jepun. Kena amik tau sikit pada korang-korang yang hendak ke Tokyo nanti??
Tokyo station ni jer tak silap aku ada 3-4 tingkat dan setiap tingkat terbahagi pada beberapa 'line'. Jangan tersesat sudah ler coz Tokyo stesen memang gilernyer besar dan paling sesak dengan orang ramai. Aku tak baper suka sangat Tokyo station ni sebabnya adalah terlampau crowded!! Bercerita pasal 'Line', ianya digunakan untuk mengenal pasti train dan destinasinya. So, kita hanya berpandu pada 'line' jer jika nak kemana-mana kat dalam jepun ni dan jangan tersilap 'line' sudah ler??
Dari Shibuya tadi, aku gunakan 'Yamanote Line' dan nak ke Makuhari Messe ni plak aku kena tukar pada 'Keiyo Line'. Bertukar-tukar train sikit laa!!!
Manakala 'Cover line' pula digunakan untuk menemberang wifey aku...
Wakakakaka...
Pepagi buta dah terpacak kat stesen Tokyo?? Iyerrr...
Salah satunya adalah untuk mengelakkan dari berebut-rebut dengan penumpang-penumpang jepun yang hendak menaiki train di pagi hari. Dorang nih hari sabtu ahad pon keje, tu yang malas nak berhimpit-himpit dengan dorang macam tin sardin cap ayam!! Workaholic + Alkoholic... Me Rockaholic... Hihi...
Teringat kembali tahun lepas masa 1st time nak ke M.E.S, tiket dan perjalanan ke sana memang aku 'gamble' jer!! Mana taknya, tiket ke M.E.S aku beli di convinient store dengan menunjukkan sahaja 'magazine kereta' yang aku beli kat staff diorang then dorang jugak laa yang tolong tekankan button di machine tu (sumernya bahasa jepun, mana satu nak ditekan pon tak tau??)..
Sebabnya adalah aku ni 'buta huruf' dan 'nihongo wakarimasen'!!
Beli tiket satu hal, nak kesana pon satu hal jugak! Nasib baiklah pak guard kat apartment ni sudi menunjuk ajar camana nak ke Makuhari Messe melalui peta yang dah lama aku simpan dan yang lain-lain tu sumer aku buat sendiri..
Sendiri mau pegi, sendiri laa pepandai carik!!
Takkan nak soh dia temankan sampai ke Makuhari Messe plak?
Itu sumer last year punya story but tis year aku dah 'terror' !!
Eksyen siut!! Wakakaka...
Perjalanan ke Makuhari Messe mengambil masa 1 jam dari Tokyo stesen menaiki train ( Keiyo Line ) dan ianya juga melalui Tokyo Disneyland. Train yang aku naiki ni 'bz' dengan penumpang-penumpang yang hendak ke Disneyland. Punya laa ramai yang nak ke Disneyland pepagi hari ni??
Dorang ni pon bersemangat waja macam aku jugak, padahal dorang bukan tak tau yang kat luar tu tengah 'heavy rain'??
Jepun oh jepun...
Lagi semangat dari aku rupanya?? Apalah yang seronok sangat ke Disney hujan-hujan lebat ni?? Tak paham aku?? Lantak laa korang!!!
Jam 9 pagi aku sampai ke destinasi yang dituju..
Perghh, seronok giler rasanya dah sampai kat sini...
Tapi yang tak seronoknya, apasal takde orang kat tempat ni?
Aikss??
Aku salah tarikh ker? Sudah???
Check semula tarikh di magazine ni betul tapi apa yang pelik nih??
Takde orang beb!!!
LAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!
Pukul 12 tengahari baru bukak rupanya?? Memang haram betul laa!!!
$!&^#&$^%$*)#^$%#& !!!
Huh!!!
Padan ler takde orang!!!
Hampessss!!
Menyesal aku bangun seawal jam 6.30 pagi tadi rupanya dewan ni dibukak jam 12!!
Tipah tertipu!!!
Moral of da story : Check bebetul tarikh dan masa kalau nak berjalan iyer??
Nak tak nak, aku duduk laa kat luar dewan tu sambil tengok staff-staff M.E.S ni susun barang.. Wakakaka...
Tik..tok..tik..tok... Jam kat tangan ni dah menunjukkan pukul 10 pagi... Dah sejam rupanya aku tengok staff-staff M.E.S ni buat keje dan untuk tidak menaikan darah aku ni lagi, masa yang ada ni sempat gak ler window shopping di Factory Outlet tidak jauh dari M.E.S ni diadakan. Nak tau brand apa yang ada kat situ??
COACH ( ehem-ehem ) , Jill Stuart, Agnes, Kate Spade, G-Shock, Levi's, Nike, Adidas, Onitsuka Tiger, Osh Kosh dan lain-lain lagi yang aku tak baper nak ingat. Gambar-gambar aku tak snap, sebabnya adalah untuk mengelakkan salah sorang dari pembaca blog nih meleleh air liur... Huhuhu...
Nak tau??
Aku habiskan masa selama 2 jam disini berseorangan. Boring seyy!!!
Takde plak aweks-aweks jepun yang 'sangkut' masa hari tu... Wakakaka...
Berbalik pada M.E.S tadi, dewan dibuka tepat jam 12 tengahari dan dirasmikan oleh beberapa tokei-tokei besar syarikat pengeluar kereta di jepun. Salah sorangnya adalah 'SUZUKI'.
Alah, takkan tak kenal?? Tak amik tau langsung laa korang nih?? Huh!!
Kita layanzz gambar-gambar dibawah okay?
Yang ini aku dah 'booked' tau!!
Yang ni pon aku dah booked jugak!!
Ini jer laa gambar-gambar yang sempat aku ambil di M.E.S 2008 dan sebahagiannya lagi bukan untuk tatapan umum. Hehehe...
Gambar aweks tak banyak??
Saja jer letak sikit-sikit bagi korang terliur!!! Wakakakaka!!!
Kesimpulannya, quite bosan coz kebanyakkan dari kereta-kereta yang dipamerkan aku dah tengok last year!!! Tu yang bosannnn!!!
Aweks pon sama jugak macam last year!!!
Huh!!! Tak bestt!!!
Okay laa, aku nak create 1 more blog about Tokyo Toys Festival yang berlangsung pada keesokkan harinya ( 22 Jun 2008 )..
Ciao....
2 comments:
beb.. tulaa.. siapa soh x snap pix kt factory outlet??
kan dh boring! :P
tak takut ker kena'getah' pia?? hihi...
Post a Comment